Kabin Di Dalam Hutan.(PART 1)

1.8K 38 13
                                    

Andrias sendirian termenung di jendela.di dalam hati kecilnya berkata.

"adakah saya akan gagal selamanya? Tidak, saya harus berusaha dan, saya tidak akan berputus asa," Andrias di dalam hati memberi semangat kepada dirinya.

"Saya harus mencari ilham yang terbaik untuk Novel saya yang ke empat ini." Kata hati Andrias.

Andrias adalah penulis Novel dan
telah pun berjaya mengasilkan tiga buah buku. Namun, nasib Andrias di dalam dunia penulisan tidaklah secerah penulis yang lain.

"Andrias..."
satu suara dari belakang telah menyapanya.

"Sejak kebelakangan ini, awak asyik termenung saja, cubalah bergembira
sedikit...kawan-kawan datang mengajak keluar pun awak enggan, janganlah begitu, saya sangat risaukan awak," kata Olanda makcik kepada Andrias.

"Eh...Makcik, saya tidak apa-apa,  cuma, Saya sedang mencari ilham untuk novel saya yang seterusnya." jawab Andrias melemparkan senyuman pada makciknya.

"Sambutan untuk Novel kamu yang sebelum ini, tidaklah seteruk yang kamu fikirkan, awak telah pun mendapat keuntungan biarpun sedikit, awak harus bersyukur wahai Andrias." Kata Olanda cuba untuk memujuk Andrias.

"Iya...Makcik, Saya tahu, Makcik jangan risau ya!" jawab Andrias. Tidak mahu membuat makciknya itu berasa risau.

Olanda masuk ke dalam biliknya. kenangan dua puluh tahun lalu, masih segar di dalam ingatannya. Olanda hanya berusia 22 tahun ketika, kedua orang tua Andrias bercerai. ayah Andrias telah pergi bersama kekasih barunya, dan tidak pernah kembali lagi.

Manakala ibu Andrias pula, adalah merupakan seorang penulis. Ibu Andrias, telah hilang ketika keluar mencari ilham untuk cerita terbarunya. Pihak polis, telah gagal mengesannya, kerana tiada siapa pun yang tahu kemana dia telah pergi. Olanda telah menjadi ibu dan juga ayah kepada Andrias selepas itu.

"Makcik... tolong izinkan saya pergi ke hutan untuk, mencari ilham."
Sambil mengengam jari-jemari makciknya, Andrias meminta restu.

"Sekadar hendak mencari ilham pun nak ke hutankah? tidak boleh..." jawab Olanda.

Andrias berasa sangat sedih, apabila makciknya itu, tidak mahu memberi izin padanya.

Andrias mencuba dan mencuba lagi, untuk memujuk Olanda. Walaupun, sebenarnya Olanda tidak bersetuju, namun, akhirnya mengalah juga dengan pujukan Andrias.

Di Awal pagi, Andrias sudah bersiap.

"makcik, saya sudah nak berangkat ni,"

Kata Andrias memanggil Makciknya. Olanda keluar sambil memeluk Andrias.

"Sayang...awak harus berhati-hati, jika sesuatu terjadi pada awak, entah bagaimana saya nak meneruskan hidup." kata Olanda. Olanda memeluk Andrias dengan erat, Tak sanggup rasanya, Olanda melepaskan anak saudaranya itu.

Andrias mengusap dahi Makciknya, sambil Turut memeluknya. Perasaan Andrias juga terasa sebak, kerana jarang sekali berjahuan dengan Makciknya itu.

Andrias memang sudah merancang kemana hala tujuannya. tidak perlu lagi Andrias fikirkan kemana ia harus pergi. Beberapa jam kemudian, Andrias pun tiba ke destinasi.
dahulunya tempat itu memang terkenal, kerana sering dilawati orang. Andrias meletakkan kenderaan di tepi jalan. selepas mengeluarkan segala keperluannya, Andrias pun mengunci kereta, dan terus memulakan perjalanan, masuk ke dalam hutan.

Andris mendapati kawasan tersebut, dah tak ada orang mengunjunginya. melihat daripada keadaan tempat itu, tidak ada Tanda-tanda ada orang datang. Disebabkan pokok hutan sangat besar, keadaan tempat itu tidak semak kerana tumbuhan yang kecil tidak bertumbuh dengan banyak.

Setelah berjalan beberapa kilometer, Andrias duduk berehat sambil bersandar pada sepohon pokok yang besar. Tiba-tiba, Andrias merasakan pergelangan kakinya sangat sakit.
Andrias juga berasa sangat pening. Andrias melihat seekor ular telah mematuknya. Dalam keadaan yang sangat sakit, Andrias mengusir ular tersebut, dengan mengunakkan sebatang kayu.

Andrias berjalan tak tentu arah, kerana berasa sangat sakit dan juga pening. Andrias mencuba untuk berjalan menuju ke arah keretanya, namun Andrias tersasar entah kemana. Andrias berkata didalam hati. "Aduh bisa ular itu dah mula merebak, matilah saya Kali ini, maafkan saya anti Olanda." Kata Andrias sebelum, tidak sedarkan diri.

Andrias terjaga, dan mendapati yang dirinya sudah berada didalam sebuah kabin. Andrias mendapati kakinya Sudah dibalut. Andrias mencuba untuk bangun, tetapi terduduk kembali, kerana kakinya sudah membengkak. Seorang wanita cantik masuk dan bertanya. "kamu sudah sedar, bagaimana keadaan kamu?" Kata Wanita itu. "Saya rasa masih sakit, terima kasih kerana telah
menyelamatkan saya." jawab Andrias.

Dah beberapa hari Andrias berada dalam kabin itu. Keadaan Andrias juga dah semakin pulih, wanita yang merawatnya sangat baik kepadanya.

Ketika sedang berehat diluar, Andrias bertanya kepada wanita tersebut. "Sebaik saja saya sembuh, saya akan kembali ke bandar, bagai mana kah kamu nak saya membalas jasa kamu?" Kata Andrias. Wanita itu menjawab. "kamu tidak perlu membalasnya, saya ikhlas cukuplah kalau kamu sekadar sudi memanggil saya mama!" jawab wanita itu.

Andrias terpaku mendengar jawapan dari wanita itu. "Bagaimana mungkin saya memanggil kamu mama?" Andrias bertanya. "asalkan kamu sudi, kamu pasti boleh, sebenarnya saya sememangnya mempunyai seorang anak laki-laki, tetapi disebapkan oleh satu perkara kami telah terpisah." jelas wanita itu.

Andrias berasa kasihan terhadap wanita itu. Apabila Andrias terfikir yang dirinya sendiri pun tidak pernah mengenali ibunya, Akhirnya Andrias berkata. "Baiklah saya akan memanggil kamu ibu." Ujar Andrias.

Andrias merasakan yang dia sudah berada dalam kabin tersebut selama sebulan. "Saya sudah sihat sekarang, saya harus balik rumah, Kerana Saya risaukan makcik saya, dia pasti dalam keadaan risau sekarang." kata Andrias. Wanita itu menjawab. "baiklah kamu boleh balik kasihan Makcik kamu." Ujar wanita itu.

Setelah Andrias mengambil kesemua barangnya, Andrias pun mengucapkan selamat tinggal. tetapi Sebelum Andrias pergi, Andrias sempat mengambil gambar selfie
bersama wanita itu.

Dari jauh Andrias melambaikan tangan. wanita itu membalasnya berserta dengan senyuman. "apa yang awak lalui disini, boleh kamu tulis, dan jangan lupa, setelah kembali ke bandar, bawa orang jemput saya disini!" Pesan wanita itu. Andrias berasa hairan mendengar pesanan wanita itu.

"mama kenapa mahu minta jemput, bukankah dia orang sini, buat apa nak ke bandar?" Soal hati Andrias. "Ah..! Barangkali dia teringin melihat suasana di bandar." Andrias menjawab pertanyaannya sendiri.

Andrias pun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, Andrias melihat seekor ular sedang melingkar di tengah jalan. Kerana takut dipatuk untuk Kali kedua, Andrias mengambil kayu, dan terus memukul ular itu hingga mati.
Setelah ular itu mati, beberapa saat kemudian ular itu dengan tiba-tiba telah berubah menjadi manusia.

Andrias berasa sangat terkejut, apabila ia mendapati ular yang telah dibunuhnya itu adalah merupakan seorang wanita. Andrias
berlari mendapatkan wanita itu, tetapi sayangnya, wanita itu telah pun mati.

Andrias berasa sangat bersalah, di dalam hati Andrias berkata.

" Oh...apakah yang terjadi dengan penghilatanku ini? mengapakah seorang manusia pun saya tidak dapat bezakan? adakah mungkin ini semua adalah kerana kesan dari gigitan ular itu?" Soal hati Andrias.

"Maafkan saya, saya tidak sengaja, sekarang Saya akan mengebumikan kamu." Kata Andrias seraya mengangkat mayat wanita itu.

Tiba-tiba satu suara dari belakang kedengaran berkata.

"Awak telah membunuh anak gadisku dengan itu, sebagai balasan, saya menyumpah kamu menjadi ular!" kata suara itu. Andrias sempat menoleh dan melihat seorang wanita, sebelum Andrias berubah menjadi ular.

Bersambung.

Kabin Di Dalam HutanWhere stories live. Discover now