BAB 5

1 0 0
                                    

Pasukan penyelamat membuat permohanan kepada pihak kerajaan untuk membuat pencarian mangsa-mangsa yang masih belum dijumpai setelah 40 hari tiada berita dari tentera laut yang bertugas ditempat kejadian. Namun Menteri South Korea tidak membenarkan misi tersebut dijalankan. Entahlah mengapa dengan dia, semua orang jadi pelik. Berita ditelevisyen mengatakan bahawa semua penumpang Sewol Ferry sudah berjaya diselamatkan dan tiada maut yang dicacat setakat ini. Berita itu menghangatkan lagi suasana para waris apabila pada kenyataannya adalah anak-anak mereka belum ada dirumah dan nama pada papan kenyataan mengatakan bahawa anak mereka tidak tersenarai dalam senarai mangsa yang selamat.

Ayah Taehyung masuk kedalam bilik Taehyung lalu duduk diatas katil empuk yang dulunya digunakan oleh Taehyung. Dia melihat gambar-gambar pada frame yang memaparkan senyuman Taehyung bersama Inha yang disusun diatas meja belajar. Taemin menjadi sebak apabila melihat senyuman Taehyung yang sungguh manis namun kemanisan itu telah meninggalkannya.

FLASHBACK
Taemin pergi kesekolah dengan cemas untuk melihat nama-nama pelajar yang berjaya diselamatkan dari kapal karam tersebut. Ramai para waris menangis dilantai dewan Danwon High School.
Taemin pergi kearah papan maklumat yang mencatat nama-nama pelajar yang selamat yang ditanda dengan spidol berwarna dan nama-nama pelajar yang tidak dijumpai tidak ditanda.
Taemin mencari nama Kim Taehyung dengan berhati-hati agar tidak tersalah tengok. Nama Kim Taehyung tertera dihadapan matanya. Dia melihat tepi nama tersebut. Tiada spidol berwarna. Jantungnya berdegup kencang.
"Tae." Taemin terduduk. Air matanya mengalir lalu membuatkan dia menangis teresak-esak.
Tiba-tiba datang seorang gadis memegang bahu Taemin dari belakang. Taemin menoleh belakang.
"Pak cik ni ayah Taehyung kan?" Tanya gadis itu.
"Ya, saya ayah Taehyung." Jawab Taemin sambil mengusap air mata.
"Saya Kim Yoora rakan sekelas Kim Taehyung." Beritahu Yoora.
Taemin mengangguk faham.
"Pak Cik ikut saya sekejap. Saya ada sesuatu nak tunjukkan pada Pak Cik." Pinta Yoora.
Taemin akur lalu bangun mengikuti gadis berbaju seragam sekolah Danwon High School dan meletakkan kain tuala berwarna oren pada tubuh.
Yoora membuka pintu loker Taehyung lalu memberi laluan pada Taemin untuk melihat loker anaknya. Yoora beredar.
Taemin melihat loker Taehyung yang kemas dan rapi. Dia melihat ada dua keping gambar yang dilekat pada loker itu. Sekeping gambar menunjukkan senyuman lebar Taehyung manakala sekeping lagi adalah gambar perkahwinan Taemin dan Inha. Taemin kembali menahan sebak semahu-mahunya.
Tidak sangka dalam diam Taehyung menyayanginya. Taemin sangat menyesal dan bercelaru apabila kehilangan dua insan penting yang amat disayanginya.
END FLASHBACK

Taemin mengambil batal comel berwarna merah yang berbentuk hati ditepi katil kepunyaan Taehyung.
Tiba-tiba terlihat ada satu gambar ditempat Taemin mengambil bantal itu.
Taemin mencapai gambar tersebut lalu dilihatnya. Ianya gambar Taehyung bersama 6 rakan-rakan sekelasnya. Taemin mengenali mereka iaitu Jimin, Namjoon, Yoongi, Hoseok, Jungkook dan Jin.
"Tae, ayah akan dapatkan kamu semula. Ayah rindukan kamu." Rintih Taemin lalu menangis pilu.

Meskipun tidak dibenarkan membuat misi pencarian, pihak pasukan sukarelawan tetap berkeras dan menjalani juga pencarian.
Pasukan Sukarelawan sampai dilokasi feri tenggelam. Kelihatan sebuah bot kecil tentera yang sedang menunggu ditengah laut itu.
Jae Hyuk menyapa beberapa tentera itu.
"Selamat petang, saya Ketua Pasukan Sukarelawan. Saya nak buat pencarian mangsa-mangsa yang masih belum dijumpai bersama kru-kru saya." Beritahu Jae Hyuk.
"Balik. Kat sini tak boleh buat misi pencarian." Tegas seorang tentera.
"Kami cuma nak buat misi pencarian. Kami janji tak akan kacau hak polisi dan tidak menyebarkan berita palsu." Sampuk Ji Yoon.
"Tak boleh! Balik sebelum kami report pada pihak atasan." Kata seorang tentera.
"Baiklah." Jae Hyuk beralah.
Bot pasukan penyelamat itu bergerak meninggalkan lokasi kapal karam.
"Alahh.. nak marah-marah pulak. Dah lah makan gaji buta je." Ga Hyun menyampah dengan pasukan tentera tadi.
"Biarlah diorang. Nanti kita cuba lagi." Kata Ji Yoon.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2 HOURS (2000 4 11)Where stories live. Discover now