BAHAGIAN 1 : PENYUCIAN JIWA DAN ROH
Di Planet yang asing itu , setelah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Garham, James memulakan perjalanan ke suatu kawasan air terjun di tengah-tengah hutan yang dikatakan oleh Graham. Di situ dia perlu melalui proses penyucian jiwa untuk memasuki kawasan The Lost Of Words itu. Dalam perjalanan ke air terjun tersebut, James merasakan ada sesuatu mengekori dia secara bersembunyi akan tetapi dia mengedahkan ia. James menyambung semula perjalanan, dalam pertengahan jalan dia terdengar satu bisikan yang mengatakan " Perjalanan Engkau Akan Menjadi Malapetaka " suara itu kedengaran dari di sebalik pohon yang besar yang kelihatan berusia itu. Pohon itu ditumbuhi buah-buahan yang cantik dan bercahaya yang kelihatan berbeza berbanding apa yang ada di bumi.
James secara perlahan-lahan melangkah ke arah pohon itu untuk mengetahui siapa disebalik suara yang didengari olehnya. Setibanya hampir dengan pohon itu secara tiba-tiba muncul suatu makhluk gergasi bertaring seperti serigala, bertanduk seperti seekor kerbau jantan dan bentuk badan seakan-akan kuda sambil memegang sebilah pedang dan perisai Damascus yang mempunyai tulisan yang tidak boleh dibaca oleh James. Lalu James bertanya " Siapakah Engkau Wahai Makhluk Gergasi? Adakah Suara Yang Aku Dengari itu adalah daripada Engkau? " soal James dengan wajah yang kelihatan ketakutan.
Lalu makluk itu menjawab " Aku adalah Rathano iaitu penjaga hutan ini. Aku yang menjaga kawasan hutan ini daripada dicerobohi oleh makhluk-makhluk yang jahat. Aku mendapat khabar berita mengenai kedatangan seorang pemuda yang disebut-sebut sejak jutaan tahun dahulu yang akan menjadi pembela dalam perjuang keamanaan dunia dan seorang lagi pemuda yang akan menjadi perosak dunia akan tiba ke kawasan ini ".
" Aku tidak pasti adakah Engkau orang yang dikatakan pejuang itu ataupun tidak. Sebelum itu Aku mahu apa tujuan Engkau datang ke tempat ini ?" soal Rathano kepada James. James menjawab persoalan itu dengan rasa ketakutan " Aku adalah manusia yang berasal daripada planet bumi yang mempunyai tujuan ke tempat ini untuk melalui proses penyucian jiwa dan roh di air terjun di tengah-tengah hutan ini sebelum memasuki kawasan The Lost Of Words itu tetapi sebelum itu aku mahu meminta kebenaran daripada Engkah wahai Rathano untuk membenarkan aku memasuki tempat ini dengan segera" .
" Tidak semudah itu Wahai Makhluk Bumi !!!! " Jawab Rathano dengan nada suara yang tegas.
" Kalau begitu bagaimana Aku mahu memasuki tempat ini? " soal James.
" Kalau Engkau mahu memasuki tempat ini Engkau perlu berlawan dengan Aku Wahai Makhluk Bumi. Tunjukkan kepada Aku kekuatan manusia " Jawab Rathano.
James enggan menerima pelawaan daripada Rathano untuk berlawan akan tetapi dia terpaksa menerimanya demi selamatkan sahabatnya yang hilang dan kerana itulah sebab dia ke tempat ini. Pada awalnya James berasa gementar akan tetapi pada kali ini dia dengan berani berhadapan Rathano dengan kedua-dua belah tangan yang kosong tanpa sebarang senjata untuk mempertahankan diri.
" Manusia bumi, apa yang cuba Engkau lakukan? Engkau tidak mampu melawan aku dengan tangan yang kosong itu " Kata Rathano sambil ketawa.
" Aku mahu berlawan dengan Engkaulah Rathano. Aku percaya dengan kemampuan Aku untuk mengalahkan Engkau tanpa sebarang senjata " tegas James dengan penuh keberanian" .
" Bertenanglah Wahai Manusia, aku hanya mahu sekadar bergurau sahaja. Ketibaan Engkau ke tempat ini sudah Aku tahu kerana ketua aku iaitu Garham telah memaklumkan kedatangan engkau ke tempat ini terlebih dahulu. Dan aku percaya engkaulah Makluk yang dikatakan pejuang keamaan yang diperkatakan dalam lagenda" jawab Rathano.
" Wahai manusia, Aku akan menjadi pengiring Engkau sepanjang perjalanan Engkau ke air terjun tersebut akan tetapi sebelum itu Aku mahu mengingatkan Engkau iaitu ketika Engkau sedang bertakafur Engkau perlu berfikiran baik tanpa memikirkan perkara-perkara yang buruk dan jahat. Dan ketika itu Engkau akan diganggu oleh satu makhluk yang berada di dalam minda Engkau untuk merosakkan fikiran Engkau. Makhluk itu boleh berubah bentuk dan rupa " tegas Rathano kepada James.
Jangka masa antara bumi dan planet itu amat berbeza iaitu seminggu di planet bumi bersamaan satu hari di planet itu. Ia membuatkan perjalanan James begitu panjang yang ketika itu bumi mengalami pelbagai perubahan yang makin teruk. Jadi James mempunyai empat hari sahaja lagi untuk pulang ke bumi.
YOU ARE READING
The Last Human Versi Bahasa Melayu
AventuraBuku ini menceritakan tentang perjalanan tiga angkasawan ke angkasa bernama James Adward, Lisa dan Zaharul untuk misi menyelamatkan bumi yang terancam dengan wabak yang tidak diketahui tetapi dalam misi mereka terlibat dalam kemalangan di angkasa ya...