BAB 4 : PENGEMBARAAN BERMULA BAHAGIAN 3

4 2 0
                                    


BAHAGIAN 3 - THE LOST OF WORDS

Tibanya waktu pagi, setelah bangkit dari tidur yang lena James terus pergi menyambung perjalanan dia ke kawasan The Lost Of Words dimana disana dia perlu mencari seekor naga yang menjaga dan melindungi telur emas itu dengan penuh berwaspada di penghujung sungai tersebut. Sepanjang perjalanan dia kesana diiringi oleh Rathano. Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran James. James mengajukan soalan secara tiba-tiba kepada Rathano.

" Rathano, Engkau menjaga kawasan hutan ini seorang diri. Adakah Engkau mempunyai ahli keluarga di sini? "

" Aku mempunyai ahli keluarga dalam jumlah yang besar, akan tetapi keluarga aku ditangkap dan dibunuh dengan kejam oleh seekor makhluk yang tiada ehsan walau sedikit pun di dalam diri terhadap makhluk lain. Sesiapa sahaja yang tidak taat dan patuh kepadanya dia akan mengarah pengikutnya untuk membunuh makhluk itu tanpa berbicang. Nasib aku seperti Garham, makhluk seperti kami diberi gelaran Ronin iaitu membawa maksud tidak bertuan atau berkaum. Pada awalnya aku adalah makhluk biasa akan tetapi pada suatu hari ketika aku menangis di persisiran laut kerana teringat kembali ahli keluarga aku dibunuh dengan kejam sehingga kepada dipenggal dan digantung di pohon yang diberi gelaran pohon neraka. Dan ketika aku menangis itulah aku bertemu Garham. Garham mempelawa aku untuk mengikut dia pulang ke tempat tinggal dia akan tetapi aku enggan disebabkan aku tidak pasti adakah dia makhluk yang berpihak kepada kebaikkan ataupun kejahatan. Tapi setelah lama kami berbual, aku membuat keputusan untuk mengikut dia pulang. Dia pelihara aku seperti anak sendiri, mengajar aku berlawan dan mempertahankan diri, dan memberi makan minum secukupnya. Setelah aku dewasa,aku diutuskan oleh Garham untuk menjaga kawasan hutan dan ketika itulah Garham memberi pedang yang aku berikan kepada Engkau. Garham memberi kuasa luar biasa kepada aku sebagai penjaga hutan. "

" Kalau begitu sekiranya pedang ini dimiliki oleh aku, bagaimana Engkau mahu melindungi hutan-hutan ini? " . Soal James kepada Rathano.

" Engkau tidak perlu risau, aku masih mempunyai kuasa untuk mempertahankan hutan ini. Apabila tiba masanya Engkau akan melihat betapa dasyatnya kuasa yang aku miliki ini ". Jawab Rathano dengan nada suara yang garau.

Sepanjang perjalanan mereka berdua berbual dan tanpa sedar mereka sudah pun tiba di kawasan The Lost Of Word.

Hutan ini begitu gelap dan sunyi sehingga tidak kelihatan atau kedengaran sedikitpun wajah dan suara dari hidupan-hidupan di sekitar kawasan ini. Setiap langkah yang dilakukan oleh James dan Rathano seolah-olah diperhatikan. Akan tetapi sifat penakut kian hilang di dalam diri James. Maka, James dan Rathano meneruskan perjalanan mereka ke gua di penghujung sungai dimana ia didiami oleh seekor naga yang menjaga telur emas yang perlu diambil oleh James. Sekiranya secara tiba-tiba munculnya satu kegelapan di dalam hati James maka dia akan sesat dan tidak akan berjumpa rakan-rakanya untuk selama-lamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Last Human Versi Bahasa MelayuWhere stories live. Discover now