BAB 1

3 2 0
                                    

                            MALAM

Taehyung keluar dari biliknya setelah lama terperap didalam bilik. Kerja rumahnya sudah siap dan dia hanya perlu makan lalu barulah dia dapat tidur dengan nyenyak.
Taehyung menuju kedapur.
     "Taehyung." Seseorang memanggil namanya dengan suara yang garau.
Taehyung menoleh memandang ayahnya yang duduk diatas sofa diruang tamu.
Taehyung berjalan mendekati ayahnya sambil tunduk.
       "Ya ayah." Jawab Taehyung.
Taemin menoleh memandang Taehyung dengan wajah bengis. Dia bangun lalu menghadiahkan tamparan padu pada pipi mulus Taehyung.
        "Aku suruh kau pergi sekolah, aku nak kau belajar. Tapi apa yang kau buat disekolah? Main?!"
Tengking Taemin.
Taehyung hanya tunduk dan diam.
        "Kau ni memang anak yang teruk!"
Taemin memukul Taehyung berkali-kali dengan padu. Kemarahannya hanya disebabkan keputusan peperiksaan baru-baru ini Taehyung hanya dapat Sains 99.8% Seni 98.7% Kemahiran 99.7% Matematik 98.9% dan English 98.6%. Selalunya Taehyung akan mendapatkan 'straight A' didalam kelima-lima bidang tersebut.
        "Ya! Memang Tae anak yang teruk!" Jerkah Taehyung membuatkan Taemin terhenti memukul Taehyung.
         "Sekurang-kurangnya saya tak seteruk ayah." Sambung Taehyung lalu berlalu kebiliknya semula.
Taemin duduk di sofa semula lalu meraup wajah.

KEESOKANNYA

Setelah siap memakai pakaian seragam Danwon High School, Yoongi keluar dari biliknya untuk ke rumah Hoseok. Memang rutin hariannya sebelum kesekolah dia perlu kerumah Hoseok.
       "Saya pergi sekolah dulu." Ucap Yoongi cool tanpa menoleh pada ibu,bapa dan kakaknya yang sedang bersarapan.
        "Marilah sarapan dulu." Ajak Sujong ibu kepada Yoongi.
        "Tak apa lah." Yoongi tidak mahu.
        "Nak bawa bekal? Kakak pergi ambilkan bekas kejap ye." Yena berlari kedapur untuk mengambilkan Tupperware.
        "Bye." Yoongi berlalu.
        "Eh, sekejaplah. Kakak kamu pergi ambilkan bekas kejap." Kata Yun Gyeong namun Yoongi tidak mempedulikannya lalu menoleh dan keluar dari rumah.
Yena datang semula dengan mambawa sebekas tupperware.
         "Simpanlah balik Tupperware tu, adik kamu dah keluar pun." Ujar Yun Gyeong selamber.
        "Hishh." Yena geram lalu berlalu kedapur semula.
 

    
            DANWON HIGH SCHOOL

Pelajar-pelajar mula berlari kepintu utama Danwon High School apabila seorang pelajar lelaki berteriakan memberitahu 7 pelajar hot Danwon High School sudah sampai.
Para gadis-gadis memenuhi barisan hadapan dengan senyuman selebar pintu masuk.
Mereka pun turun dari kereta seorang demi seorang dengan aura hebat yang mampu mencairkan gadis-gadis dan berkarisma.
         "Waaaa...kacaknya.." Kata-kata itu mula bergema.
 

       "Rimas betul." Kata Namjoon pada Jin perlahan.
         "Kita jadi macam ni sebab Hoseok lah." Jawab Jin sambil ketawa.
Hoseok ketawa lalu menampar bahu Jin.
         "Jom." Ajak Yoongi cool.
Mereka bertujuh berjalan masuk kedalam sekolah. Laluan diberikan dengan hormat dan tertib kepada mereka.
         "Tiap hari aku rasa macam anak raja." Jin mula merepek.
         "Pandailah kau." Hoseok menarik cuping telingan Jin.
Tiba-tiba ada sebiji bola sepak singgah dikepala Jimin dengab kuat.
Semua orang terkejut.
          "Alamak." Seulgi menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.
Semua orang tertumpu pada Seulgi.
Jimin berjalan mendekati Seulgi.
          "Budak baru?" Soal Jimin cool.
Seulgi memandang Jimin dengan pandangan rendah.
          "Ya." Jawab Seulgi perlahan.
Jimin mengukir senyuman.
Seulgi berasa hairan.
'Bukan ke kalau budak hot ni selalunya jahat?' Fikir Seulgi.
         "Nice to meet you." Ucap Jimin.
Seulgi mengangkat kepala memandang Jimin.
         "Jaga bola baik-baik ye." Jimin memberikan bola tersebut kepada Seulgi semula lalu berlalu pergi pada rakan-rakannya semula.
         "Aku nak pergi perpustakaan jap. Nak pulangkan buku." Kata Yoongi.
         "Kita pergi sekalilah. Lagipun masuk kelas awal-awal bukan ada apa pun." Kata Jimin.
Mereka bertujuh bersetuju lalu menuju ke perpustakaan. Gadis-gadis mengekori mereka dari belakang membuatkan Jungkook kurang senang.
Taehyung pusing belakang lalu memandang gadis-gadis itu.
          "Pergilah masuk kelas kamu semua. Kami tak perlukan bodyguard." Kata Taehyung sambil senyum sedikit.
          "Baiklah oppa." Jawab gadis-gadis itu sambil ketawa lalu berlari kegembiraan.
          "Senyuman kau tu macam ada maksud je..." Usik Jimin.
          "Mana ada lah!" Taehyung menampar bahu Jimin.
Mereka bertujuh ketawa.
          "Eh, Taehyung. Kenapa dengan muka kau tu?" Soal Namjoon.
         "Hem? Tak ada apa lah." Taehyung menoleh.
          "Dah lah. Jom" Yoongi memulakan langkah semula.
Mereka menuju ke perpustakaan. Jungkook yang tahu apa yang terjadi pada Taehyung terus merangkul bahu Taehyung dan berjalan sambil ketawa riang mengusik Taehyung.

KELAS

KRINGGGGG
Loceng berbunyi buat kali ke 4 iaitu waktu untuk rehat dan menjamu selera dikantin.
Pelajar-pelajar kelas A-5 bangun untuk bow pada cikgu sebelum keluar.
         "Eh, saya lupa nak tanya. Mana geng-geng belakang tu?" Soal Encik Seo Joon.
         "Rasanya diorang masih ada diperpustakaan." Beritahu Yoora.
         "Hem. Yoora, sebagai ketua kelas saya nak awak beritahu pada mereka apa yang saya dah beritahu pada semua tadi." Arah Encik Seo Joon.

          "Baiklah." Yoora tunduk dan akur.

PERPUSTAKAAN

Yoora berjalan masuk kedalam perpustakaan yang besar dan lenggang.
Kelihatan tujuh sekawan sedang membaca buku sambil berketawa.

Tidak seperti gadis lain,Yoora mendekati mereka dengan hati kering sekering baju yang sudah siap dijemur.
        "Ehem ehem." Yoora berdehem.
Mereka memandang Yoora serentak.
        "Encik Seo Joon suruh saya sampaikan pada kamu semua bahawa minggu hadapan kita ada lawatan sambil belajar di Pulau Jeju. Kalau ada apa-apa cepat-cepat inform pada Encik Seo Joon." Beritahu Yoora.
        "Aduhai... malasnya nak pergi!" Jimin menutup buku.
        "Bestlah lawatan sambil belajar." Kata Namjoon dengan yakin.
        "Memanglah best sebab awak tu rajin belajar. Tengoklah macam mereka ni, kalau baca buku pun baca yang novel." Perli Yoora.
         "Amboi. Sedapnya mulut berbicara. Mengalahkan api." Kata Hoseok.
         "Whatever lah. Kalau tak nak pergi sana beritahu Encik Se Joon sendiri." Kata Yoora lalu berlalu pergi untuk ke kantin.
          "Haaa.. ini yang aku tak setuju. Kenapa ada lawatan sekolah. Sekarangkan baru masuk bulan empat." Kata Jin.
          "Pergi ja lah. Bukan rugi pun. Lagipun kita tak perlu bayar apa-apa. Pergi jalan-jalan dan dengar apa cikgu cakap. Tak perlu susah-susah fikir." Kata Yoongi cool sambil menutup buku yang dibacanya tadi.
           "Aku tak nak pergi tapi nanti mesti keluarga aku suruh aku pergi." Kata Jungkook sambil mengeluh.
           "Kita pergi ja. Macam yang Yoongi cakap tadi. Kita tak kena keluarkan satu sen pun." Namjoon memberi semangat.
Hoseok menghempuk kepala Namjoon menggunakan buku tebal ditangannya.
           "Ya lah kau. Habis tu nak shopping, nak beli barang, nak beli buah tangan. Pakai apa? Air mata?" Kata Hoseok pada Namjoon.
            "Kau kan kaya. Tak payahlah fikir pasal duit." Kata Namjoon sambil mengusap kepalanya.
Hoseok menghempuk kepala Namjoon buat kali kedua.
            "Mak ayah aku ja yang kaya bukan aku. Mak ayak aku ada di London. Tak kanlah aku nak suruh diorang datang sini semata-mata bagi duit kat aku." Kaa Hoseok.
           "Habis tu sekarang duit minyak kereta, bil rumah, kau ambil mana?" Soal Namjoon.
Hoseok terdiam sebentar lalu tersengeh.
           "Ya lah kan. Aku lupa pula." Hoseok tersengeh seperti kerang busuk sambil memandang rakan-rakannya.
Mereka mentertawakan Hoseok yang kadangnya nampak bengap.
         "Jom lah pergi simpan buku. Lepastu kita pergi kantin. Aku dah lapar ni." Ajak Taehyung.

KANTIN

Mereka mengisi perut dengan sajian enak dari kantin sekolah. Tiba-tiba TV di kantin terbuka. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian pada screen TV.
          "Selamat pagi semua. Saya Puan Kim ingin memberitahu kepada pelajar-pelajar form 4&5 bahawa tiada pengecualian untuk lawatan sambil belajar di Pulau Jeju minggu hadapan."

           "Arghhh." Jimin mengalihkan talamnya lalu meletakkan kepala diatas meja makan.
Jin ketawa melihat wajah paksa rela Jimin.

             "Baiklah, guru-guru yang terlibat adalah Penolong Kanan Encik Seo Joon dan Penolong Hal Ehwal Puan Ara. Dan beberapa staff lainnya. Hanya itu sahaja pesanan untuk kamu semua. Harap bergembira."

            "Gembira? Saya sanggup bunuh diri." Kata Jimin sambil menggengam sudunya.
            "Nampaknya kita tak boleh elak dari pergi lawatan sambil belajar tu." Ujar Jin.
           "Aku harap nenek aku tak benarkan." Keluh Jungkook.
          "Kau macam mana Tae?" Tanya Namjoon.
          "Kalau korang pergi, aku pergilah. Tak best juga kalau tak pergi dengan kawan-kawan rapat kan?" Jawab Taehyung.
          "Ha!" Hoseok berdiri sambil menepuk meja dengan kuat sekali membuatkan rakan-rakannya terkejut.
          "Yang tu aku setuju." Kata Hoseok.
          "Janganlah buat orang terkejut." Jimin menampar lengan Hoseok dengan kuat.
Hoseok duduk semula sambil mengusap lengannya yang sakit.
          "Maaf." Ucap Hoseok.
Mereka ketawa apabila melihat wajah manja campur comel campur minta simpati yang terserlah diwajah Hoseok.

2 HOURS (2000 4 11)Where stories live. Discover now