BAB 4

2 0 0
                                    

Chan Byul mengemudi feri dengan laju yang normal bagi setiap feri yang berlayar ditengah lautan.
          "Tuan, Menteri hubungi." Beritahu Shin Ahn sambil menghulurkan telefon.
Chan Byul mengambil telefon tersebut dan Shin Ahn mengemudi feri.
Beberapa minit kemudian Chan Byul datang semula.
           "Kita mulakan sekarang." Kata Chan Byul.
           "Baiklah." Shin Ahn mengangguk.

RESTORAN

Beberapa penumpang dari Luar  Negara dan bangsawan-bangsawan Korea Selatan sedang mengisi perut direstoran yang disediakan didalam feri.
Hye Young sedang mengelap meja. Dia sudah lama bekerja sebagai pelayan didalam restoran feri tersebut.
Tiba-tiba feri seperti terhentak. Semua orang terkejut dan dalam keadaan risau.
DING DONGG
       "Harap maaf. Feri terlanggar batu besar. Semua orang diminta bertenang. Keadaan akan kembali stabil sebentar lagi."
Keadaan kembali normal setelah mendengar pengunguman dari co-pilot feri iaitu Shin Ahn.
Hye Young berasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi namun dia cepat-cepat mengkuburkan perasaan itu dan sambung mengelap meja.
Tiba-tiba feri menjadi senget kesebelah.
Penumpang menjadi kelam-kabut dan gelisah.
        "Harap maaf. Sila duduk ditempat atau didorm anda semula. Jangan panik kerana kapten kapal akan betulkan semula keadaan. Semua penumpang jangan panik dan sila duduk semula. Terima kasih."
Pengumuman Shin Ahn diakur sahaja oleh penumpang. Penumpang duduk semula dikerusi sambil menahan kaki mereka dimeja makan agar mereka tidak terbalik atas faktor feri yang semakin senget.
          "Shit. Mana boleh macam ni." Hye Young meninggalkan kain lap dimeja yang dilapnya tadi lalu berlari kearah pintu kecemasan.
          "SEMUA! SILA KELUAR IKUT PINTU SINI! CEPAT!" Arah Hye Young.
Para penumpang yang melihat pelayan restoran tersebut menyuruh agar mereka menyelamatkan diri terus berlari kelam-kabut kearah pintu kecemasan restoran yang terus tembus ke dek feri.
          "CEPAT! CEPAT!" Hye Young menunggu penumpang keluar dari restoran sehingga habis.
Hye Young berlari ke dek feri lalu mengeluarkan jaket keselamatan yang disediakan.
Hye Young memberikan jaket keselamatan kepada para penumpang.
          "Dah habis. Kakak tak ada jaket keselamatan?" Tanya seorang penumpang perempuan.
          "Tak apa. Saya utamakan penumpang dahulu. Kalau ada apa-apa terjadi sila terjun ya. Jangan risau, mungkin sebentar lagi pasukan keselamatan datang." Pesan Hye Young.
      Hye Young terus berlari turun ketingkat paling bawah iaitu beberapa dorm yang diduduki oleh beberapa pelajar sekolah dan penumpang warga asing.
Air sudah masuk sehingga paras lutut.
Hye Young mengeluarkan penumpang-penumpang dari dorm mereka. Hye Young kelam-kabut kesana-kemari mencari penumpang ditingkat bawah.

LUAR FERI

Sebuah bot kecil datang dan berhenti disebelah feri. Kapten kapal dan kru-krunya naik kedalam bot tersebut dan terus pergi meninggalkan feri yang akan tenggelam sebentar lagi.

                      DORM 134340

Jungkook merakam tragedi tersebut ditelefonnya. Begitu juga Jin dan Namjoon.
Mereka bertujuh duduk didalam bilik dan biarkan pintu bilik terbuka untuk melihat ramai orang yang berbaring ditengah-tengah laluan.
           "Kau rasa feri ni nak tenggelam ka?" Soal Hoseok pada Jin.
           "Tak. Aku cuma rasa yang feri ni nak karam." Kata Jin lalu mereka berdua ketawa apabila lawak Jin betul-betul masuk air.
          Mereka bertujuh berborak dan berketawa apabila suara Shin Ahn kembali bergema dan mengatakan bahawa pasukan keselamatan akan datang sebentar lagi.
         "Jaket keselamatan aku rosak lah." Kata Taehyung sambil membelek jaket keselamatannya yang tidak dapat dibuka.
         "Kau curi ja siapa punya kat luar sana." Cadang Jin.
         "Jaket kat luar tak cukup. Kau rasa dalam feri ni ada berapa jaket ja yang ada?" Beritahu Namjoon.
         "Tak apa lah. Kau ambillah aku punya. Aku tak perlukan pun." Jungkook menghulurkan jaket keselamatannya.
          "Kau gunalah. Nanti kau lemas pula." Kata Taehyung.
           "Ambil je. Aku okey." Jungkook meletakkan jaket keselamatan itu diatas paha Taehyung.
Jungkook merakam wajah Taehyung dengan dekat lalu ketawa.
Gelak tawa mereka masih berpanjangan.

2 HOURS (2000 4 11)Where stories live. Discover now