BAB 17 🌼

143 8 0
                                    

Dari semalam irah tak henti henti senyum. Ramai yang menegurnya namun teguran mereka tidak diendahkan oleh irah. Setiap masa dia pasti akan terbayang muka nas. Setiap saat, setiap hari, setiap detik yang berlalu dan datang dia tetap terbayang muka kacak nas. Betapa rindunya dia bila seminggu tidak berjumpa dengan nas gara gara ada appointment dengan client kat Hungary. Bila irah mahu ikut , nas tidak benarkan kerana risau akan kesihatan irah. Ibu pernah cakap kat nas sebelum mereka bertunang haritu yang irah sangat takut bila dalam flight. Pernah sekali haritu mereka sekeluarga bercuti di hong kong irah tiba tiba demam apabila 30 minit di dalam flight.

FLASHBACK

Kami bertiga masuk ke dalam flight air asia dengan muka gembira kecuali irah. Waktu tu umur irah baru sahaja mencecah 18 tahun. Disebabkan keputusan spm irah yang membanggakan , mereka decided untuk membawa irah bercuti di hong kong sebagai hadiah atas kejayaannya.

Apabila pintu dikuakkan dari luar, spontan tangan irah terhenti daripada menaip sesuatu di laptopnya. Mata sudah tertumpu pada orang yang masuk ke dalam biliknya.

"Cik, puan dan tuan panggil untuk turun ke bawah" panggil mak jah. Tangannya menunding jari ke arah ruang tamu.

"ok kejap lagi irah turun " senyuman manis terukir di bibir irah turut dilakukan oleh mak jah sebelum meminta diri untuk keluar.

Ape eh mereka nak bincangkan dengan aku? Nak kata aku bergaul dengan lelaki takde pulak. Asalkan aku nak keluar mana mana mesti ade bodyguard ayah kat belakang aku.

Irah menutup laptopnya dan pergi menuruni anak tangga sehingga ke ruang tamu. Irah duduk di sebelah ibunya dengan muka pelik. "kenapa ni? " irah mula bertanya dan merenung anak mata ayahnya.

"kamu nak tak pergi holiday? " ayah irah mula bersuara.

"holiday? Mestilah nak! Tapi kenapa tiba tiba je ni? " kening kanan irah terangkat inginkan jawapan daripada mereka.

Puan rohani hanya tersenyum senget melihat muka cuak irah. "jom pergi hongkong sabtu ni" sambung ayahnya lagi. Kali ni irah menekup mulutnya menggunakan tangan. Muka teruja sudah keluar. Omg hongkong? selama ni paling jauh pun aku pernah pergi Adelaide, Australia .

"srsly?! Yeay dapat pergi hongkong. " irah mula melompat di atas sofa yang didudukinya tadi. Perangai macam budak darjah satu . Selepas puas melompat irah terus meluru ke dalam biliknya sambil bernyanyi dengan riang. Irah mengambil luggage pinknya dan menyusun baju baju yang hendak di pakai ketika di sana nanti. Bawak sikit je sebab nanti nak pergi shopping kat sana.

"finally completed. " irah tersenyum bangga kerana dapat packing barang barangnya dengan cepat. Selama ni ibu dan makjah yang packingkan.

"hmm pakaian dalam check, baju check, seluar and skirt check, perfume? " irah meletakkan jari telunjuknya ke dagu. Nak bawak yang mana satu eh? Aku ade 50 perfume tapi semua aku suka. Ahhh buntu la!

*****
"irah! Irah! Cepat turun nanti terlepas flight kang susah pulak! " tuan rosli menyeru anaknya untuk turun bersarapan dan terus ke airport selepas itu. Puan rohani sedang menjamu selera manakala tuan rosli sudah menghabiskan makanannya.

Irah turun dengan lambat kerana luggagenya sangat berat. Kalau ade suami kan senang takyah bawak sendiri. Haih nak tercabut lutut aku bawak bende ni. Aikk apesal tangga ni macam panjang je rasa?

Termengah mengah irah apabila sudah tiba di landasan yang terakhir. Kemudian dia menyusun langkah ke arah ibu dan ayahnya yang berada di meja santapan.

"ya Allah irah! Kamu nak pindah terus ke sana ke ape sampai bawak barang banyak camni?! " terkejut dibuatnya puan rohani bila melihat anaknya yang membawa 2 buah luggage besar. Macam nak pindah terus pulak sampai bawak banyak camtu. Haih nasib baik tak tersedak. Kang mati pulak aku kat sini.

ISTERIKU  PEMALAS {EDITING} ✔️Where stories live. Discover now