BAB 2

3 0 0
                                    

Ramai pelajar-pelajar dan waris-waris yang berborak sebelum berpisah. Hari ini adalah hari yang dibenci oleh sebahagian pelajar yang tidak berminat mengikuti lawatan sekolah apatah lagi mereka perlu menaiki feri dan akan menyebabkan mereka mabuk laut.
            "Pergi elok-elok ye. Dengar cakap cikgu." Pesan Sujong.
Yoongi hanya mengangguk sambil memandang arah lain.
            "Kalau ada apa-apa call appa ya." Pesan Yun Gyeong.
            "Nae." Jawab Yoongi sepatah.
            "Berkawanlah dengan semua orang. Jangan tahu nak menyendiri saja." Kata Yena sambil menjeling.
Yoongi memandang Yena dengan tajam.
             "Diamlah." Kata Yoongi.
             "Haaa sudah. Korang berdua ni kejap baik kejap gaduh." Kata Yun Gyeong.
             "Memang tak pernah baik pun. Dia lah yang jadi masalahnya. Orang nak buat baik dengan dia tapi dia pula tak nak. Sayang sangatlah dia tu." Kata Yena.
Sujong menghadiahkan cubitan pedih pada lengan Yena.
             "Auchhh." Yena mengusap-usap lengannya.
Yoongi menghadiahlan jelingan pada kakaknya lalu terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.
              "Woi! Pergi mana?! Lari la tu!" Jerit Yena pada Yoongi namun Yoongi tidak pedulikan kakaknya dan terus berjalan.
              "Minta maaf kat adik kamu." Kata Sujong.
              "Saya?" Yena memandang ibunya dengan mata membulat.
              "Minta maaf je." Yun Gyeong meluku kepala Yena.
Yena terpaksa juga.
               "Yoongi! Kakak minta maaf!" Jerit Yena.
Semua orang sibuk melayan keluarga sendiri jadi mereka tidak pedulikan jeritan Yena.
Yoongi hanya mengangkat tangan tanda mendengar dan memaafkan namun tidak menoleh dan tidak berhenti dari melangkah pergi.
              "Kakak sayang kamu..." Ujar Yun Gyeong memberikan dialog maaf pada Yena.
             "Saya kena cakap?" Soal Yena.
Yun Gyeong meluku kepala Yena sekali lagi.
Yena mengusap kepalanya dan mengikut kata-kata ayahnya.
             "Kakak sayang kamu!" Jerit Yena.
             "Kakak tunggu kamu balik.. Jaga diri ya adikku sayang." Kali ini Sujong pula yang memberikan dialog dan memaksa Yena menjeritkannya buat Yoongi.
             "Kakak tunggu kamu balik! Jaga diri ya adikku sayang!" Jerit Yena.
             "Dah. Saya tak nak dengar cakap ibu dan ayah lagi." Yena terus beredar.
Sujong dan Yun Gyeong tergelak dengan perangai anaknya si Min Yena yang keras kepala manakala Min Yoongi pula cool dan tidak suka berkomunikasi.

Taehyung keluar dari kereta ayahnya setelah sampai lalu mengorak langkah ke arah pintu pagar kawasan feri.
           "Taehyung." Panggil Taemin.
Taenyung berhenti melangkah lalu pusing kebelakang.
Taemin berjalan mendekati Taehyung. Taehyung hanya berwajah kering tanpa perasaan melihat ayahnya.
           "Ayah minta maaf." Ucap Taemin.
           "Ayah tahu ayah dah buat banyak salah pada Tae. Ayah minta maaf sangat-sangat." Taemin memegang kedua-dua tangan anaknya.
            "Saya akan maafkan ayah kalau ayah berjaya dapatkan ibu saya semula." Taehyung merentap tangannya lalu pusing kebelakang dan berjalan masuk kedalam kawasan yang dipenuhi waris-waris dan pelajar-pelajar sekolahnya.
Taemin hanya mampu melihat Taehyung berjalan tanpa menoleh kembali.
Untuk dapatkan semula ibu Taehyung adalah satu perkara yang tidak masuk akal kerana ibunya sudah meninggal dunia 9 tahun yang lepas.
Apa yang yang dilakukannya selama ini sangat-sangat membuatkan dia menyesal kerana dialah penyebab Taehyung tidak berpeluang mendapat adik baru dan pada masa yang sama dialah yang membuatkan Taehyung kehilangan ibunya yang tercinta.
Taemin masuk kedalam kereta lalu meraup wajah penuh kekesalan.

     FLASHBACK

Inha mengemas botol-botol arak yang ditinggalkan oleh Taemin diruang tamu. Setiap malam selepas balik dari kerja Taemin pasti mengamalkan rutin hariannya iaitu meminum arak sehingga mabuk dan meninggalkan botol-botol arak diatas meja.
Inha melihat sebotol arak yang terdapat segulung kertas didalamnya.
            "Apa benda ni?" Inha mengambil botol tersebut.
            "Hm. Biarlah. Orang mabuk ni kalau boleh seluar dalam sendiri pun nak masukkan dalam botol arak." Kata Inha lalu membuang botol arak tersebut kedalam beg plastik.
Setelah siap, Inha keluar dari rumahnya dengan membawa beg plastik yang diisi dengan sampah-sampah dan botol-botol arak.
Disebabkan perut Inha yang sarat mengandung hampir 9 bulan, kekuatan Inha terbatas dan dia terpaksa mengheret sampah tersebut sehingga kepintu pagar.
            "Ibu." Taehyung yang sedang bermain bersama rakan-rakannya terus berlari kearah ibunya setelah ternampak ibunya didepan pintu pagar.
            "Hye. Dah habis main ke?" Tanya Inha penuh lemah lembut dan senyuman yang manis pada anak sulungnya itu.
             "Dah. Ibu pergilah rehat, Tae tolong ibu buangkan sampah." Kata Tae sambil mengambil beg plastik ditangan Inha.
             "Berat tu. Hati-hati ye. Balik cepat. Nanti Tae mandi lepastu kita makan sama-sama ye." Kata Inha.
             "Baiklah ibu. Bye." Taehyung berlari membawa beg sampah itu untuk dibuang di tong sampah besar yang disediakan oleh Jabatan Kebersihan.
Inha masuk kedalam rumah semula. Kelihatan Taemin sedang tercari-cari sesuatu dimeja sehinggakan habis berterabur buku-buku yang baru disusun Inha tadi.
            "Awak cari apa?" Tanya Inha sambil mendekati Taemin.
Taemin memandang Inha dan tidak menjawab soalan Inha. Taemin terus bangun dan menaiki tanggga naik ke atas.
Inha pelik namun dia hanya diam dan duduk menyusun semula buku-buku yang disepahkan oleh Taemin tadi.
Setelah siap, Inha naik tangga lalu bertembung dengan suaminya ditengah-tengah tangga.
             "Mana botol arak aku?" Soal Taemin.
Inha terkejut apabila Taemin menggunakan bahasa 'aku' pada Inha.
             "Saya dah buang." Jawab Inha sambil tunduk.
            "Semua?" Soal Taemin.
             "Ya." Jawab Inha mengangguk.
Satu tamparan singgah kepipi Inha.
             "Si*l! Kenapa kau buang semua?! Kau tahu tak nombor judi aku ada dalam botol tu! Tak kanlah kau tak nampak?! Kau dah buta ka?!" Marah Taemin.
             "Judi? Awak main judi? Sejak bila?" Inha terkejut.
Taemin mencengkam rambut Inha dengan kuat.
              "Sakit! Lepaslah!" Raung Inha.
             "Kenapa kau buang?! Aku dah menang dah judi tu lah si*l!" Marah Taemin.
              "Manalah saya tahu kertas tu kertas nombor ekor. Kalau saya tahu pun saya memang akan buanglah!" Jawab Inha dengan berani.
Secara automatik, tangan yang mencengkam rambut Inha itu menolak Inha kebelakang membuatkan Inha hilang keseimbangan dan akhirnya Inha jatuh bergolek ditangga.
Taehyung masuk kedalam rumah setelah selesai membuang sampah.
Tiba-tiba ibunya jatuh dari tangga dan terbaring dibawah dihadapan matanya sendiri.
           "Ibu!" Taehyung berlari kearah ibunya lalu meletakkan kepala ibunya yang berdarah dipangkuannya.
           "Ibu! Ibu okey tak! Ibu!" Taehyung cemas.
           "Sakit...." Rintih Inha perlahan apabila perutnya sakit akibat keguguran. Kolam darah menghiasi depan tangga.
Taehyung menoleh memandang ayahnya yang berada diatas tangga.
      Taemin terkejut dengan tindakannya dan dia getar. Apa yang berlaku seakan-akan hanya mimpi ngeri. Taemin berlari naik dan masuk kedalam biliknya. Dia mendapatkan telefon dan terus menelefon ambulans.
       Taehyung memeluk ibunya.
          "Ibu, Tae sayang ibu." Rintih Taehyung sambil air mata yang mengalir tidak henti.
Inha menyentuh pipi lembut Taehyung.
          "Ibu pun sayangkan Tae. Jangan nakal-nakal ye." Ucap Inha dengan nafas tersekat-sekat lalu menghembuskan nafas terakhirnya dengan setitis air mata yang mengalir laju dipipi.
         "Ibu! Jangan pergi! Ibu!!!" Raung Taehyung sekuat hati.
          "Ibu!!!!!!"
Taehyung meraung dan memeluk ibunya yang tercinta.
    Taemin yang mendengar raungan Taehyung dari atas terus terduduk dan menangis tanda menyesal atas apa yang dilakukannya.
        "Maafkan saya, Inha. Saya tak sengaja. Maafkan saya." Rintih Taemin penuh penyesalan.
       "Ibu...." Taehyung mencium dahi ibunya dengan lama sekali. Air matanya tidak dapat berhenti dari terus mengalir.
         
         END FLASHBACK

2 HOURS (2000 4 11)Where stories live. Discover now