Pelajar-pelajar memenuhi dek feri yang besar untuk melambai-lambai kearah ahli keluarga masing-masing.
Feri mula bergerak dan lambaian tangan memenuhi ruang pandangan. Jin melambai-lambai kearah ibu bapanya. Air mata jantannya mengalir dipipi.
Hoseok dan Jimin mendekati Jin sambil ketawa besar.
"Jin, kau nangis ka?" Sengaja Jimin menyoalkan.
"Tak lah. Tak kan lah Jin nangis. Mungkin tu air hujan kott.." Perli Hoseok.
Jin mengusap air matanya.
"Hey, ni Kim Seok Jin lah. Mana ada aku nangis." Kata Jin acah kental.
"Waaa.. ni baru Kim Seok Jin!" Hoseok dan Jimin menepuk tangan.
Jin menoleh memandang Hoseok.
"Tapi...." Kata-kata Jin tergantung.
"Tapi apa?" Soal Hoseok.
"Tapi aku rindukan odeng aku!" Jin kembali menangis.
Hoseok menampar lengan Jin.
"Tak payah lah nak rindu-rindu tupai pula. Tak gentle langsung." Kata Hoseok.
"Sugarglider aku tu bukan biasa-biasa tau. Tiap hari dia temankan aku tau." Kata Jin.
Namjoon datang.
"Kenapa?" Tanya Namjoon.
"Kim Jin Seok ni rindu sugarglider dia haaa.." Beritahu Jimin.
"Kim Seok Jin lah!" Marah Jin.
"Alah.. Dalam berita cakap nama kau Kim Jin Seok." Kata Jimin.
"Tu tv9 punya berita. Kalau berita dunia, dia akan cakap Handsome Worldwide Kim Seok Jin." Jin mula membuka gelanggang merepeknya.
Mereka berempat ketawa.
Jungkook berjalan diatas dek feri yang ramai dengan pelajar-pelajar yang masih melambai kepada ahli keluarga mereka. Jungkook mencari kelibat seseorang yang penting didalam hidupnya iaitu sahabatnya.
Taehyung berdiri ditepi dek sambil memandang ahli-ahli keluarga pelajar yang sedang melambai pada anak-anak mereka. Taehyung mencari seseorang yang mungkin akan melambai tangan padanya juga.
Tiba-tiba kelihatan susuk tubuh seorang lelaki bertubuh tinggi lampai, berambut hitam, kulit putih dan usianya angka 40-an.Taemin memandang anaknya yang kebetulan memandang kearahnya juga. Bukan susah nak cam yang mana satu Taehyung kerana hanya Taehyung seorang sahaja yang berambut merah.
Taemin mengangkat tangannya dan melambai kearah Taehyung. Dia berharap sangat anaknya itu akan membalas lambaiannya.Jantung Taehyung berdegup laju apabila melihat ayahnya melambai kearahnya sambil mengukir senyuman. Walaupun dalam kedudukan yang jauh, kemanisan senyuman itu dapat menggugurkan jantung Taehyung. Senyuman Taemin bagaikan emas asli yang sukar ditemui. Taehyung berfikir empat belas kali samada ingin membalas lambaian ayahnya atau tidak. Dia mengangkat tangannya perlahan-lahan.
"Tae." Jungkook memegang bahu Taehyung.
Tangan Taehyung yang baru sahaja sampai paras perut terus diletakkan kesisi semula.
Taehyung menoleh memandang Jungkook.
"Menyendiri lagi?" Tanya Jungkook.
"Tak lah. Aku cuma nak ambil angin." Tipu Taehyung.
"Aku nak rehat kat dorm. Nak ikut?" Pelawa Jungkook.
"Tak apa. Kejap lagi aku pergi." Taehyung menggeleng sambil senyum.
"Okey. Hati-hati ye. Nanti jatuh pula." Usik Jungkook.
"Kalau aku jatuh aku tarik kau jatuh bersama." Kata Taehyung lalu ketawa.
Jungkook ketawa kecil lalu menepuk bahu Taehyung dan berlalu pergi.
Taehyung menoleh semula mencari kelibat ayahnya. Namun ayahnya sudah tiada ditempat tadi.
'ayah, saya minta maaf.' Taehyung betul-betul rasa seperti jiwa ayahnya menyerap masuk kedalam hatinya.
'Saya akan minta maaf pada ayah bila saya balik nanti.'DORM
Mereka bertujuh bermain untuk menghilangkan kebosanan apabila perjalanan mereka memakan masa selama 16 jam untuk sampai.
Game pertama adalah random dance lagu kumpulan kpop yang terkenal pada era itu seperti Super Junior, Girl Generation, EXO dan bermacam-macam lagi.
Bermacam-macam permainan yang dimainkan oleh mereka. Yoongi hanya menjadi juri dan tidak banyak bercakap mahupun ketawa. Wajahnya cool dan tidak banyak melakukan perubahan wajah sepeti orang lain yang akan tersenyum jika tidak ketawa.
"Aku teringinlah nak jadi idol." Kata Namjoon.
"Kau nak ambil posisi apa?" Tanya Hoseok.
"Aku nak jadi rapper. Aku dah banyak gubah rap tau. Dah jadi hobi aku dah." Beritahu Namjoon.
"Wah. Pandailah kau ni." Puji Hoseok.
"Group kita nak letak nama apa?" Tanya Jungkook yang menyampuk dari katil tingkat atas.
"KSJ." Cadang Jin lalu ketawa.
"KSJ? Apa tu?" Soal Taehyung yang duduk dikatil atas bersama Jungkook.
"K, Kim. S, Seok. J, Jin." Ujar Jin lalu bereka ketawa.
"Kita letak HSJ pun boleh." Cadang Jin lagi.
"Apa pula tu? Hoseok So Journey?" Kata Hoseok lalu ketawa.
"Handsome Seok Jin." Ujar Jin membuatkan mereka ketawa besar.
Memang sangat bosan jikalau tiada Jin. Jin lah si pelawak yang sering menggembirakan suasana.
Yoongi duduk diatas katilnya lalu bersandar didinding. Dia langsung tidak ketawa sejak bermula game sehingga habis game. Jimin duduk disebelah Yoongi.
"Penat?" Soal Jimin yang sengaja ingin mengambil berat sedangkan dia tahu Yoongi tidak melakukan apa-apa pun melainkan duduk dan menonton.
Yoongi menggeleng sedikit.
"Hahh.. Tak tau lah macam mana nak gambarkan tapi sebenarnya hari ni adalah hari yang paling best. Best dapat jalan-jalan bersama geng." Ujar Jimin.
"Jimin." Panggil Yoongi.
Jimin menoleh memandang Yoongi yang berambut biru. Entahlah kenapa, di Danwon High School hanya mereka bertujuh sahaja yang mewarnakan rambut. Yoongi berwarna biru, Taehyung berwarna merah, Jimin berwarna hijau turquoise, Jungkook berwarna kelabu, Jin berwarna coklat, Hoseok berwarna rose gold manakala Namjoon berwarna blonde.
"Aku hairan. Kenapa korang baik dan stay layan aku walaupun perangai aku macam ni. Sepatutnya korang tak berkawan dengan aku dan tinggalkan aku. Aku tak macam korang, korang happy go lucky tapi aku ni suka bersendirian." Kata Yoongi.
Jimin mengukir senyuman.
"Kitorang tahu perangai kau macam mana, sebab tu lah kitorang berkawan dengan kau. Kalau kitorang tak kenal kau kitorang memang tak kawan dengan kau. Kau manusia, kitorang pun manusia. Kau ada mata, kitorang pun ada mata. Semua lengkap. Tak ada perbezaan antara kita. Cuma hati dan sifat sahaja yang berlainan, tu semua normal. Kalau kita jumpa 100 orang, 100 sifatlah kita jumpa dan mungkin lebih dari 100 sifat sebab sifat manusia tu barlainan. Ada yang cool, ada yang happy go lucky, ada yang biasa-biasa dan ada juga yang sifatnya bercampur, kadang-kadang dia hyper active, kadang-kadang dia jadi pendiam dan kadang-kadang dia jadi pemalu." Terang Jimin pada Yoongi.
"Kita semua sama. Jangan anggap ada jurang diantara kita." Sambung Jimin.
Yoongi mengukir senyuman.
"Berjaya juga buat kau senyum. Kau tahu tak nak buat kau senyum tu pun kadang-kadang buat aku nak bunuh diri. Susah!" Kata Jimin membuatkan Yoongi ketawa kecil.
Taehyung berbaring disebelah Jungkook. Jungkook memeluk Taehyung.
"Kau tahu kan aku mabuk laut. Aku rasa macam nak penggal kepala aku ni lepas tu buang jauh-jauh." Kata Jungkook.
Taehyung ketawa.
"Kau ni jangan nak bunuh diri pulak atas kapal ni. Lebih baik kau terjun dalam laut je. Tak payahlah susah-susah nak urus mayat kau atas feri." Kata Taehyung lalu ketawa bersama Jungkook.
"Kita terjun sama-sama." Kata Jungkook.
"Jom." Ajak Taehyung.
"Kau dah gila ka?" Jungkook terkejut.
Taehyung ketawa dengan lama sekali membuatkan Jungkook malu apabila teringat semula dia sudah membuat wajah yang sangat cuak sebentar tadi.
"Aku tak adalah gila sampai macam tu." Kata Taehyung.
"Tapi kau pernah lebih gila dari tu kan." Jungkook senyum.
Mereka berdua ketawa mengingati kisah lalu.
FLASHBACKMereka bertujuh mengambil angin ditepi laut. Taehyung memanjat naik keatas tempat tinjau.
"Wey, tengok Tae!" Hoseok menunjukkan kearah Taehyung.
Taehyung menoleh, rakan-rakannya melambaikan tangan padanya sambil tersenyum termasuklah Yoongi.
Taehyung toleh hadapan semula. Dia berlari lalu melompat masuk kedalam laut.
Apa yang ada didalam otaknya adalah dimensi yang menunjukkan betapa kejamnya ayahnya. Setiap kali kesekolah, Taehyung perlu belajar bersungguh-sungguh. Apabila dirumah, Taehyung tidak boleh keluar dari bilik jika dia belum menyiapkan homework dan perlu mengulang kaji. Dia hanya dibenarkan keluar pada waktu petang dari jam 4 petang sehingga 6 petang.
Baginya, budak perempuan pun boleh keluar lepak dengan kawan-kawan sampai malam, sedangkan dia seorang lelaki yang perlu pulang awal kerumah.
Melihat Taehyung berlamaan didalam air, Jungkook terus terjun menyelamatkan Taehyung yang hanya mengelamun didalam air dan tidak menghiraukan ajal yang menanti.
END FLASHBACK
YOU ARE READING
2 HOURS (2000 4 11)
Mystery / ThrillerSEWOL FERRY. !Cerita ini diadaptasikan dari kisah benar dalam 10% dan selebihnya adalah rekaan semata-mata! Mengisahkan 311 orang pelajar dari sekolah Danwon High School dan 14 staff dari Danwon High School yang menaiki Feri Sewol untuk melakukan la...