BAB 3 : PENENTUAN

8 2 0
                                    


Dalam pada masa yang sama di bumi, Prof Maheithan masih berusaha menghubungi saintis-saintis beliau tetapi usahanya tidak berjaya. Dengan keadaan bumi semakin tenat, prof terpaksa membuat tindakkan diluar jangkaan dengan meletupkan satelit sekiranya tiada jalan penyelesaian yang lebih selamat. Dengan meletupkan satelit tersebut boleh memberi kesan yang buruk seperti yang berlaku pada zaman peperangan dunia kedua dimana Bandar Hiroshima Dan Nagasaki dihujani bom nuklear sehingga melenyapkan bandar tersebut tanpa meninggalkan walau sedikit sisa pun. Kemungkinan sisa-sisa letupan satelit tersebut akan menghentam bumi dengan dasyat. Tindakkan yang difikirkan oleh prof maheithan tersebut perlu mendapatkan persetujuan dari semua presiden dan perdana menteri seluruh dunia terhadap tindakan yang dicadangkan oleh prof.

Mesyuarat tergempar dilakukan dilokasi rahsia terletak di Bandar New York. Mesyuarat ini melibatkan Presiden dari Uganda, Jepun, Amerika Syarikat dan China. Prof Maheithan menghubungi secara rahsia tanpa diketahui oleh CRO sendiri kerana dari awal lagi Prof mengesyaki CRO yang menjadi dalang disebalik kejadian yang berlaku ini. Mesyuarat mengejut ini menentukan nasib bumi dan seluruh makhluk yang hidup di bumi ini. Dalam mesyuarat ini Prof mengatakan bahawa " Saya sudah menghantar tiga saintis saya ke Satelit untuk mengesan puncanya akan tetapi mereka terlibat dalam kemalangan disana sehingga menyebabkan kami terputus hubungan dan saya gagal menghubungi mereka sehingga kini. Dan saya mengesyaki syarikat yang kami bekerjasama dalam projek pelancaran ini menjadi dalang disebalik masalah ini. Saya meminta anda semua untuk merahsiakan perkara ini. Jadi saya ingin meminta kelulusan anda semua mengenai idea saya untuk meletupkan satelit itu dengan segera sebelum keadaan bertambah lebih buruk".

Lalu Presiden Jepun memgemukakan soalan " Sekiranya satelit itu diletupkan apakah kebarangkalian perubahan dan kesan yang akan berlaku terhadap manusia dan alam? Kami risau sekiranya ia diletupkan ia akan memberi kesan seperti ledakkan bom nuklear yang kami pernah lalui dahulu. Tiadakah cara yang lebih selamat yang boleh dilakukan?" . Ditambah pula oleh Presiden Uganda " Apa yang menyebabkan gas yang membawa wabak tersebut dengan pantas disebarkan ke seluruh dunia? ".

Prof Maheithan menjawab " Kebarangkalian untuk mendapat kesan seperti yang berlaku di negara Jepun dahulu besar akan tetapi ianya hanya berlaku dalam masa yang singkat sahaja. Akan tetapi setiap perjuangan akan ada pengorbanan dan kita terpaksa mengorbankan kemungkinan suku atau separuh makhluk yang hidup. Dan bagi jawapan untuk soalan kedua yang dilontarkan olegh presiden Jepun, cara yang selamat adalah dengan menunggu keputusan dan mengharapkan ketiga-tiga saintis yang saya hantar masih hidup kerana segala jawapan dan penyelesaian bagi persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat dunia ada pada mereka bertiga. Mari kita berdoa agar mereka masih hidup dan pulang segera ke bumi ".

" Kami mengesyaki bahawa satelit yang kami lancarkan menjadi penyebab kepada penyebaran wabak ini. Tambahan lagi disebabkan satelit kami mempunyai kemampuan mengubah cuaca seperti angin menjadi kuat dan kencang maka ia meniup dan menyebarkan virus tersebut keseluruh bumi dengan pantas. Sekiranya kami ingin mendakwa CRO kemuka pengadilan kami memerlukan bukti yang lebih kukuh " Kata prof. Lalu, Presiden China bertanya " berapa anggaran masa yang kita masih ada untuk menyelesaikan dan mencegah masalah tersebut sebelum ia dianggap penamat kepada seluruh hidupan dan alam? . Professor Maheithan menjawab " Kita mempunyai sekurang-kurangnya satu bulan untuk mendapatkan penyelesaian ".

Keempat-empat presiden berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kata sepakat. Setelah selesai berbincang, mereka memberi keputusan sepakat bahawa sekirannya dalam tempoh sebulan itu ketiga-tiga saintis tersebut masih tidak pulang mereka akan melaksanakan idea seperti yang dicadangkan oleh professor sendiri. Buat masa sekarang ini bumi bergantung harap sepenuhnya kepada ketiga-tiga saintis tersebut untuk mengehentikannya daripada berlaku.

The Last Human Versi Bahasa MelayuWhere stories live. Discover now