1

924 39 67
                                    

Seokjin Pov

Isnin hari yang paling dibenci oleh semua orang termasuk diriku.Korang semua tahukan kenapa?

Tetapi demi masa depanku aku pun bangun dari tempat tidurku untuk bersiap kesekolah.

Selepas sahaja aku bersiap,aku pun turun ke bawah dan menyapa ibu bapaku yang berada dimeja makan cuma omma aku sahaja yang membalas manakala appaku terus pergi keluar untuk berkerja.

Memang perkara ini selalu berlaku selepas percakapanku terhadapnya beberapa bulan yang lepas membuatkan appaku mengabaikan diriku.

"Jin marilah makan omma dah buatkan sarapan kegemaran Jin pagi ni."kata ommaku untuk membuang suasana yang suram tadi.

"Nae omma."jawabku sambil duduk dikerusi dan memakan sarapan kegemaranku ini yang dihidangkan diatas meja makan.

Selepas bersarapan aku pun memulakan perjalananku kesekolah tidak lupa dengan membawa bekal yang dimasak oleh ommaku.

Korang mesti pelikkan kenapa dah besar panjang bawa juga bekal makanan kesekolah? Ada dua alasan kenapa aku membawa bekal.

Pertama sebab aku lebih suka akan hasil air tangan ibuku dan kedua aku cuma tidak mahu bertembung dengan 'mereka' jadi aku pun makan diperpustakaan tapi aku seorang je yang boleh makan dekat situ atas kebenaran perpustakawan kerana dia faham tentang masalahku ini.

Aku pun sampai disekolah bernama Aidol Highschool yang teramat besar ni.Memang sekolah ni macam anak orang kaya je yang boleh belajar dekat situ tetapi ada beberapa pelajar sederhana yang dapat belajar disitu dengan biasiswa.

Bukan nak menyombong walaupun aku ni anak daripada golongan orang yang kaya raya aku tetap guna duit sendiri untuk belajar dan mendapatkan biasiswa disekolah itu.Semuanya atas usahaku sendiri tanpa menggunakan duit ibu bapa aku sekali pun.

Apabila aku masuk kedalam sekolah ramai yang mula berbisik tentang diriku bukan berbisik pasal bertapa kacaknya diriku ini tetapi bertapa jijiknya diriku ini.

Well betul la kan ada ke yang nak sangat berkawan dengan aku yang nerd ni.Pakai pun kemas gila semacam,rambut sikat tepi,pakai cermin tebal,bijak gila nak mampus typical nerd sejati tapi aku tak la bijak sangat tapi aku ada kawan yang hampir nerd tapi IQ dia tinggi gila nak mampus tapi aku tak boleh la mention nama dia.

"Woi Jinjik!"aduh 'mereka' datang dah.

"Y..ya!"aku pun memandang kebelakang dan melihat kumpulan pelajar yang selalu membuli aku.

"Mana duit aku?"kata salah seorang daripada 'mereka'.

"Sa..saya tak ba..bawa la lain ka..kali la ya."kataku gagap membuatkan yang first panggil aku tadi memukul perutku.Perrgghhh sakit siakk kalah tumbukan Underkereta.

"Uhukk! Uhukk!"aku pun terbatuk sebab tumbukan dia tadi.Lepas tu 'mereka' menarik aku ketandas lelaki.Korang nak tahu apa yang 'mereka' buat dekat aku?

Macam biasa la aku bayar ke aku tak bayar ke 'mereka' tetap sumbat kelapa aku ke dalam lubang tandas.

"Blurp!! Blurp!! Huah-Blurp!! Blurp!!"selepas itu 'mereka' tarik aku keluar tandas.

"Dengar sini! Aku nak kau bayar juga walaupun kau tak ada duit faham!"kata salah seorang yang berbadan tinggi plus telinga capang.

Aku berasa begitu lemah untuk mengangguk tapi dengan tiba-tibanya pintu tandas terbuka dan memperlihatkan seorang pelajar lelaki dengan pandangan yang lebih dingin daripada pandangan salah seorang daripada 'mereka' masuk ke dalam tandas.

Seokjin Pov End

Yoongi Pov

Aku masuk ke dalam tandas untuk membuang sajat-eh silap hajat dan apa yang aku jumpa hanyalah sekumpulan budak-budak yang membuli seorang budak nerd.Aku memandang semua orang yang ada dalam tandas tu.

Waste It On Me | BangTwiceWhere stories live. Discover now