Kabin Di Dalam Hutan part2

924 27 5
                                    

Ha...ha...wanita itu ketawa terbahak-bahak.

"Awak hanya akan pulih, sekiranya orang pertama yang menemui awak adalah wanita, itu pun jika kena pada tempatnya" kata wanita itu sambil terus gahib.

Andrias melihat sekeliling, dan mendapati bahawa dia telah gahib entah dimana. tempat dimana Andrias berada kini tidak seperti hutan dimana dia berada sebelum ini.

"oh....dimanakah saya kini berada?" kata hati kecil Andrias.

Andrias yang dah telah berubah fizikalnya menangis.

"Mengapakah nasibku begini malang?" katanya di dalam hati . Kerana takut ditemui orang, Andrias berjalan tak tentu arah.

"Seandainya ada orang menemuiku, sudah tentu aku akan mati dibunuh." Ujar Andrias.

Setelah berminggu Andrias bersembunyi di dalam hutan, Andrias   semakin lemah kerana tiada makan. Andrias tidak sanggup makan binatang, kerana seleranya masih tetap selera manusia.

"Saya tidak mungkin akan dapat bertahan." kata hati Andrias. Andrias berasa sangat susah hati, apabila terkenangkan makcik Olanda.

"Makcik Olanda, saya minta maaf, dan saya juga sangat rindukan
makcik" kata Andrias di dalam hati.

Andrias berjalan masuk ke dalam hutan, Kerana dah tidak ada arah tujuan untuknya lagi. Andrias yang dah berubah menjadi ular yang sangat besar, mencuba untuk menyambung hidupnya, dengan memakan buahan yang terdapat di dalam hutan. Kini dah beberapa tahun telah berlalu, Andrias hilang entah kemana.

Sementara di sebuah perkampungan, ada seorang gadis yang sangat cantik. setiap hari, dia pasti akan pergi kebun. ungoi adalah nama gadis tersebut. setiap hari Ungoi akan pergi ke kebun, untuk membersihkan kebun ubinya.

Perkampungan yang menempatkan
Ungoi dan semua penduduk, adalah sangat pendalaman. Komereka semua bergantung hidup dengan memakan ubi sahaja. semua penduduk juga tidak pernah tahu akan wujudnya bandar, kerana mereka semua tidak pernah mengetahuinya.

Setiap hari, Ungoi akan pergi kebun. biasalah, Ungoi nak mengali ubi untuk dimakan. Ungoi juga memetik pucuk ubi, dan beberapa jenis sayuran yang ditanamnya. Setiap hari, selepas ungoi selesai di kebun, Ungoi pulang, dan akan duduk berehat di bawah sepohon pokok yang sangat rendang.

Pada suatu hari, ungoi telah pergi ke kebunnya. memang sudah rutin harian, ungoi akan ke kebun sendirian. kerana ungoi adalah anak tunggal, Kedua-dua orang tuanya, sangat sayang padanya.

Kedua Orang tuanya Ungoi, ada mengusahakan kebun jagung dan gandum yang sangat besar. Kebun yang diusahakan Ungoi tiada gandum mau pun jagung, hanya berbagi Jenis ubi saja yang ada.

ketika Ungoi dalam perjalanan pulang, Tiba-tiba seekor babi hutan yang besar, telah mengejarnya.
Ungoi berteriak ketakutan. selama ini, Ungoi tidak pernah bertembung dengan binatang buas. Ketika babi hutan tersebut Sudah hampir mengigit betis Ungoi, seekor ular yang sangat besar telah keluar dan terus membelit babi hutan itu.

Ungoi berteriak ketakutan. sebaik saja babi hutan itu mati, ular besar itu pun melepaskan belitan. Ungoi merayu kepada ular itu supaya tidak menelannya. ular tersebut mengangkat kepala sambil merenung Ungoi. Ungoi melihat mata ular itu merah dan nampak sayu. kerana ketakutan yang melampau, Ungoi terus jatuh pengsan.

Sebaik saja Ungoi sedar, ular tersebut sudah hilang. yang tinggal hanyalah bangkai babi hutan itu saja. Ungoi terus bergegas pulang. Ungoi pun,
menceritakan segala yang berlaku kepada kedua orang tuanya. Kejadian itu membuatkan Ungoi terus demam.

Dah dua tahun Ungoi tidak pergi kebun sendirian, Ungoi sentiasa saja ditemani ibunya. Pada suatu hari, Ungoi terpaksa pergi kebun sendiri. ayah ungoi telah jatuhsakit. Ibu Ungoi terpaksa menemaninya dirumah.

Walaupun dalam keadaan takut, Ungoi terpaksa juga pergi. Sebaik saja sampai di kebun, Ungoi terus mengorek ubi dengan pantas, Ungoi juga memetik sayuran dengan pantas sekali. Sebaik saja selesai semuanya,
Ungoi pun bergegas untuk pulang.

jarak rumah dan kebun tersebut, dalam angaran sepuluh kilometer. di pertengahan jalan, Ungoi telah berasa penat, kerana Beban yang diangkatnya sangat berat. Ungoi mengambil keputusan untuk berehat, di bawah pokok rendang, tempatnya selalu berehat.

"Dah lama saya tidak duduk berehat di bawah Pokok ini," kata Ungoi didalam hati. Ungoi baru menyedari yang dia sebebarnya sedang duduk diatas sebatang kayu yang sangat besar. "dah dua tahun saya tidak duduk berehat di bawah pokok ini, dari mana datangnya batang kayu ini? dua tahun yang lalu, tak ada pun," kata Ungoi, berasa hairan.

Ungoi memerhatikan batang kayu tersebut. dah pun tertanam di dalam tanah separuh daripadanya. Ketika Ungoi sedang termenung,
Ungoi tidak menyedari yang tangannya yang sedang memegang parang, telah menetak-netak batang kayu yang sedang dudukinya.

Semakin lama Ungoi menetak batang kayu tersebut, semakin seronok pula Ungoi rasakan. Tiba-tiba batang kayu itu mengeluarkan cecair berwarna merah. Ungoi berasa sangat terkejut. "cecair apakah ini?" kata hati Ungoi kehairanan.

Tiba-tiba, batang kayu dimana Ungoi duduk bergegar dan Ungoi terus terjatuh. Ungoi melihat kayu tersebut bergerak, dan tanah di sekitarnya merekah. kelihatan seekor ular yang sangat besar keluar daripada rekahan tanah itu.

Rupa-rupanya Andrias yang dah berputus asa, telah mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari bawah pokok rendang itu. selama dua tahun, Andrias berdiam saja di bawah pokok tersebut. Disebapkan itu, separuh daripada tubuhnya, telah di timbusi oleh tanah.

Andrias juga ada merasa lapar, tetapi
dia juga tidak mati walaupun tiada makan. Andrias hanya berfikir, mungkin penyebap itu semuanya adalah kerana sumpahan itu.

Andrias membelit tubuh Ungoi, kerana Ungoi telah mencederainya. Ungoi menangis sambil berkata. "wahai sang ular! saya dapat mengecam kamu, melalui mata merah mu, bukankah awak yang telah menyelamatkan saya dari serangan babi hutan dua tahun lalu?
tolonglah bebaskan saya!" rayu Ungoi.

Andrias terpesona dengan kecantikan yang Ungoi miliki. Andrias mengeluarkan lidah sambil menjilat pipi Ungoi. perasaan Ungoi sebenarnya, ular tersebut menjilat pipinya. tetapi yang sebenarnya, Andaris hanyalah mengusap pipinya.

Kerana takut dimakan oleh ular yang telah membelitnya, dengan tidak sengaja Ungoi berkata. "asalkan kamu Sudi melepaskan saya, saya sanggup melakukan apa saja untuk kamu." kata Ungoi.

Sebaik mendengar perkataan dari Ungoi, Andrias pun terus melepaskan belitan. Andrias dengan mengunakan ekor dan mulutnya, mencabut
rumput lalang yang kebetulan ada tumbuh di sekitar itu. lalu Andrias membentuknya seperti cincin.

Andrias meletakkan cincin buatannya itu di hadapan Ungoi. Ungoi memahami niat ular itu, Ungoi menangis sambil berkata, "baiklah saya akan menghawini kamu." kata Ungoi. walaupun tubuh Andrias masih belum berubah, tetapi dia dengan tiba-tiba boleh bercakap.

"Aku nak awak menghawini saya sekarang juga! jikalau awak engan saya akan menelan awak!" Arah Andrias. Sekarang juga awak cium dan peluk saya!" Kata Andrias.

Ungoi bertambah menangis...😭dalam hati Ungoi berkata, "bagaimanakah ini ia adalah seekor ular? kini saya, terpaksa menghawininya. Oh...apakah yang harus saya lakukan?" kata hati Ungoi merintih.

"Apakah lagi yang kamu fikirkan? Lakukan sekarang!" Arah Andrias. "mengapakah kamu bisa berkata-kata?" Ungoi bertanya kerana berasa hairan. "itu bukan urusan mu, sekarang ini, awak nak lakukan atau saya telan awak saja, dah cukup lama saya tidak makan, saya pasti cukup kenyang jika saya menelan kamu!
sekarang juga, awak sarungkan cincin itu ke jari manis dan cium saya!" arah Andrias.

Ungoi menutup matanya. lalu memeluk kepala dan mencium ular dihadapannya itu.
dengan tiba-tiba, Andrias telah berubah dan telah kembali menjadi manusia. Andrias tersenyum kepada isterinya lalu memeluknya dengan erat.

Bersambung

Karya:Layung Kutang

Kabin Di Dalam HutanWhere stories live. Discover now