Setelah sebulan berlalu, semangat Andrias pun mulai pulih. Itu semua kerana sokongan makcik Olanda yang tersayang. "Makcik Olanda tolong jangan tinggalkan saya, saya tidak mahu kehilangan makcik," rayu Andrias.
"saya tidak akan meninggalkan kamu wahai Andrias anakku jawab Olanda. Sayang awak jangan risau, makcik tidak akan kemana-mana." kata Olanda menyakinkan Andrias.
"Kalaulah benar apa yang makcik katakan ini, saya adalah orang yang paling bahagia di dunia ini.
Namun, itu semua adalah mustahil, suatu hari nanti, kita pasti akan berpisah juga, saya berharap saya yang pergi dulu dari makcik."
kata Andrias. Kerana perkataannya itu, Olanda telah memarahinya.Di atas pentas, Andrias sedang memberikan penerangan tentang Novel terabarunya itu.
Demi untuk memperkenalkan Novel terbarunya itu, Andrias terpaksa membuat sidang media.dua minggu akhirnya berlalu. Novel Andrias sudahpun dikeluarkan. sambutan untuk Novel itu sangat memberangsangkan. Novel tersebut terpaksa dicetak beberapa Kali, Kerana telah mendapat permintaan yang sangat banyak. Andrias tidak menyangka, pengalaman yang dialaminya di hutan itu, telah membawa satu kejayaan yang tidak terduga.
Di rumah, Andrias telah kongsikan kegembiraannya itu kepada makciknya Olanda.
"Saya sangat berbangga terhadap kamu wahai Andrias kata makcik Olanda gembira.
"Anugerah untuk penulis Novel terbaik akan dilangsungkan beberapa hari lagi, saya adalah salah satu calonnya. Saya berharap sangat makcik Olanda dapat datang menyaksikan upacara itu. walaupun saya langsung tidak akan berpeluang untuk menang" kata Andrias.
Olanda kelihatan sangat sedih mendengar permintaan daripada Andrias itu.
"Makcik janganlah bersedih, makcik sepatutnya berasa gembira. dengan pencalonan ini, adalah peluang untuk saya lebih berkerja keras lagi. kalah menang biasalah tu!" kata Andrias.
"Baiklah makcik akan datang, jawab Olanda. Andrias mencium Olanda dan mengucapkan terima kasih. Namun, Andrias ada sedikit kemuskilan, kerana Andrias tidak melihat senyuman walau sedikitpun dari makciknya itu.
Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Olanda mengarahkan Andrias untuk pergi dahulu. saya akan menyusul kemudian, katanya.acara dah nak bermula, namum Olanda belum juga tiba. Andrias sudah mulai risau.
"Semoga tidak ada sesuatu yang terjadi kepada makcik." kata hati kecil Andrias. Acara akhirnya bermula, namun Olanda tiada datang.Pengunguman untuk pemenang ketiga dan kedua sudah pun selesai. kini hanya tinggal menunggu pemenang tempat pertama saja.
"pemenang untuk Novel terbaik pada tahun ini, adalah penulis Novel yang bertajuk Kabin Di dalam Hutan, Encik Andrias Hernando...kata pengacara majlis dengan rasminya mengumumkan.
Andrias pulang ke rumah dengan perasaan yang sanggat hanpa. Andrias masuk ke rumah dengan muka yang sungul sekali. Olanda keluar.
"Andrias kamu menang? makcik bersyukur sangat" kata Olanda.
"Sampai hati makcik tidak datang! ini adalah kemenangan saya yang pertama. Saya berasa sangat kecewa kerana, sepertinya makcik sudah tidak menyokong kerjaya saya lagi," kata Andrias merajuk.
"Andrias... janganlah kamu marahkan makcik! Walau dimana saja Andrias pergi, makcik akan sentiasa menemani. Yang sebenarnya makcik ada datang, cuma kamu saja yang tidak melihat makcik." ulas Olanda.
"Makcik bohong... saya telah mencari makcik namun, sehingga majlis berakhir makcik tiada datang." jawab Andrias.
"Andrias kehadiran seseorang itu, kadang-kala tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apa yang penting, itu adalah hati, Andrias kena ingat itu!" Jawab Olanda mengingatkan Andrias.
YOU ARE READING
Kabin Di Dalam Hutan
PoetrySeorang penulis muda bernama Andrias telah pergi ke hutan untuk mencari insparisi. Andrias tinggal bersama-sama dengan makciknya sejak dari Andrias masih kecil lagi. Andrias tidak pernah mengenali Kedua-dua orang tuanya kerana, Kedua-duanya telah me...