Chapter 17 - Nuwa... as the new crown princess?!

454 21 2
                                    

Encik Asriq membawa pasangan diraja Vinkosch itu ke tempat kegemaran dan kepunyaan arwah isterinya,Afza. Nama restoran itu adalah De' Spariecal. Di satu area dalam restoran itu, penuh dengan gambar-gambar kenangan arwah semasa dia masih hidup dahulu. Ada satu gambar yang besar tetapi gambar itu bersuku arwah Afza dengan dua orang yg membesarkannya,ditengah gambar adalah Asriq,Afza dengan Nuwa semasa kecil dan gambar suku akhir adalah gambar arwah Afza Bersama Encik Asriq,Tengku Syamrein dengan Permaisuri Zyya semasa masih muda.



Permaisuri Zyya dan Tengku Syamrein terkedu melihat gambar-gambar tersebut. Hati diorang berasa tersentuh dan semakin rindu terhadap arwah sahabat mereka itu. Terasa sebak dan hamper mahu menangis. Encik Asriq hanya tersenyum sayu. Perlahan dia merenung gambar arwah Afza yang tersenyum gembira Bersama diorang bertiga.



Buat seketika, ketiga-tiga mereka terdiam seribu Bahasa dan mengenang lama.



"Kau orang rasa... Nuwa mahu berkahwin ke dengan Zyaf..? Apa yang kita buat ni betul..?" Permaisuri Zyya berkata dengan nada yang sayu.



"Aku ada dengar juga fasal putera Aszarch tu sukakan Nuwa. Putera tu ada propose anak dara kau ke,Riq?" Kedua-dua pasangan itu serentak menengok Encik Asriq untuk menunggu jawapannya.



Encik Asriq hanya tersengih macam tempurung katak (hahahahh) apabila melihat pasangan buat cemberut pada muka diorang dengan serentak.



"Asriq!!!" Pasangan Vinkosch itu macam merajuk pula apabila Encik Asriq tak serius je.



"Nuwa... memang sebijik macam arwah Afza...dua orang putera melamar dia sekaligus... Aku pun entahla...Putera Aszarch tu memang dah suka kat anak aku sejak kecil lagi...Zyaf lak macam dah suka kat Nuwa..." Encik Asriq berkata dengan perlahan.



"Memang macam mamanya..." Permaisuri Zyya tertawa kecil. Tengku Syamrein merenung sahabatnya  itu betul-betul.



"Kau dah dengar daripada keluarga Afza...? Baginda permaisuri Aisha' mahu Nuwa diisytiharkan sebagai puteri mahkota Hajrafah...Kau dah bagitau Nuwa fasal tu..?" Tengku Syamrein melihat Encik Asriq tergamam dengan pertanyaannya tadi.



"Jadi...itu memang daripada bonda Afza..." Encik Asriq terkedu dan mula mengelamun.



"Kenapa,Riq?"



"Bonda memang datang sendiri kat rumah untuk berjumpa dengan Nuwa...tapi..aku kerja dan Nuwa je kat rumah. Anak aku kata yang wanita datang ke rumah tu nenek dia... A-aku... masa tu pasti,orang yang datang tu adalah bonda..."



"Kenapa kau tak nak jadi raja Hajrafah,Riq? Kalau kau setuju dulu dengan syarat baginda permaisuri,Afza pasti dapat berjumpa dengan keluarganya lagi..."

Si Gadis Tumpuan Putera-Putera RajaWhere stories live. Discover now