4

576 33 27
                                    

Jungkook Pov

Aku membawa diriku ke laluan utama sekolah dengan menggunakan kerusi rodaku.Kemalangan sebulan lepas membuatkan aku perlu menggunakan kerusi roda untuk tiga tahun.

Jika aku ikut rawatan terapi mungkin setahun setengah aku boleh berjalan.Memang susah nak gerak dalam keadaan macam ni tapi mesti ada hikmah disebalik semua ini.

Kalau aku tak macam ni aku takkan dapat tahu persahabatan yang dijalingkan antara kawan aku yang lain adalah palsu.Ya tak ada siapa pun yang ikhlas nak berkawan denganku semuanya hanya mahukan wang daripada aku.

Aku memutuskan untuk menjadi antisosial di dalam sekolah atau pun di luar sekolah.Tanpa aku sedari aku dah jatuh cinta pandang pertama pada seseorang.

Nama dia Chou Tzuyu pelajar paling populer sekolah dan juga crush aku.Tapi apakan daya dengan fizikal sepertiku ini mahu ke dia nakkan aku.Haih bersabar je la kau Kookie.Entah-entah mungkin suatu hari nanti kau akan dapat juga dia tu.

Aku memusingkan kerusi rodaku dan tiba-tiba aku terlanggar seorang perempuan membuatkan dia terjatuh diatas pehaku.Mataku dan mata dia saling berpadangan.Kedua-dua belah tangannya berada dileherku.Aku pun terkejut kerana perempuan itu ialah...

"Tzu..Tzuyu!"kata aku terkejut dan aku rasa yang dia juga sedang terkejut sekarang ni.Dia pun bangun dan mengucapkan kata maaf tapi aku mengatakan sepatutnya diriku yang perlu meminta maaf.

Dia pun tersenyum dan beredar dari situ bersama dengan perempuan yang agak pendek daripadanya bernama Chaeyoung yang juga tersenyum.

Tapi aku agak macam tak percaya juga dia.. dia senyum dekat aku macam tak percaya betul hahh~ aku rasa aku dah ambil pilihan yang betul.

Ahh dah lambat ni aku kena pulang awal.Aku pergi ke gerbang sekolah kemudian satu kereta ni datang ke arahku.Kereta itu adalah kereta appaku.Huh? Jarang appa aku mengambilku selalunya pembantu appa yang akan ambil aku.

Appa pun keluar daripada kereta dan menolong aku masuk ke dalam kereta.Kerusi roda aku di letakkan di dalam bonet kereta appa aku.Aku menanyakan sesuatu kepada appaku.

"Appa kenapa hari ni appa ambil Kookie selalunya pembantu appa yang selalu ambilkan Kookie?"tanyaku membuatkan appaku ketawa pelan.

"Tak boleh ke seorang ayah mengambil anaknya dari sekolah."jawabnya sambil tersenyum membuatkan aku lagi rasa ingin tahu.

Apabila sampai dirumah ommaku pula yang menyambut aku.Pelik? Selalunya omma mana ada masa untuk duduk di rumah.

"Omma bukan ke omma selalu tak ada dekat rumah kenapa ada pula ni?"tanya aku membuatkan omma aku juga ketawa pelan.

"Takkan omma tak boleh pula inikan rumah omma juga."jawab omma aku sambil tersenyum.Okay aku berada di mana sekarang ni semua pakat senyum dekat aku hari ni senyum sedunia ke apa ni?

Aku pun ditolak oleh appaku masuk ke dalam rumah hingga ke ruang tamu.Aku pun jadi pelik lagi ada apa sebenarnya ni.Omma dan Appa duduk dikerusi dihadapan aku.Hmm aku rasa ada benda penting yang mereka mahu beritahu aku.

"Emm Kookie.."ommaku memanggil aku dan aku pun memandangnya.

"Kookie masih lagi ingat Uncle dan Aunty Manoban?"tanya ommaku membuatkan aku lagi berasa pelik.Dah kenapa mention nama mak bapa salah satu kawan palsu aku tu.

"Kenapa?"jawab aku dingin.Aku dah malas nak dengar apa yang ommaku cuba sampaikan.

"Sebenarnya appa dan omma kamu dah.. dah.."aku pun tanpa membuang masa memotong ayat appaku.

"Dah apa appa!"kataku lebih dingin.

"Bersetuju nak tunangkan kamu dengan anak mereka."aku pun terkejut.Patut la diorang baik semacam selalu tak ada masa untuk aku tapi sekarang dengan tiba-tiba nak suruh aku bertunang!

"Jungkook tak nak! Appa dan omma selalu abaikan Jungkook untuk perkerjaan sekarang dengan senang lenang appa dan omma nak suruh Jungkook bertunang dengan dia! Hah hah Jungkook nak masuk bilik dulu!"aku pun membawa diri ke dalam bilikku dan mengunci pintu bilikku.

Aku menutup mukaku dengan tanganku.Inilah masalah kedua aku selalu saja dikontrol oleh appa dan omma aku.Aku masih bersekolah dan mereka nak suruh aku bertunang dengan bekas kawan aku tu jangan harap!

Kalaulah hidup aku ni normal benda ni semua takkan pernah berlaku.

Jungkook Pov End

Ketujuh-tujuh watak kita mempunyai masalah yang berbeza tapi memburukan keadaan mereka.Diantara ketujuh-tujuh mereka hanya Hoseok sahaja yang hampir hidup normal.Tapi semuanya tak akan berakhir disini sahaja.

Satu lagi hari di Aidol Highschool semuanya berjalan seperti biasa.

Jungkook pada ketika ini sedang melalui lorong berdekatan bilik muzik.Tiba-tiba dia terdengar bunyi alunan piano dimainkan.

Dia pun pergi melihat siapakah yang sedang bermain piano yang dapat menarik perhatian pendengarannya itu.

Alangkah terkejutnya dia yang sedang bermain piano itu ialah Yoongi.Alunan piano yang dimainkannya memang dapat menyentuh hati sesiapa dan Jungkook dapat merasakan rasa kesedihan dan penderitaan di dalam alunan itu.

Dulu Jungkook ingin saja bermain piano dengan ayahnya kerana ayahnya sangat pandai dalam bermain piano tetapi ayahnya tidak mempunyai masa untuk mengajar Jungkook bermain piano.

Jungkook pun mendapat satu idea dan dengan beraninya dia menegur Yoongi.

"An..Anyeonghaseyo!"sapa Jungkook.Yoongi yang mendengar sapaan Jungkook pun memberhentikan diri daripada bermain piano dan memandang Jungkook.

"Hmm.."Yoongi memandangnya dengan pelik kerana ada yang mahu menegur sapa dengannya selepas peristiwa itu berlaku.

"A..Awak boleh tak ajar saya bermain piano se..sebab saya memang minat sangat untuk bermain piano."kata Jungkook sedikit gagap kerana takut dengan Yoongi.

"Kenapa pilih saya?"tanya Yoongi padat,singkat dan jelas.Jungkook mengaru belakang kepalanya dan menjawab.

"Saya tak mempunyai kawan sangat untuk ajarkan saya bermain piano tapi bila saya nampak awak bermain tadi saya rasa awak mungkin boleh ajarkan saya."jawabnya.Yoongi pun berfikir panjang.

Jungkooklah orang pertama yang menegurnya selepas kejadian 'itu'.Yoongi pun tersenyum sikit dan berkata.

"Baiklah saya akan ajarkan awak untuk bermain piano tapi dengan satu syarat..."kata Yoongi membuatkan Jungkook terkejut.

"A..apa syaratnya?!"tanya Jungkook gagap kerana Yoongi bangun dari tempat duduknya.

"Jangan bagitahu sesiapa yang saya ajarkan ni kepada awak."jawab Yoongi yang berada dipintu keluar bilik muzik itu tetapi dia berhenti sebentar di situ.

"Apa nama awak?"tanya Yoongi.Jungkook pun dengan pantasnya menjawab pertanyaan Yoongi itu.

"Jungkook! Jeon Jungkook!"jawab Jungkook.

"Min Yoongi selamat berkenalan."Yoongi pun keluar daripada bilik itu meninggalkan Jungkook yang sedang mengambil nafas lega.

"Mungkin orang berkata negatif tentang dia tetapi sebenarnya dia baik juga orangnya."kata Jungkook.

To Be Contineud

.

.

.

.

Omake

ONCE: Hai semua! Nampaknya Jungkook dah mula bertegur sapa dan Yoongi pun dah dapat berjumpa kawan baharu.Wahh selepas siapa pula ya R&V mungkin hahaha okay jumpa di chapter akan datang bye!

Waste It On Me | BangTwiceWhere stories live. Discover now