BAB 2 : GARHAM YANG TERHEBAT

10 2 0
                                    


James seolah-olah sudah buntu dengan persoalan itu. Akan tetapi dia tetap teruskan usaha tersebut kerana dia merasakan bahawa masih ada harapan untuk menyelamatkan Lisa dan Kamarul bagi meneruskan misi menyelamatkan bumi. Dalam ketika usaha pencarian itu James tersesat di kawasan hutan tebal yang asing seperti dibumi. Dia merasakan bahawa dia sedang berhalunisasi disebabkan kekurangan sumber minuman dan makanan sepanjang perjalanan. Akan tetapi, ada muncul makhluk yang asing keluar dari celah-celah pokok besar. Badan diselaputi batu-batu yang bersinar seperti perak dan biji mata yang kemerahan seperti pemangsa. Makhluk itu mengatakan " Engkau tidak bermimpi atau berhalunisasi, semua ini adalah realiti yang engkau lihat" ujar makhluk itu. James berasa takut untuk bertentangan mata dengan makhluk itu akan tetapi dia memberanikan diri untuk bertanya.

" Siapakah Engkau? ". Soal James kepada makhluk tersebut.

Lalu makhluk itu menjawab " Aku adalah makhluk yang mendiami planet ini paling awal dari kalangan Engkau semua tetapi Aku diburu dan dihalau seolah-olah Aku pendatang. Aku dilayan seperti sampah disini. Dan Nama aku adalah Garham mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tandingnya akan tetapi kuasa aku tidak boleh digunakan untuk membuat kerosakan dan kejahatan ".

Makhluk yang bernama Garham itu menyoal James " Siapakah Engkau? Aku tidak pernah nampak makhluk seperti Engkau di planet ini dan apa tujuan dan sebab Engkau kesini? ".

Lalu James menjawab " Nama aku James Adward spesis manusia yang berasal dari planet yang diberi nama bumi. Aku dalam misi menyelamatkan planet aku bersama rakan-rakan aku akan tetapi kami terlibat kemalangan membuatkan kami terdampar di planet Engkau. Tetapi malangnya apabila aku sedar dari pengsan, jasad dan susuk tubuh rakan-rakan aku tidak kelihatan. Dan sekarang aku sedang mencari rakan-rakan aku terlebih dahulu dan aku tidak mempunyai tujuan lain".

" Oh begitu rupanya. Aku boleh bantu Engkau dengan menggunakan kuasa aku untuk mencari rakan-rakan Engkau yang hilang itu akan tetapi Engkau perlu mengikut dan patuhi syarat dan arahan Aku terlebih dahulu " ujar Garham kepada James.

James berasa was-was dengan syarat dan arahan yang perlu diikut itu akan tetapi demi menyelamatkan rakan-rakan dia, dia mempendengari syarat dan arahan tersebut sebelum membuat persetujuan. James bertanya kepada Garham apakah syarat tersebut. Garham menjawab syarat pertama adalah James perlu mendapatkan telur emas dari seekor naga emas yang mendiami sebuah gua di penhujung sungai yang terletak di satu kawasan yang diberi nama The Lost Of Words. Tempat itu dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan itu akan hilang kata-kata untuk bercakap. Syarat tersebut membuatkan James berasa bertambah gerun dan beliau merasakan tempat itu begitu dasyat. Lalu beliau mempendengari syarat kedua iaitu sebelum memasuki The Lost Of Words beliau perlu menyucikan hati dari kegelapan dengan bertakafur di tengah-tengah hutan. Manakala syarat ketiga pula, beliau tidak boleh memberitahu sesiapapun mengenai penjumpaan beliau dengan Garham. Sekiranya ketiga-tiga syarat dan arahan tersebut tidak dipatuhi James akan kehilangan rakan-rakannya buat selamanya. Setelah berfikir panjang James akhirnya bersetuju dengan syarat tersebut kerana beliau memikirkan keadaan bumi yang tenat memerlukan bantuan mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

The Last Human Versi Bahasa MelayuWhere stories live. Discover now