CHAPTER 1

2.3K 95 40
                                    

#YoungLove
Chapter 1
Written by: Lyssa Grace
*OST kisah kasih di sekolah - Chrisye*

"The saddest thing in the world, is loving someone who used to love you."


Kringgg...

Loceng menandakan waktu rehat baru sahaja berdering. Kebanyakan pelajar berpusu-pusu keluar daripada kelas menuju ke kantin dan koperasi untuk membeli makanan. Tidak ketinggalan juga pelajar tingkatan 3 Azalea. Kebetulan dua masa awal tadi mereka berada di makmal sains.

"Rehat sik?" Kasim menghampiri Charisse yang sedang mengemaskan buku sainsnya.

"Rehat tapi kamek balit kelas lok ambi duit. Tertinggal tek." ujar Charisse sambil menerangkan situasinya.

"Bah, mun gia kamek nunggu di kantin. Berbaris. Iboh lamak gilak."

"Okay."

Charisse mengatur langkah pantas menuju ke blok kelas 3 Azalea. Panas hari ni merecik peluh. Sesampai di kantin barisan masih panjang. Mata Charisse melilau-lilau mencari kelibat Kasim. Dia mengukir senyum nipis bila ternampak susuk tubuh Kasim yang sudah di bahagian depan sedang membayar. Charisse mempercepatkan langkahnya.

"Sorry! Excuse me!" Charisse terpaksa menyelit di antara pelajar yang berbaris itu. "Sim, benjo sigek. Nah.." Charisse menghulurkan duit kertas berwarna hijau kepada Kasim. Fuh! Dia menarik nafas lega. Nasib sempat.

pat! pat! Bahu Charisse ditepuk perlahan. Dari pandangan sisi, seseorang sedang menepuknya menggunakan sebatang pen. Charisse pusing menoleh ke belakang. Berdiri di hadapan Charisse kini ialah seorang pengawas lelaki sedang memegang pen dan buku nota kecil. Pengawas lelaki itu memandangnya dingin.

"Nama. Kelas." Dingin dan keras nada suara pengawas itu. Sombong juga. Ralit memerhatikan gaya pengawas itu Charisse terlupa untuk menjawab. Pengawas itu menutup buku nota kecilnya. Tup! Beribut mata Charisse. "Lain kali beratur! Jangan sesuka hati memotong barisan. Dah, cepat. Bagitau nama dan kelas awak." tengking pengawas lelaki itu.

Berderau darah Charisse kana tengking di hadapan pelajar yang lain. Charisse terus menarik muka masam. Tiada adap betul. "Maria Ozawa, 3 Azalea!" Charisse pusing berlalu mahu melarikan diri sebelum pengawas itu sedar akan nama sebenarnya melalui tag nama. Tidak kuasa mahu melayan pengawas sombong tapuji begitu. Pelajar-pelajar sana pun tengok Charisse lain macam ja. Silaka.

"Apahal tek ya?" Kasim bertanya.

"Yihh!" Masih berang dengan situasi tadi Charisse malas untuk mengulas apa-apa. Rosak moodnya. Benjo kegemarannya pun tidak lalu untuk dimakan. Sengaja mahu memalukan orang. Bukan potong barisan pun. Dah sahabatnya Kasim ngam-ngam memang kat depan sedang membeli Charisse pun tumpang sekaki la. Loba!

"Ingat ku muka loba kau ya!" gerutu hati Charisse.

Tinggal lima minit lagi masa rehat akan habis. Charisse duduk sambil meneguk air putih bila terdengar suara garau dingin berserta ketukan pintu dan melaungkan nama;

"Maria Ozawa, 3 Azalea!"

Semua pelajar 3 Azalea terdiam. Kehadiran tiga orang pengawas itu membuatkan mereka kecut perut. Siapa juga bah tidak takut kalau pelajar senior tiba-tiba muncul di kelas junior. Apalagi lagi kalau itu senior merupakan pengawas sekolah. Kasim yang juga merupakan ketua kelas 3 Azalea terus berpaling tengok Charisse. Air yang diminum Charisse terasa sendat menekan dada.

Uhuk! uhuk! Charisse menepuk dadanya lembut. Batukan kecil itu membuatkan pengawas tadi memandang ke arah Charisse. Mereka bertentang mata sekejap.

YOUNG LOVE ✔ Where stories live. Discover now