6

541 32 4
                                    

Keesokkan harinya...

Namjoon dan Taehyung berjumpa di tempat yang sama mereka berjumpa buat kali pertama.Jin,Jimin dan Hoseok datang kemudian.

"Hah hyung ajak kawan datang sini ke?"tanya Namjoon kepada Jin selepas melihat kedatangan Jimin dan Hoseok bersama Jin.

"Haah ini kawan hyung hah korang tunggu apa lagi."kata Jin kepada Jimin dan Hoseok untuk memperkenalkan diri.

"Nama saya-"

"Nama saya Jung Hoseok awak boleh panggil saya Hoseok yang ni Park Jeman!"Hoseok memotong perkataan Jimin dan membuatkan dia berteriak.

"Nama aku Park Jimin lah bukan Park Jeman!!"jerit Jimin manakala si pemotong hanya buat-buat tak ada telinga.

"Nama saya pula Kim Namjoon."Namjoon memperkenalkan diri.Taehyung pun juga memperkenalkan dirinya.

"Saya pula Kim Taehyung selamat berkenalan!"Jimin,Hoseok dan Jin memandang Taehyung.Sebenarnya mereka kenal Taehyung ni siapa sebab mereka pernah menolongnya.

"Aigoo Tae lama tak jumpa!"kata Jin.Taehyung yang tahu ini ialah Jin.

"Ya Jin hyung lama tak jumpa."kata Taehyung.

"Sama juga di sini dah lama tak nampak kau Tae padahal sama-sama satu sekolah je."kata Jimin sambil merangkul leher Taehyung manakala dia hanya tersenyum sahaja.

"Nampaknya semua dah saling kenal-mengenal boleh la lain kali kita lepak sama-sama!"kata Hoseok membuatkan yang lain mengangguk.

Mereka pun berbual sehingga Hoseok menceritakan tentang dirinya yang sebenar.

"Jadi J-Hope The Master School Dancer tu kau la!!"kata Namjoon terkejut.

"Shussh tolong perlahan sikit suara kau tu aku takut yang orang lain akan dengar."kata Hoseok perlahan sambil meletakkan jari di mulut.

"Wah hebatnya hyung ni!"puji Taehyung.Ya di puji terus kembang semacam.

"Eleh itu pun sebenarnya nak kejar pujaan hati dia tu sampai dia terperasan yang dia ada bakat dalam menari."kata Jimin dengan muka menyampah.

"Ish kau ni nanti kalau aku dah tak supply pasal crush kau baru tahu!"balas Hoseok.Jimin yang baru perasan terus melutut depan Hoseok.

"Tolong hyung maafkan Chim please okay Chim janji Chim akan belikan album terbaharu Red Velvet!"merayu Jimin di buatnya manakala Hoseok memandang Jimin sinis.

"Betul ni!"tanya Hoseok untuk mendapatkan kepastian.

"Serius hyung!"jawab Jimin.Hoseok pun mengalah dia tahu yang rakan dia ni mana ada duit sangat.

"Tak payah la hyung maafkan kau."kata Hoseok sambil duduk di sebelah Namjoon manakala Jin dan Namjoon hanya ketawa saja melihat gelagat mereka ni.Taehyung pula tersenyum kerana dia akhirnya mempunyai kawan yang ramai macam ni walaupun beberapa tetapi bermakna bagi dirinya.

"Weh tu kan Jungkook?"tunjuk Jin.Jimin,Hoseok dan Namjoon memandang arah tunjuk Jin.Manakala Taehyung hanya duduk diam kerana dia mana boleh nampak.

"Haah nak ke mana dia tu."kata Namjoon.

"Entah la."balas Jin.

"Jom skodeng dia!"kata Jimin.

"Ish kau ni buat apa nak skodeng dia aku bukan kunyit!"kata Hoseok sambil menampar lengan Jimin.Jimin menggosok legannya yang ditampar tadi.

"Aduh kau ni aku ajak intip dia ke mana! Bukan skodeng dia mandi ke apa dan hello aku masih straight nanti tak pasal pasal my crush tak sukakan aku!"kata Jimin.

Waste It On Me | BangTwiceWhere stories live. Discover now