Sebelum kulit ular itu hangus sepenuhnya, Andrias telah menarik Ungoi. "Awak harus mengikut saya!
Kerana, kita adalah suami isteri mana mungkin saya akan meninggalkan kamu." kata Andrias.
Andrias dapat merasakan pusaran angin yang datang dengan tiba-tiba. Pusaran angin itu, menghampiri Andrias dan Ungoi lalu terus menyeliputi tubuh mereka berdua."Ungoi!"
Teriak ibu dan bapa Ungoi memanggilnya. Andrias melihat kedua ibubapa Ungoi berasa sangat sedih. Andrias tidak sanggup memisahkan Ungoi dengan kedua orang tuanya Lalu, Andrias berkata."selamat tinggal isteriku," kata Andrias, lalu menolak dan melepaskan Ungoi. Kedengeran suara Ungoi menyebut nama Andrias namun, apakan daya Andrias sudah gahib bersama dengan pusaran angin itu.
Sebaik saja Andrias bebas dari pusaran angin itu, Andrias melihat keadaan sekeliling dan mendapati
dia Sudah pun berada di dalam hutan dimana dia berada sebelum ini."akhirnya Saya sudah kembali, tak
sabar rasanya hendak berjumpa Makcik Olanda." Bisik Andrias di dalam hati. Dalam perjalanan menuju ke kereta, Andrias teringat akan perempuan kabin itu. "adakah saya harus melawat mamy dulu?" Andrias bertanya kepada diri."tetapi, saya perlu cepat kerana,
beberapa jam lagi, hari akan gelap, perjalanan pun masih jauh, maaflah mamy, tidak sempat saya nak melawat kamu, suatu hari nanti saya pasti akan datang melawat." kata Andrias di dalam hati.Andrias tiba-tiba teringat, akan keretanya yang sudah tujuh tahun tidak pernah dihidupkan.
'Habislah Kali ini, Bagaimana, agaknya saya hendak pulang? kereta pasti tidak akan dapat dihidupkan." Bisik Andrias risau . Andrias bergegas menuju ke arah kereta, lalu terus mencuba untuk menghidupkannya.
Andrias berasa sangat gembira, apabila dengan hanya sekali percubaan, kereta sudah pun dapat dihidupkan. Walaupun Andrias berasa hairan, namun Andrias tidak mahu berfikir panjang, kerana di dalam hatinya sekarang adalah mahu pulang ke rumah.
Setelah beberapa jam perjalanan, Akhirnya Andrias, berjaya sampai ke rumah. Andrias terus keluar
dari kereta lalu, berlari menaiki anak tangga."Makcik Olanda! Saya sudah pulang," kata Andrias memanggil. Andrias... kata Olanda, menerpa dan terus memeluk Andrias.
"Maafkan saya kerana telah meninggalkan Makcik begitu lama, tolonglah jangan memarahi saya," ujar Andrias memohon maaf.
"Saya tidak akan sekali-kali memarahi kamu wahai Andrias. Walau sebesar manapun kesalahanmu, Makcik akan sentiasa memaafkan, jawab Olanda.
"Saya telah bermimpi tentang Makcik telah jatuh sakit, adakah mimpi saya itu benar?" Andrias bertanya sangat risau.
"Ala... sakit ringan sajalah, lihat saya dah sihat pun." jawab Olanda. Andrias tersenyum sambil bertanya.
"Makcik saya telah meninggalkan Makcik selama tujuh tahun.
perancangan saya hanya pergi untuk beberapa hari saja, namun, disebapkan oleh satu perkara, saya telah hilang begitu lama.Wang yang saya berikan kepada Makcik, agak mustahil boleh mencukupi keperluan makcik selama ini. kata Andrias berasa kesal."Andrias apakah yang kamu katakan ini? awak hanya pergi selama tujuh hari mengapakah kamu bilang pergi selama tujuh tahun? ada-ada saja awak ni, kata Olanda. Andrias berasa sangat hairan mendengar kata makciknya itu.
"mengapakah makcik Olanda bilang, saya hanya pergi selama tujuh hari? menurut pengiraan saya, memang benar saya berada selama tujuh tahun di dalam hutan itu,"
Kata Andrias berasa muskil. Namun demikian, Andrias tidak mahu bertekak dengan makciknya itu lalu, membiarkan saja.Setelah satu minggu Andrias berehat, Andrias pun memulakan penulisan, untuk Novel terbarunya. Siang dan malam Andrias menulis.
"saya berharap kemunculan Novel terbaru saya ini, bisa menaikkan namaku." Kata Andrias di dalam hati. Setelah berbulan bertungkus lumus, akhirnya Andrias telah berjaya menyiapkan novelnya yang keempat.
Andrias membuka gallery telefon bimbitnya. sambil memerhatikan satu- persatu gambar yang pernah diambilnya ketika, berada di dalam hutan itu.
Andrias tiba-tiba terpaku
melihat gambar selfienya bersama perempuan kabin itu." Makcik Olanda..." kata Andrias memanggil. Olanda datang dengan sahutan."Ada apa kamu memanggil Makcik Andrias? Olanda bertanya. Lihat gambar ini! perempuan inilah yang telah menolong saya ketika saya telah dipatuk ular, dia juga merupakan mama angkat saya, ulas Andrias.
Olanda memerhatikan gambar tersebut, dan dengan tiba-tiba riak wajahnya agak berubah.
"Makcik kenapa ni?" Andrias bertanya. "maafkan saya Makcik" kata Andrias, berasa sangat bersalah. Dengan tiba-tiba Olanda bersuara.
"Andrias! Awak tahu tak siapa wanita yang ada di dalam gambar ini?
mengapakah awak, tidak mengajaknya pulang?" Olanda bertanya."Oh....dia hanya berpesan padaku sebaik saja saya balik disini, dia nak minta Saya menjemputnya datang ke rumah, Jawab Andrias. " memang patut pun awak datang menjemputnya, kerana dia adalah ibumu yang sebenar, kata Olanda.
Mendengar apa yang dikatakan oleh makciknya itu, Andrias berasa terkejut dan tidak percaya. Namun, akhirnya Andrias percaya juga, setelah makciknya itu meyakinkan.
Pagi itu, Andrias telah meminta pihak polis untuk menemaninya. Andrias memberitahu pada pihak berkuasa bahawa ibunya telah hilang, selama dua puluh tahun. dan Andrias, perlukan bantuan untuk membawa ibunya pulang kerana,
ibunya didapati telah tinggal di dalam sebuah hutan terpencil.Sebaik saja, Andrias dan beberapa, orang polis tiba di hutan tersebut, Andrias terus saja membawa mereka menuju ke arah kabin itu. Andrias terkejut, apabila mendapati, kabin itu sudah pun usang.
"Mustahil, kata Andrias di dalam hati.
Kerana Andrias tidak mahu dianggap gila, Andrias tidak memberitahu cerita sebenarnya. Pihak polis pun memulakan pencarian, setelah puas memberikan salam numun, tiada jawapan.Seorang daripada angota polis, tiba-tiba saja Memberi isyarat menunjukkan telah menemui sesuatu. Semua angota pun datang, dan Andrias melihat semua anggota sedang bergotong- royong mengangkat sesuatu.
"Apakah benda yang kamu angkat itu?" Andrias bertanya. Ini adalah rangka manusia, jawab salah seorang dari angota Polis bertugas.
kerana kalibat mama yang Andrias maksudkan tiada kelihatan, anggota polis terpaksa mengajak Andrias pulang. Di dalam perjalanan pulang,
Andrias berfikir."apakah sebebarnya yang terjadi, mengapa mamy tiada di dalam kabin itu? dan rangka siapakah yang mereka temui itu?" Andrias bertanya di dalam hati Kerana bingung.
Dua hari kemudian, pihak hospital telah menghubungi Andrias, supaya datang ke hospital. manakala Andrias pula tanpa membuang masa terus saja bergegas ke hospital. Pihak hospital meminta supaya Andrias menjalani ujian DNA. Andrias tanpa
banyak soal, terus saja bersetuju.
Setelah keputusan DNA keluar, pihak hospital, memaklumkan bahawa, rangka manusia yang ditemui itu
adalah rangka ibu kandung Andrias. Menurut daripada hasil ujian DNA 99% sepadan.maafkan kami Encik Andrias, memang tidak dapat disangkal lagi memang rangka manusia yang dijumpai daripada kabin itu adalah, rangka ibu kamu." kata doktor yang bertangung jawab. Pihak hospital juga, memaklumkan bahawa punca kematian adalah, disebapkan, daripada patukan ular berbisa.
Andrias menangis mendengar penjelasan dari doktor. Seminggu selepas jasad ibu Andrias disemedikan, Andrias termenung di dalam biliknya. Kini Andrias baru memahami, apa yang dialaminya selama dia berada di dalam kabin itu, adalah dia telah ditemani dan dirawat oleh roh ibunya.
Andrias berkata di dalam hati. Mamy...terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawaku. kalaulah saya tahu dan mengenali
Mamy pada waktu itu, sudah tentu saya akan berasa sangat gembira, walaupun pada waktu itu hanya roh mamy saja yang berdepan denganku. Sungguh tidak aku menyangka akhirnya, aku berjaya melihat wajah mumy." kata Andrias di dalam hati.Bersambung.
YOU ARE READING
Kabin Di Dalam Hutan
PoetrySeorang penulis muda bernama Andrias telah pergi ke hutan untuk mencari insparisi. Andrias tinggal bersama-sama dengan makciknya sejak dari Andrias masih kecil lagi. Andrias tidak pernah mengenali Kedua-dua orang tuanya kerana, Kedua-duanya telah me...