KabinDi Dalam Hutan,Part 6, Ending.

719 47 9
                                    

"Bagaimana mungkin itu adalah rangka makcik saya sedangkan saya hari-hari ada bersamanya?" Andrias bertanya.

"saya rasa Mr hanya berkhayal saja, ujian DNA telah pun membuktikan rangka tersebut memang benar-benar sepadan dengan dengan DNA Mr," kata doktor menjelaskan.

"Berikan saya sedikit masa, biar saya pulang untuk menenangkan fikiran, sekarang saya berasa sangat keliru," kata Andrias.

Setelah Andrias sampai di rumahnya, Andrias terus masuk ke dalam bilik Olanda. Andrias mencari dan memanggil Namun, kalibat Olanda tidak kelihatan. Andrias berkata sendirian.

"Oh... Makcik Olanda tolonglah jangan buat saya begini." Rayu Andrias.

Sudah seminggu Andrias menunggu Olanda, namun Olanda tetap tidak pulang. Makanan juga tiada yang terhidang, Andrias terpaksa menyediakan makanan untuk dirinya sendiri.

Pada Satu malam, Andrias tertidur sangat awal. Andrias telah bermimpikan tentang makciknya. Di dalam mimpi Olanda berkata.

"Sayangku Andrias...janganlah engkau bersedih lagi, memang benar, rangka yang ditemui di dalam perigi itu adalah rangkaku, Aku telah terjatuh ketika sedang menimba air. jeritanku tidak didengari oleh jiran, oleh kerana itu, aku telah mati lemas."
Di dalam mimpi, Olanda berjumpa dengan Andrias dan menjelaskan segalanya.

"Tidak...mana mungkin begitu...tolonglah makcik Olanda rayu Andrias."

maafkan makcik ya...sayang! disebapkan cinta kasih makcik terhadapmu, telah mendorong makcik untuk tidak sanggup berpisah.  Disebabkan itu, makcik telah mengambil keputusan menjelma untuk menemanimu. Namun begitu, jasad makcik telah ditemui, segalanya pasti akan berubah. jasad makcik pasti akan disemadikan, dan sudah tentu makcik terpaksa pergi." kata Olanda. dalam mimpi Andrias menangis.

"Makcik... teriak Andrias lalu terjaga dari tidur. Andrias terhidu bau masakan dari dapur. Andrias bangkit dari katil lalu berjalan menuju ke dapur. Andrias melihat makciknya sedang sibuk memasak. Namun, ia kelihatan samar-samar seperti bayang-bayang. Andrias menuju ke arah Olanda, dan terus memeluknya. Andrias berasa hairan, kerana pelukannya pada Kali ini, sangat berbeza. Rasanya Andrias seperti memeluk angin saja, Andrias tidak dapat merasakan tubuh makciknya lagi.

"Mengapa boleh jadi begini? saya tidak dapat merasakan tubuh makcik?" Andrias berkata berasa hairan. Andrias, ini adalah yang  yang terakhir  makcik masak untuk kamu, dan berkemungkinan ini juga adalah pertemuan kita yang terakhir, esok awak pergilah ke hospital, tuntutlah jasad makcik dan lakaukanlah apa yang sepatutnya." kata roh Olanda.

Andrias menangis, sukar baginya untuk menerima kenyataan bahawa makciknya yang tersayang, rupa-rupanya sudah lama pergi meninggalkannya. "Makcik terima kasih diatas segala pengorbanan makcik terhadap saya selama ini, saya sangat sayangkan makcik." kata Andrias sambil makan masakan terakhir dari makciknya itu.

Pagi itu, Andrias telah pergi ke hospital untuk menuntut rangka makciknya itu. Andrias berasa sangat sedih. di dalam hatinya sangat menyesal.

"ini semua, tidak mungkin terjadi jika saya tidak meninggalkan makcik Olanda, saya betul-betul menyesal," keluh Andrias di dalam hati.

Setelah Andrias selesaikan segalanya, Andrias telah mengambil masa berbulan berehat untuk mengembalikan semangatnya yang hampir hilang. setelah itu barulah Andrias  memanggil kembali kontraktor, untuk menyambung kembali, perkerjaan yang mereka belum selesaikan.

Kini kerja-kerja pengubahsuaian telah selesai. rumah Andrias dah berubah seperti istana. perigi itu juga Andrias kekalkan untuk memperingati makciknya itu. Andrias berpuas hati dengan keadaan rumah barunya.
cantik luas dan taman-taman juga sangat cantik. Itu Semua kerana Andrias telah mengupah seorang tukang kebun untuk menguruskan tamannya itu.

Kabin Di Dalam HutanWhere stories live. Discover now