1ST VIOLET VLIVE [ VI + O ]

51 10 89
                                    

"VI + O, 무슨 일이 일어날까? ♡"
(VI + O, apa akan terjadi? ♡)

kamera telah pun siap dipasang oleh arianna yang tersenyum sendiri. dia berasa bangga sebab tak jatuhkan benda tu. kalau tak, mesti dia kena marah. few. nasib baik!

jessica tetiba peluk dia dari belakang. terkejut habis sampai ibu jari arianna tertekan butang yang dapat memaparkan suasana pada masa itu pada camera. terus mereka berteriak bersama.

"AAAAAAAAAAAAAH!"

"hABISLAH MUKA AKU BELUM PAKAI MAKEUP LAGI- T_T"

"anda tetap lawa walaupun tak pakai make-up."

"tapi ini kali pertama kita masuk alam vlive... mestilah buat tanggapan yang terbaik!" pesan jessica kepada arianna yang tenung dia dengan expresi "aku-tetap-betul-jangan-nak-melawan".

"haih, sudah-sudahlah bergaduh. alang-alang tukar bilik sama aku dan kris, baru boleh rapat," kata stella yang juga tiba-tiba menjenguk ke arah kamera dan melambai dengan penuh bertenaga.

"eh, kita dah ada satu ribu viewers!! dan kamu belum tegur diorang dari tadi..." stella tepuk dahinya sendiri. apalah dah jadi dengan ahli-ahlinya...

"hAI SEMUA PEMINAT KAMI YANG HEBAT LAGI TERBAIK LAGI TERBILANG LAGI-- uhh, saya rasa sampai situ sahaja! haha. selamat berkenalan~"

kris sudah melompat-lompat di belakang, siap buat finger heart lagi. dia hanya tersengih apabila semua ahlinya menunjukkan riak terkejut. dari manalah dia datang-

"semua peminat kita dah lama tunggu kita buat vlive, okay? jangan nak melengah lagi. jom kita buat intro kita!"

kris dengan penuh semangat merangkul bahu jessica, arianna pada kanannya dan stella pada kirinya. ketiga-tiga ahli tersebut macam dah terkena aura positifnya, terus membuat intro seperti yang telah dirancang bersama semua ahli violet dengan senyuman lebar.

"brightening, blooming, bringing it! kami adalah violet!"

semua tunduk kepala mereka dengan rasa hormat dan tergelak kecil. jessica dan arianna tersipu-sipu malu. yalah, dah bergaduh macam anjing dengan kucing tadi. depan peminat lagi!

"saya, bagi pihak jessica sekali, nak minta maaf sebab tadi- kami masih baru dan mentah dalam hal-hal begini, hehe."
"walaupun kami dah tengok banyak vlive supaya boleh jadi pro macam idol-idol kegemaran kami, masih juga tak berhasil..." sambung jessica, rambutnya tengah dipintal oleh stella.

"apa lagi usaha kita untuk mempercayai yang kita sudah debut..." stella berkata perlahan, tapi tetap didengar oleh semua ahli yang sekarang pandang kamera dengan muka sedikit blur.

kris: "kita dah debut... macam tak percaya... adakah ini mimpi?" (sambil tepuk-tepuk dahi)

arianna: "oh ya, lagu kita semua dah dikeluarkan satu jam yang lalu..."

jessica: "sekali dengan mv yang menawan..."

stella: "album kita pun telah dihantar ke kedai-kedai..."
vi: "dAN DEBUT STAGE KITA LUSA!"

semua ahli vi dah berpeluk semacam, lalu kris memandang komen-komen yang telah diberi oleh peminat-peminat violet.

"omaigoat, semua peminat kita dah beri kata-kata semangat!"

'violet, minta maaf sebab tak dapat beli album banyak-banyak T_T enam keping cukup ke? ;;'

jessica: "wah, itu dah lebih mencukupi. ini betul buat daku terharu... terima kasih sesangat!" (buat finger heart dengan kedua-dua tangan)

VIOLET ; gg af, close! Where stories live. Discover now