BAB 22 🌼

114 11 2
                                    

Bunyi tayar kereta kedengaran di hadapan rumah. Otak sudah dapat tangkap yang si isteri sudah pulang ke rumah.

Peluh yang menitik di dahi tidak dihiraukan. Tangan yang ligat menggaul nasi goreng di dalam kuali dilajukan.

Setelah siap memasak , nasrul mencapai mangkuk besar yang berada di atas kabinet dapur. Nasrul memasukkan semua nasi goreng ke dalam mangkuk.

Akhirnya nasrul tersenyum puas hati. Hari ini dia ingin sarapan bersama isteri di rumah. Air teh yang sudah siap dibancuh, dituang ke dalam gelas kaca.

Kaki digerakkan ke pintu utama apabila kedengaran loceng rumah berbunyi. Dengan senyuman menggoda nasrul membuka pintu.

Terpancullah muka si isteri.

" kenapa muka masam ni? " nasrul sudah naik hairan apabila muka masam yang dilihatnya.  Apa azam dah buat kat bini aku ni?

Irah hanya mendiamkan diri. Lalu berselisih bahu dengan nasrul. Muka masam sudah bertukar dingin apabila nasrul menarik pinggangnya.

" let me go! " irah meronta ronta ingin keluar daripada pelukan nasrul. Namun, kudratnya tidak dapat menyaingi nasrul.

Dapat irah rasakan ubun ubunya dicium lama. Irah memejamkan mata merasai ciuman yang lama dia rindui.

Apabila pelukan sudah melonggar , irah menolak dada nasrul dengan kuat dan berlari anak naik ke kamar.

" dinda ! Lets breakfast together! " jerit nasrul sambil mengejar irah. Irah hanya memekakkan telinga dan berlari lebih laju apabila nasrul sudah menapak menghampiri dirinya.

" dinda! Wait. " nasrul memegang tombol pintu apabila irah ingin memusingkan tombol. Irah berdecit geram dan menghadiahkan jelingan tajam kepada nasrul.

Dada mereka turun naik bagi mengatur nafas kembali kepada asal. Masing masing kepenatan akibat kejar mengejar sambil mendaki tangga.

" dinda dah makan " irah memecahkan kesunyian antara mereka. Dahi nasrul sudah berkerut .

" bila? "

Irah tidak menjawab lalu terus memusingkan tombol pintu bilik . Pintu sudah ditutup rapat oleh irah dari dalam.

Nasrul hanya mengeluh. Kecewa? Sudah pasti. Terpaksalah dia makan semua nasi goreng yang di masak tadi. 

Kau tunggu azam!

*********

Irah menghempas pintu dengan kuat. Air matanya mengalir laju. Irah bersandar pada pintu bilik dan menekup mulutnya menggunakan tangan supaya tangisannya tidak didengari oleh nasrul.

" dinda minta maaf,  kanda" irah masih lagi menangis. Dia berjalan ke arah katil dan merenung siling bilik itu.

FLASHBACK

kereta yang dipandu oleh azam selamat diparkir di hadapan restoren mewah.

Azam membuka pintu untuk irah keluar sambil tersenyum manis.

" thanks" irah juga turut memberi senyuman manis dan melangkah ke restoren yang tersergam indah itu.

Mereka mengambil tempat di meja untuk 2 orang sahaja. Apabila mereka sudah melabuhkan punggung di kerusi, irah memandang azam yang berada dihadapannya.

" kenapa awak tenung saya macam tu? " irah tergelak kecil. Azam hanya mengurut tengkuk.

" im still wondering "

" pasal ape? " dahi irah sudah berkerut seribu. Ada apa apa ke kat muka aku ni?

Irah mengambil handbagnya dan mencapai cermin kecil. Lalu, dibelek belek mukanya. Takde apa apa pun?

ISTERIKU  PEMALAS {EDITING} ✔️Where stories live. Discover now