7

913 49 30
                                    

Pagi yang menyenangkan di sebuah rumah yang memang besar boleh dikatakan rumah orang kaya.

Dan nampaknya rumah itu diduduki oleh sang Maknae Bangtan Boys kita Jungkook.Dia tengah berada ditaman rumahnya yang besar seorang diri maklumlah anak orang kaya hidup macam forever alone.

Jungkook sedang termenung sambil memikirkan percakapannya antara dia dan ayahnya tadi.

Flashback

Jungkook tengah berada di ruang tamu bersama ayah dan ibunya kerana mereka didatangi oleh keluarga Manoban.

"Jadi macam mana dengan persiapan pertunangan mereka?"tanya En.Manoban.

"Mungkin bulan depan mereka akan bertunang."jawab ayah Jungkook manakala Jungkook yang senyap dari tadi mula berkata-kata.

"Uncle sebelum saya berkata sesuatu saya ingin meminta maaf kerana mungkin kata-kata saya ni akan menyinggung perasaan Uncle dan Aunty."kata Jungkook.Ayah dan Ibu Jungkook memandangnya.

"Kenapa kamu kata begitu?"tanya En.Manoban.

"Saya menolak untuk bertunang dengan anak Uncle."kata-kata Jungkook membuatkan mereka terkejut.

"Ahahaha kamu berguraukan Kookie?!"tanya ibu Jungkook manakala dia hanya menggeleng kepala.

"Maaf ya saya ingin bercakap dengan anak saya sebentar."kata ayah Jungkook sambil menarik kerusi roda Jungkook dan membawanya pergi.

"Kamu dah kenapa Jungkook buat dekat mereka macam tu?"tanya ayah Jungkook serius.

"Patut saya yang tanya appa kenapa appa buat dekat saya macam ni!"balas Jungkook.

"Ini untuk masa depan kamu juga!"kata ayahnya.

"Masa depan saya? Masa depan saya! Kalau ya ini untuk masa depan saya kenapa saya yang perlu bertunang dan tanggung semua ni!"kata Jungkook.

"Appa mahukan masa depan yang baik untuk anak-anak appa."katanya.

"Appa dan omma selalu kawal hidup kami dan ikut semua kehendak appa dan omma tapi appa tahu tak yang Chanwoo lari dari rumah disebabkan appa dan omma begitu juga dengan hyung yang dihalau keluar dari rumah ni disebabkan appa dan omma!!"teriak Jungkook.Ayah Jungkook terdiam dengan kata-katanya.

"Somi meninggal pun kerana tekanan yang diberi oleh appa dan omma kepada dia tapi apa yang appa dan omma buat hanyalah abaikan kami untuk berkerja dan dengan senang lenang suruh Jungkook berkahwin dengan orang pilihan appa dan omma sendiri! Bahkan anak appa yang berada di depan appa pun lumpuh dan masa depan kami dah lama hancur disebabkan tingkah laku appa dan omma..."luah Jungkook kemudian dia pergi dari situ dan menuju ke taman.

Flashback End

Jungkook mengelap air matanya yang sudah keluar kemudian dia melihat sebuah gambar ditangannya.

Itu adalah gambar Jungkook dengan ahli keluarganya yang tersenyum di depan kamera tetapi di sebalik gambar itu hanyalah palsu belaka.

Dia merindui abang sulungnya yang selalu ada untuk memberi nasihat kepadanya.Tapi dia dihalau keluar dari rumah kerana lebih memilih cita-citanya daripada memilih keinginan ayahnya untuk menjadi pengurus syarikat.

Dia merindui adik perempuannya iaitu Somi yang selalu menggembirakan dirinya.Tapi dia telah meninggal dua tahun lalu kerana bunuh diri akibat tekanan yang diberi oleh ibu bapanya.

Dia merindui satu-satunya adiknya yang masih hidup iaitu Chanwoo yang selalu ada untuknya.Tapi dia melarikan diri dari rumah kerana diberi tekanan yang sama oleh appa dan ommanya.

Dan sekarang dia tidak perlu merasai semua itu lagi kerana adanya Jin sebagai penasihat kepadanya,Yoongi sebagai penjaganya,Namjoon sebagai pembimbingnya,Hoseok sebagai peneman yang menggembirakan hatinya dan Jimin dan Taehyung sebagai teman rapatnya.

"Hahh saya rasa saya patut ikut tengok Hoseok hyung dia kata yang dia ada persembahan hari ni."dia pun menelefon Namjoon untuk mengambilnya.

Di tempat lain...

Taehyung sedang dalam perjalanan seorang diri ke tempat di mana Hoseok melakukan persembahan.Tanpa disedarinya dia telah terlanggar seorang perempuan.

"Mianhae awak tak apa apa?"tanya Taehyung.

"Tak apa saya okay."kata perempuan sambil menepuk seluarnya.

"Nama saya Kim Taehyung saya dalam perjalanan nak ke Dewan Seni Seoul sebab nak jumpa kawan saya di sana."kata Taehyung ramah.

"Owh! Sama la saya pun nak ke sana untuk berjumpa kawan saya oh ya nama saya Minatozaki Sana selamat berkenalan."kata Sana menunduk.Mata Sana terpandang tongkat yang dipegang oleh Taehyung.

"Maaf kalau saya bertanya awak ni buta ke?"tanya Sana hati-hati kerana tak mahu melukakan hati Taehyung.

"Nae... Ahh saya rasa kita patut pergi sekarang takut lambat pula nanti!"kata Taehyung sambil tersenyum.Sana terpana dengan senyuman yang diberi oleh Taehyung sampai merah pipinya tapi nasib baik Taehyung tidak boleh nampak.

"A..Ah ya la jom kita pergi!"kata Sana.Mereka pun berjalan bersama-sama menuju ke masa depan yang bahagia bersama lol tak adalah menuju ke tempat dimana Hoseok buat persembahan.

Dengan Yoongi sekarang dia tengah menunggu yang lain di tempat yang mereka telah janjikan.

"Aduh dekat mana ni!"Yoongi memandang ke arah kanannya dan melihat seorang perempuan sepertinya sedang tengah susah untuk mencari sesuatu tempat.

Yoongi hanya memandang perempuan itu sehingga pandangan mereka bertemu.Yoongi terpegun kerana wajah cantik perempuan itu.Dan tiba-tiba terdengar Intro lagu I NEED U.

"Tumpang tanya di mana bilik Pasukan Aidol Highschool?"tanya perempuan itu.Pertanyaan itu membuatkan Yoongi tersedar.

"Dari sini terus dan belok ke kanan awak akan nampak papan tanda dengan lambang sekolah Aidol di situ."kata Yoongi.

"Kamsahamida!"perempuan itu menunduk tanda terima kasih dan pergi.Mata Yoongi terpandang sebuah buku kecil yang terjatuh daripada perempuan itu.

Dia mengambil dan ingin memanggil kembali perempuan itu.

"Hey!"Tapi nampaknya perempuan itu dah hilang daripada pandangannya.Dia melihat nama yang ada dibuku itu dan tersenyum.

"Park Jihyo ya... Cantik..."kata Yoongi tersenyum sambil mengingatkan kembali rupanya.

"Siapa yang cantik?"tanya seseorang dan orang itu ialah Hoseok yang baru datang.Yoongi memandangnya dan pandang ketingkap berdekatannya.

"Tak ada siapa cuma pemandangan dari sini sangat cantik..."kata Yoongi yang masih membayangkan kembali wajah dan rupa Jihyo yang tersenyum kepadanya.

To Be Contineud

.

.

.

.

.

Omake

ONCE: Wuu nampaknya Tae dan Yoongi dah jumpa pendamping mereka.Hmm siapalah abang sulung Jungkook oh ya disini Chanwoo iKON dan Jeon Somi adalah adik Jungkook tapi malangnya Somi dah meninggal TT.Okay jumpa lagi di chapter akan datang.Jangan lupa vote dan komen bye!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Waste It On Me | BangTwiceWhere stories live. Discover now