BAB 20 🌼

100 5 2
                                    

3 bulan kemudian.

Bunyi tangisan bayi memenuhi ruang rumah. Dengan sepantas kilat mimi melangkah ke tingkat atas. Botol susu yang berada di tangan segera disuapkan ke mulut. Akhirnya bayi itu senyap di dalam dakapan mimi.

Setelah habis susu diminum dan bayi pun sudah melelapkan mata. Nafas berat dihelah. Ya Allah sunyinya. Terpaksa aku ambik cuti untuk jaga iman. Mimi baring disebelah bayinya dan mencium ubun ubun iman.

Mama minta maaf..

"mama minta maaf iman sebab mama ,iman takde ayah. " air mata turun dengan laju. Rumah kayu yang sudah mahu reput itu dipandang kosong.

ya Allah, kau lindungilah anak aku ini daripada sebarang malapetaka. Kau berikan lah dia keselesaan hidup apabila aku sudah tiada nanti.

Sesungguhnya aku tak mampu nak beri iman hidup dengan mewah. Aku menyesal ya Allah.

Muka iman yang sedang tidur itu ditenung. "disebabkan mama, iman jadi cacat. Mama menyesal sebab ikut cakap ayah iman. " air mata masih lagi turun tanpa henti.

Demi iman.. Mama akan cari ayah iman sampai jumpa. Mama akan balas dendam dengan apa yang dia pernah buat pada kita dulu. Mama janji iman..

Mama janji!

**********
Muka hensemnya itu ditenung sampailah terteleng kepala dibuatnya. Inai di tangan masih belum hilang. Hiks saya pengantin baru .

Nasrul yang perasan dirinya ditenung oleh seseorang segera mengangkat muka daripada melihat fail di tangan. Dahinya berkerut kerana pelik dengan perangai irah. Macam takde kerja pulak asyik nak tengok muka aku je.

Nasrul bergerak perlahan menuju ke meja irah. Ya Allah bini aku ni tak berkelip pulak pandang aku. Hensem sangat ke?

"dinda?" nasrul menegur irah. Namun tak terkesan pun pada irah. Ape yang dia tengok ni sampai tak berkelip. Haih aku dah risau ni mana tahu ada saka kat belakang aku. Astaga.

Sudah kali ke 5 nasrul memanggil irah. Nasrul menarik nafas dalam dan menghentak failnya di atas meja. Bummm!

"argh gempa bumi! " irah menjerit seperti kene histeria dan melompat lompat macam katak. Semua staff sudah memandang mereka pelik. Nasrul gelak terbahak bahak sambil memegang perut. Korang patut tengok muka irah masa lompat tadi. Memang serupa katak!

Irah menjeling nasrul tajam. Kemudian dia mencubit pinggang nasrul sehingga mengaduh kesakitan. Huih padu cubitan bini aku ni.

"kanda ni saja je kan?! " irah memeluk tubuh sambil memuncungkan mulut. Malu aku semua staff pandang tadi tau tak! Mana nak sorok muka ni?!

Panggilan antara mereka juga sudah bertukar kepada kanda-dinda. Tiada lagi saya-aku. Heh sweet tak?

FLASHBACK

Punggung dihenyak apabila badan sudah segar bugar mandi tadi. Irah yang sedang bermain dengan telefon pintarnya itu dipandang.

Segera dia berbaring di sebelah irah. " saya nak request sesuatu boleh tak? "

Irah yang tadi memanfang skrin telefon segera berpaling memandang muka si suami. Keningnya terangkat sebelah dengan wajah yang pelik. "kalau kau nak request anak, aku mintak maaf maaf sebab aku tak sedia lagi" selamba sahaja irah menjawab seperti itu. Tak dipikir perasaan nasrul sekarang ini apabila irah melafazkan ayatnya tadi. Maksudnya irah taknak anak ke?

Terus senyuman manisnya pudar disebabkan irah. Tapi demi isteri, dia berkorban membuang rasa sakit hati tadi.

Nasrul berdehem sekejap sebelum meneruskan ayat. "boleh tak lepas ni kita tukar panggilan" mohon nasrul .

ISTERIKU  PEMALAS {EDITING} ✔️Where stories live. Discover now