Permulaan Zaman Perkembangan Teknologi Dimana semua orang di atas muka bumi terlampau berharap kepada itu. Telah wujudnya organisasi yang bertanggungjawab dalam perkembangan dan aliran yang berlaku pada bumi yang bernama " The MaYhan Techno Organization (TMTO). Organisasi tersebut diketuai oleh barisan orang yang berpengaruh di dunia iaitu Prof Maheithan yang merupakan Pengerusi organisasi tersebut dan ahli kumpulan beliau yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi iaitu James Adward, Lisa Marhain dan Zaharul Kamal. Mereka telah menyumbang dalam sektor perindustrian dimana semua proses menggunakan komputer dan robotik yang canggih sehingga tenaga buruh pada satu masa tidak diperlukan lagi. Ini membuat semua proses menjadi cepat dan jimat. Akan tetapi organisasi tersebut tidak sedar, secara perlahan-lahan mereka telah membuatkan penduduk bumi menjadi penganggur sehingga hilang sumber pendapatan dan hilang arah tujuan dan matlamat dalam kehidupan.
Dalam proses memajukan dan meningkatkan teknologi di bumi,The MaYhan Techno Organization (TMTO) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat luar yang diberi nama Cyclob Robo Organization (CRO) yang diketuai dan dimiliki oleh Ahli Perniagaan yang berpengaruh itu Tseng Hwah dalam pelancaran satelit terbesar ke ruang angkasa dimana satelit tersebut mempunyai kemampuan dalam mengawal segala teknologi yang menggunakan sistem komputer, mampu mengesan segala bencana yang akan berlaku dan mampu mengubah cuaca pada bila-bila masa. Akan tetapi secara tidak langsung (TMTO) tidak sedar bahawa syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan mereka telah menambah satu fungsi bahaya yang boleh merosakkan dan menghancurkan tamadun dan peradaban kesemua makhluk yang ada di atas muka bumi dan menghidupkan kembali makhluk-makhluk permakan daging yang ganas (karnivor) yang sekian lama telah pupus dan menyebarkan satu virus yang boleh membuatkan manusia yang normal menjadi zombi-zombi yang ganas. Projek pelancaran satelit tersebut mengambil tempoh yang agak lama dari tahun 2030 untuk disiapkan sepenuhnya dan bakal dilancarkan pada tahun 2042.
Setelah bertahun lamanya, telah tiba hari pelancaran tersebut, satelit tersebut telah berjaya dilancarkan dan perancangan jahat yang dirancang sekian lama oleh Tseng Hwah telah berjaya dilaksanakan. Dalam tempoh-tempoh terdekat kesan dan perubahan dapat dikesan oleh Prof Maheithan dimana perubahan iklim mengalami perubahan secara mendadak seperti musim salji berlaku pada waktu yang sepatutnya musim panas, hidupan laut dalam mula hidup ke permukaan laut. Perubahan tersebut membuatkan Prof Maheithan tergerak hati untuk mensiasat siapa dalang yang menjadi penyebab perubahan tersebut berlaku. Dalam tempoh satu tahun perubahan dikesan dan dapat dilihat lebih ketara apabila bacaan satelit mengesan pergerakkan satu makhluk yang begitu besar mula bergerak daripada permukaan tanah tengah hutan Amazon.
Sekumpulan saintis telah dihantar ke lokasi tersebut untuk mengenalpasti makhluk apakah itu. Setelah tiba di lokasi tersebut mereka mendapati bahawa makhluk tersebut adalah Tasmanian Tiger yang merupakan hidupan prasejarah yang sudah lama pupus disebabkan hentaman meteor jutaan tahun dahulu. Saintis tersebut mula mengumpul maklumat dengan mengambil gambar dan sample najis makhluk tersebut akan tetapi makhluk tersebut bertindak aggeresif dengan menyerang kumpulan saintis tersebut dengan menggigit bahagian badan sehingga putus kepada dua bahagian dan memenggal bahagian kepala sehingga hancur berkecai dan menyebabkan alat pengesan lokasi mereka sudah tidak berfungsi membuatkan pasukan pencari tidak dapat menemui jasad-jasad mereka. Akan tetapi gambar dan sample yang diambil sempat dihantar kepada Prof Maheithan untuk disiasat.
Hasil kajian terhadap sampel yang dikaji mendapati bahawa terdapat satu virus yang menjadi penyebab kepada kebangkitan makhluk tersebut dan virus itu merebak melalui udara dan disebarkan lebih cepat oleh satellit yang dilancarkan oleh TMTO dan CRO dahulu kerana satelit tersebut mempunyai kemampuan mengubah cuaca dengan membuatkan angin yang biasa-biasa menjadi kuat yang mampu menyebarkan virus tersebut lebih cepat dan luas. TMTO telah menjalankan siasatan secara rahsia tanpa diketahui oleh CRO kerana mereka mengesyaki bahawa CRO menjadi dalang disebalik kejadian yang berlaku. Prof Maheithan ingin menghantar tiga orang saintis yang terdiri daripada James Adward, Lisa Marhain dan Zaharul Kamal ke satellit yang dilancar untuk menyiasat dengan lebih mendalam mengenai bahan apa yang digunakan yang menjadi penyebab kepada kemusnahan dan perubahan yang sedang berlaku.
Ketika dalam persiapan untuk perjalanan ke satelit tersebut, James Adward mendapati bahawa kapal angkasa yang ingin digunakan mengalami kerosakan yang secara tiba-tiba sedangkan ia telah diluluskan dan dipastikan bahawa selamat dan bersedia untuk berlepas ke angkasa. Kerosakkan yang berlaku adalah dibahagian bekalan oxigen dan kebocoran tangki bahan api seolah-olah seperti disengajakan. Setelah diperbaiki, mereka mula berlepas ke satelit tersebut. Dalam perjalanan, James Adward menyedari terdapat satu pesawat angkasa yang tidak dikenalpasti pengekori mereka ke satelit. James Adward selaku ketua kapal telah mengarahkan Zaharul Kamal selaku pengemudi kapal untuk mempercepatkan perjalanan mereka. Setelah hampir tiba ke lokasi, James Adward menyedari pesawat angkasa yang mengekori mereka hilang secara tiba-tiba.
" Dimana Pesawat yang mengekori kita tu menghilang Lisa? " soal James kepada Lisa.
Lalu Lisa melihat bacaan koordinat sudah tidak kelihatan pesawat tersebut. Setelah tiba dilokasi mendapati satu bacaan ping berwarna merah berkelip-kelip beberapa kali menunjukkan bacaan udara tercemar dengan gas berbahaya kerana berlaku kebocoran hos yang menjadi saluran utama gas untuk mengalir di bahagian belakang satelit. Ketika operasi menyiasat dan pembaikkan sedang dilakukan, manusia telah mengalami perubahan yang pelik seperti rambut yang lurus menjadi kusut secara tiba-tiba, mata menjadi berair sehingga anak mata tidak kelihatan seperti manusia normal, tingkah-laku menjadi aggresif dengan merosakkan harta benda secara ganas, membunuh manusia lain dengan kejam sehingga terburai segala isi di dalam perut. Prof Maheithan yang ketika itu masih dipejabat mengklafikasikan perubahan tersebut sebagai "Zombie". Manusia-manusia yang dijangkiti wabak zombie ini menyebut perkataan "BloodRawMeat!!!! BloodRawMeet" keliling bandar dengan mencari mangsa terbaru untuk dijangkiti. Prof Maheithan telah menghantar Isyarat kecemasan Kod merah kepada James Adward untuk memberitahu bahawa keadaan dibumi semakin teruk.
" James segera pulang!!!!! keadaan bumi semakin teruk, manusia saling bunuh-membunuh sesama sendiri dan berpewatakan ganas seperti beruang yang kelaparan " kata prof kepada James.
Prof mengarahkan James Adward dan saintis yang lain segera pulang ke bumi untuk berbincang mengenai jalan penyelesaian bagi mengelakkan situasi bertambah buruk. Dalam perjalanan pulang ke bumi, kapal yang dinaiki oleh mereka terbabit kemalangan dan diserang oleh pesawat asing yang pernah mereka terserempak ketika dalam perjalanan ke satelit yang muncul secara tiba-tiba menyerang kapal secara mengejut lalu mereka tidak sedarkan diri dalam tempoh yang agak lama. James tersedar daripada pengsan menyedari bahawa dirinya terkandas di sebuah tempat yang asing dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang bercahaya apabila disentuh dan didiami oleh makhluk-makluk yang tidak menyerupai manusia. James Adward dengan segera mencari Lisa dan Zaharul disekitar kawasan itu akan tetapi tidak ditemui olehnya. Lalu James bertanya kepada makhluk-makhluk itu adakah mereka ternampak makhluk menyerupai dia berlegar-legar dikawasan itu?. Akan tetapi makhluk tersebut tidak memberi maklumbalas yang boleh difahami oleh James. James mengedahkan makhluk-makhluk tersebut dengan segera dan menyambung pencarian Lisa dan Zaharul. Satu minggu berlalu tanpa khabar berita dan tiada hasil. Dalam hati James tertanya-tanya
" Apa nasib Lisa dan Kamarul sekarang? "
" Adakah mereka masih hidup ?"
" Adakah bumi diambang kemusnahan yang dasyat? "
" Sepatutnya Kami bertiga dibumi pada waktu ini untuk membantu"
YOU ARE READING
The Last Human Versi Bahasa Melayu
AdventureBuku ini menceritakan tentang perjalanan tiga angkasawan ke angkasa bernama James Adward, Lisa dan Zaharul untuk misi menyelamatkan bumi yang terancam dengan wabak yang tidak diketahui tetapi dalam misi mereka terlibat dalam kemalangan di angkasa ya...