Ungoi berasa, sangat terkejut melihat apa yang terjadi. Sambil Ungoi mengundurkan diri ke belakang. #siapakah kamu yang sebenarnya?" kata Ungoi bertanya. "Saya adalah seorang manusia seperti kamu." jawab Andrias. "tetapi mengapakah pakaian kamu sungguh berbeza?" kata Ungoi, sekali lagi bertanya. "mana saya tahu jawab Andrias ringkas.
Andrias melihat pakaiannya, memang berbeza dengan pakaian, yang dipakai olehUngoi. Andrias dengan pakaian biasa orang pakai, T shirt dan juga seluar panjang. Sementara Ungoi pula dengan pakaian tradisional.
Andrias bertanya, "Mengapakah kamu masih mengunakan pakaian seperti begini? Kenapa tidak memakai, pakaian yang biasa saja seperti saya ini?" kata Andrias.
"Awak itu yang pelik, saya tidak penah melihat orang memakai pakaian seperti kamu ini, walau dimana perkampung pun saya pergi" jawab Ungoi. "Oleh kerana kamu sudah menjadi suami saya, ayu ikut saya pulang! Kata Ungoi. Andrias tanpa berkata-kata terus mengikuti Ungoi dari belakang.
Sebaik saja mereka tiba, di rumah, Ungoi memanggil ibunya. "mama saya Sudah pulang" ujar Ungoi.
Ibu Ungoi keluar dari bilik, dan terperanjat melihat Andrias. " Ungoi ...siapakah orang ini?
Pakaiannya sangat berbeza, adakah dia ini tuhan?"kata ibu Ungoi berasa hairan sekali.Ungoi menjelaskan, yang Andrias adalah suaminya. "Suami kamu...bagai manakah mungkin, itu
semua berlaku?" Kata ibu Ungoi bertanya. Ungoi menceritakan segalanya daripada mula, Andrias menolongnya dari serangan babi hutan, sehinggalah ketika Ungoi telah mencederakannya.Ungoi tiba-tiba teringat, yang dia telah mencederakan suami
nya itu. Ungoi melihat baju Andrias telah basah dengan darah, Ungoi terus mengarahkan Andrias supaya membuka bajunya, Andrias hanya menurut saja, segala apa yang dipinta oleh Ungoi.Ungoi mengambil ubat kampung, yang biasa mereka gunakan untuk mengubat luka. Ungoi membersihkan luka Andrias, sambil meletakkan ubat ke atas luka Andrias. "Kamu tidur di dalam bilik itu!" kata Ungoi.
Kamu tidur dimana? Andrias bertanya. Ibu Ungoi mencela dengan tiba-tiba. kalian belum boleh bersama, kerana perkhawinan
Kamu belum Sah, kalau kamu berdua memang saling menyukai, kena ada ketua kampung yang nikahkan! bukan main hentam saja, kata ibu Ungoi.Andrias memang Sudah jatuh hati kepada Ungoi. Manakala Ungoi pula masih ragu-ragu, kerana dia tidak tau Andrias tu manusia atau pun jin. Andrias mengeluarkan kamera yang berada didalam begnya, sambil Andrias menangkap gambar di persekitaran halaman rumah.
Ungoi yang sedang memerhatikannya
berasa sangat hairan, apakah benda yang sedang di pegang oleh Andrias. kamu jangan berkeliaran! saya takut kamu akan bising, kerana ayah saya sedang sakit kata Ungoi.Andrias masuk ke dalam rumah, dan meminta Ungoi membawanya masuk ke bilik ayahnya. Pada mulanya Ungoi agak keberatan. tetapi selepas di desak oleh Andrias akhirnya Ungoi mengalah. Andrias pun masuk bersama Ungoi. Melihat ayah Ungoi yang sedang terbaring, Andrias menyentuh tubuh ayah Ungoi dan memang benar ayah Ungoi telah demam panas.
Andrias mengambil beg galasnya, dan terus mengeluarkan ubat panadol yang sengaja dia bawa untuk keperluannya. Andrias meminta
Ungoi untuk membawakan air minum, lalu memberi minum ubat tersebut kepada ayah Ungoi. Malam pun menjelma, walaupun Andrias tidur tanpa tilam tetapi Andrias tidur dengan sangat nyenyek sekali.Hari sudah siang Andrias terjaga, apabila Ungoi mengejutkannya. Andrias keluar dari bilik dimana dia melelapkan mata semalaman.
Sebaik saja keluar, terkejut Andrias Melihat ayah Ungoi sudah sembuh dari demam."Pakcik sudah senbuh?" Andrias bertanya. "Ya...saya sudah sembuh, ubat mujarab apakah yang telah kamu berikan kepada saya semalam?" Kata ayah Ungoi bertanya. "Oh...itu adalah ubat biasa saja, ia boleh didapati dimana saja di tempat saya" jawab Andrias.
Tampa pengetahuan Andrias, keluarga Ungoi telah memanggil dukun kampung, untuk mengetahui siapakah Andrias yang sebenarnya. berita tersebut tersebar cepat
didalam kampung tersebut. Banyak orang yang datang yang kononnya melawat, tetapi sebebarnya adalah hayalah melihat Andrias.Dukun yang dipanggil, telah pun menjalankan ritual. Hasil daripada perhubungan dengan dunia alam gahib, dukun tersebut memberitahu bahawa Andrias sebebarnya
datang dari masa depan. kedua orang tua Ungoi berasa terkejut mendengarnya, begitu juga dengan Ungoi.Ayah Ungoi sangat menyukai Andrias, dia bertanya bagaimanakah caranya untuk mengekalkan supaya Andrias tetap tinggal dengan mereka. Dukun tersebut memberitahu, bahawa Andrias ketika di dunianya, dia telah terbunuh anak seorang Penyihir alam gahib, oleh kerana itu, dia telah disumpah masuk ke zaman kita, jelas bomoh tersebut. carilah kulit ularnya, dan sembunyikan! Jikalau Kulit itu rosak, dia dengan sendirinya akan kembali ke tempat asalnya, kata Bomoh itu.
Ayah Ungoi terus mencari Ungoi selepas itu. "Ayuh kita mencari kulit ular Andrias" kata ayah Ungoi. "Untuk apa ayah," Ungoi bertanya. "Nantilah ayah jelaskan, Sekarang kita pergi dulu", Kata ayah Ungoi. Mereka berdua pun pergi, sambil jayah Ungoi menceritakan, segala apa yang bomoh itu kata. Sebaik saja mereka berdua tiba ke tempat kejadian, mereka berdua melihat yang kulit ular Andrias masih ada, mereka pun mengulung kulit itu dan terus menyembunyikan ke dalam satu bekas.
Beberapa hari kemudian, keluarga Ungoi, telah menetapkan majlis perkhawinan diantara Ungoi dan Andrias. Persandingan akan dilangsungkan dua hari lagi. Andrias berasa sangat gembira. Sehari sebelum perkhawinan, Andrias dengan tidak sengaja, terdengar perbualan ayah dan ibu Ungoi. Dalam perbualan tersebut, Andrias
mendengar, tentang kulit ular yang disimpan. Namun Andrias tidak ambil peduli, kerana menyangka, yang itu semua tiada kaitan dengannya.Malam itu Andrias tidur, agak awal. tidak sabar rasanya menanti, hari bahagianya itu. Di dalam tidur, Andrias bermimpi tentang perempuan kabin itu. "Andrias" katanya. dalam mimpi Andrias menjawab, "Eh....mamy apa khabar?" tanya Andrias. "Saya sihat, tetapi makcik kamu, Olanda sedang sakit. kalau awak sayangkannya, awak harus pulang, makcik kamu Olanda sakit kerana risaukan kamu wahai Andrias! Olanda terlalu merindukan mu" kata perempuan itu.
"Andrias" awak perlu mengambil kulit ular mu! Dan selepas itu bakar sampai hangus. Kdengan itu awak akan dapat kembali semula
ke dunia asal, kata wanita itu. Ingat bakal isteri mu, telah menyembunyikann kulit ular mu, engkau harus mengambilnya, kata wanita itu.Andrias pun terjaga. "Eh...saya telah bermimpi. memang benar kerana terlalu asyik. saya telah terlupa tentang asal usul saya, saya harus kembali kepada makcik Olanda", Andrias berkata didalam hati. Andrias keluar dan mendapati diluar sedang sibuk, Ayah dan ibu Ungoi sedang menyediakan segala keperluan
untuk perkhawinan Andrias dan Ungoi.Andrias mendapati Ungoi juga sedang sibuk, dan beberapa orang kampung turut datang membantu. Andrias mencuri masuk ke dalam bilik Ungoi, lalu mencari kulit tersebut.
Setelah beberapa minit menyelongkar, akhirnya Andrias berjaya menemuinya. Andrias mengambil kulit itu, lalu membawa
terus ke dapur. Kebetulan api dari dapur kayu itu memang sudah dihidupkan, kerana mereka
sedang memasak nasi.Andrias keluar dan mendapatkan Ungoi. sambil menangis, Andrias memeluk Ungoi. Ungoi berasa hairan lalu bertanya, "kenapa ni?" Kata Ungoi. Andrias memandang semua orang yang berada disitu, "saya meminta maaf kepada kamu semua, kerana saya tidak boleh bersama kamu lagi, saya harus kembali ke tempat asal saya, kerana keluarga saya yang tersayang sedang menantikan kepulangan saya" kata Andrias.
Andrias mengusap pipi Ungoi. lalu berkata, semoga di kelahiran yang akan datang, kita akan ditemukan semula, kata Andrias.
Andrias mengambil kulitnya itu lalu terus memasukkan ke dalam api.Bersambung
YOU ARE READING
Kabin Di Dalam Hutan
PoetrySeorang penulis muda bernama Andrias telah pergi ke hutan untuk mencari insparisi. Andrias tinggal bersama-sama dengan makciknya sejak dari Andrias masih kecil lagi. Andrias tidak pernah mengenali Kedua-dua orang tuanya kerana, Kedua-duanya telah me...