BAB 21 🌼

150 7 7
                                    

Azam berlari keluar dari pada pintu belah pemandu ke pintu belah penumpang. Tangannya membuka pintu kereta itu untuk menyenangkan irah. Irah tersenyum dan cepat cepat keluar daripada kereta azam sebelum jiran jiran dia nampak bahawa dia keluar bersama lelaki lain. Takot kalau ada yang memfitnah dia. Padahal mereka bukan tahu cerita sebenar pun.

"terima kasih awak sebab tumpangkan saya. Segan saya bila awak yang belanja saya makan dan awak juga yang hantar saya balik." yalah tadi selepas mereka membayar barang barang di kaunter, azam terus mengajak irah makan di restoran berdekatan. Irah pun terpaksa mengikut ajakan azam kerana perut dia juga sudah meraung meminta untuk diisi.

"no hal la. By the way, thanks jugak sebab pilihkan perfume untuk saya. I love it " senyum lebat terukir. Nampaknya irah tak tahu disebalik senyuman itu terselit satu muslihat.

"sama sama. Oklah saya masuk dulu, bye " irah melambaikan tangannya kepada azam dan terus meluru masuk ke rumah bersama plastik yang berisi barang.

Saat kakinya sudah masuk ke dalam rumah agam itu, irah berasa lega. Huh nasib baik takde orang nampak.

"best dating dengan laki lain? " sinis suara garau itu di pendengarannya. Terhinjut bahu irah akibat terkejut dengan suara itu. Segera dia menutup pintu rumah dan menghampiri suaminya di sofa itu.

"eh.. B.. Bila kanda balik? Maaflah dinda tak perasan pulak kanda ada kat sofa tu" dalam hati irah sudah berdebar. Bagai nak tercabut jantungnya melihat muka dingin nasrul.

"memang lah tak perasan kalau dah seronok tak ingat laki kat rumah. One more thing , mata tu dah buta  ke sampai tak nampak kereta suami kat depan rumah? " mendatar sahaja suara nasrul. Irah masih statik sambil memegang plastik barang. Segera dia berpaling ke belakang untuk melihat kereta nasrul.

Ya kereta dia ada kat rumah. Matilah aku!

Irah berdehem sebelum menjawab " apa maksud kanda? Dinda tak fahamlah" berseronok? Hah berseronok apa?

Nasrul mengeluarkan iphonennya daripada poket dan menghulurkan kepada irah. Irah menyambut lambat lambat. Terbuntang matanya apabila melihat dia bersama azam sedang makan berdua dan membeli barang dapur bersama. Siapa punya kerja ni!

"kanda.. Dinda boleh explain semua ni. Sebenarny-" baru sahaja irah mahu memberitahu cerita sebenar , nasrul memotong.

"explain? Explain what?! Kau keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan aku, kau nak explain ape lagi? Nak explain yang kau taksengaja terserempak dengan dia?macam tu ke syahirah!?"  nada suara nasrul sudah pun meninggi. Dadanya turun naik mengatur nafas Supaya kembali normal. Tiada lagi kanda-dinda yang keluar dari mulut nasrul. Kau - aku sahaja.

Nasrul merampas iphonenya daripada genggaman irah dan terus keluar dari rumah agam itu. Dapat irah mendengar decitan daripada nasrul.

Air mata irah gugur.. Pertama kali nasrul menengkingnya sepanjang perkahwinannya mereka selama 3 bulan ini. Nasib mereka baik kerana mereka menginap di rumah nasrul sendiri. Hadiah daripada tuan farid kepada anaknya dan menantu.

Irah berlari anak naik ke kamarnya sambil menangis.  plastik barang tadi sudah pun dibaling entah kemana. Yang paling penting sekarang ini adalah perasaannya. Irah menekup mukanya dengan bantal dan menjerit sekuat hati.

Nasrul, kau salah faham sebenarnya.

Dinda tak salah, azam yang salah.

Dia kembali melayan perasaannya di dalam kamar seorang diri.

Tanpa suami di sisi..

*********
Nasrul memberhentikan keretanya di salah satu cafe yang terletak di kota kuala lumpur itu. Segera enjin dimatikan dan dia terus keluar daripada kereta mewah itu. Kakinya dihalakan ke meja yang tidak berpenghuni.

ISTERIKU  PEMALAS {EDITING} ✔️Where stories live. Discover now