2

636 38 21
                                    

Namjoon Pov

"Maaflah la ya saya takkan terima awak eww buat apa saya nak jadi yeoja chingu awak dengan rambut dah macam mangkuk,cermin mata tebal gila,miskin lagi awak memang takkan dapat memenuhi syarat untuk menjadi namja chingu sayalah hahahahaha!"

"Hahahahaha kena tolak!"

"Hahahaha woi pergi cermin dirilah hahahaha!"

"Hahahaha ada hati nak bercouple dengan pelajar popular sekolah hahahaha!"

Dia.. Dia menolak aku... Dia ketawakanku... Dia malukan aku... Dihadapan orang ramai... Mereka semua ketawakanku...

Aku dah tak tahan aku pun mula melarikan diri daripada mereka semua.Mataku sangat pedih sekarang ni hatiku bagaikan dihancurkan seperti sebuah bangunan.. bangunan cinta yang kupendam selama ini dihancurkan dalam sekelip mata sahaja.

Aku tidak sangka yang dia akan sebegitu.Selama ini kupuji dia sebagai orang paling cantik,ramah dan baik hati tetapi rupanya didalam hanyalah sebuah keburukan dan kebusukkan belaka.

Cukuplah hanya untuk cinta bertepuk sebelah tangan ini... Aku dah tak sanggup untuk meneruskan hidup ini... Dunia memang penuh kepalsuan...

Aku pergi ketempat dimana orang-orang tidak selalu melalui kawasan itu.Aku duduk ditempat duduk yang terlihat usang.Aku meratapi nasib hidupku ini disitu.

Aku mengeluarkan segalanya dari mataku ini.Raungan keputusasaan kulepaskan daripada mulutku.Sungguh menyakitkan betul hatiku ini.

Hujan mula datang dan ia menyembunyikan tangisanku dan raunganku ini.Aku tidak peduli dengan keadaanku yang basah dan kedinginan ini kerana bertapa hancurnya isi batinku membuatkan diriku lupa akan kedinginan dan bertapa basahnya badanku ini.

Entah kenapa kepalaku terasa sangat berat tapi aku hiraukannya dan bangun untuk kembali ke kelas.

Apabila aku sampai dikelas mereka mula mengetawakanku dan membaling kertas yang mereka jadikan sebagai bola kearahku.Aku cuma hiraukan semua tu dan pergi kearah mejaku tapi...

Dimanakah meja dan kerusiku begitu juga dengan beg sekolahku.Apabila aku memandang keluar tingkap rupa-rupanya meja,kerusi dan begku berada dipadang sekolah.

Aku keluar dari kelas untuk mengambil meja,kerusi dan beg sekolahku.Walaupun baru sahaja bermandikan hujan aku meredah semula hujan untuk mengambil barang kepunyaan milikku.

Apabila aku ingin mengambil aku terlihat beberapa bekas contengan pada meja dan kerusiku tapi dihiraukan sahaja olehku dan aku pun membawa meja,kerusi dan beg sekolahku yang basah kuyup begitu juga diriku.

Aku membawanya sehingga sampai dipintu kelas sebaik sahaja aku ingin memasuki kedalam kelas seorang guru datang menarik aku keluar dan menyuruh aku untuk meninggalkan meja dan kerusi ini diluar dan pergi ke bilik rawatan.

Aku pun patuh akan arahan guru itu aku tahu dia pun risau aku akan keadaanku yang menyedihkan ini tapi aku cuma abaikan sahaja semua tu dan terus ke bilik rawatan bersama-sama beg sekolahku.

Apabila aku sampai guru yang merawat disitu tidak ada jadi aku cuma duduk dan merenung segalanya.Patah hati ya.. Malu ya.. Sakit hati ya.. semuanya adalah... semua perasaan negatif datang kepadaku...

Aku tak tahu nak buat apa untuk menyembunyikan semua ini tapi hanya satu cara yang dapat menghilang penderitaan ini iaitu...



Mati...

Aku mencapai tali yang ada dibilik itu dan mengikatnya di siling dan membuat seperti tempat dimana orang digantungkan dirinya.

Aku memijak kerusi yang menjadi tempat pijakkan aku buat kali terakhir.Aku masuk kepalaku kedalam lubang tali itu.Mungkin ini pengakhiran hidupku...

Mati kerana hal yang simple bagi semua orang tetapi tidak bagi diriku...

Okay baiklah tanpa membuang masa lagi aku menolak kerusi yang dipijak olehku ini sehingga membuatkan diriku ini tergantung diudara.

Saluran pernafasanku mula sesak dan tidak boleh memasukkan udara lagi ke dalam badan aku.Inilah dia pengakhiran hidupku selamat tinggal omma appa selamat tinggal dunia...

Namjoon Pov End

Hoseok Pov

Aku dengar yang kawanku Namjoon berada di bilik pemulihan atau rawatan dan aku dengan pantasnya pergi ke sana untuk melihat keadaan salah satunya kawanku itu.

Apabila kubuka sahaja pintu bilik rawatan itu satu benda yang membuatkan diriku terkejut ialah Namjoon sedang mengantungkan dirinya.

Aku dengan pantas menghalang perbuatannya itu.Aku tidak mahu kehilangan salah satunya kawanku itu.

Aku dapat melepaskan dirinya daripada tali itu dan aku mula memeriksa keadaan kawanku itu.

"Yahh Namjoon! Namjoon! Bangun Namjoon! Aku tahu kau masih hidup lagi! Bangunlah!"kataku sambil mengoyangkan badannya dan menepuk pipinya beberapa kali.

"Engghh Hoseok.."katanya lemah.Aku pun meletakkan dia diatas katil dan guru yang menjaga bilik rawatan tu pun datang dan merawat Namjoon.Fiuuh nasib baik aku sempat kalau tidak mati juga anak orang ni.

Aku meminta diri kepada guru itu dan guru itu pun membenarkannya.Aku keluar dari bilik rawatan itu sambil memandang muka Namjoon yang pucat dan basah kuyup mungkin ada sesuatu yang berlaku terhadapnya.

Aku terus ke klubku untuk meneruskan latihanku yang tergendala tadi.

Klubku adalah Klub Tarian Sekolah dan aku ialah seorang penari sekolah yang terhandal diberi nama J-Hope The Master School Dancer.Tapi tak ramai yang tahu yang J-Hope tu aku.

Tujuan sebenar aku masuk klub ni pun nak mengejar crushku nama dia Hirai Momo.Dia boleh dikatakan berada di Top 3 penari sekolah terhandal tapi aku ni pula mestilah Top 1 kalau tak buat apa nama gelaran Master School Dancer.

Pada mulanya memang macam tu niat aku sebenarnya tetapi semuanya berubah kerana aku dah jumpa kemahiran yang aku handali iaitu menari sehingga aku ingin menjadi penari yang terkenal suatu hari nanti.

"Hoseok!"ah guru tarian dah panggil aku.Aku pun pergi kearahnya dan dia meminta aku untuk tunjukkan hasil latihanku.

Aku pun menunjuk hasil latihanku selama ini membuatkan ahli-ahli yang terpukau akan tarianku ini.Mata memandang mata crushku mata kami saling memandangi antara satu sama lain dia pun berbisik dengan kawannya yang berada disebelahnya.

Kawan disebelahnya itu boleh dikatakan crush salah satu kawanku ok aku tak boleh mention nama dia.Dia juga minta aku jadi pensupply info crushnya untuk dia.Aku pun terpaksa la tolong kawanku itu dengan satu syarat aku nak album terbaharu Red Velvet.

Gurau je aku tahu dia tak ada duit jadi aku ikhlas sahaja la buat semua ni.Aku menamatkan tarianku dan aku diberi tepukkan gemuruh oleh semua ahli klub itu.

Guru itu mengucapkan kata-kata bagus untukku dan aku pun pergi keluar untuk membeli air tiba-tiba aku terserempak dengan kawan yang aku katakan tadi.

Hoseok Pov End.

To Be Contineud

.

.

.

.

Omake

ONCE: Haih nasib hidup lagi si Namjoon tu.Okay itu sahaja daripada saya kita jumpa lagi! Bye!

Waste It On Me | BangTwiceWhere stories live. Discover now