BAHAGIAN 2 - PENYUCIAN JIWA DAN ROH
Sepanjang perjalanan ke air terjun tersebut James diiringi oleh Rathano dan dijaga dengan baik oleh Rathano. James merasakan diri dia seolah-olah seorang Raja yang dipelihara dengan penuh waspada. Setibanya di lokasi tersebut , Rathano menyuruh James duduk di atas sebuah batu yang besar di tengah-tengah air terjun tersebut untuk memulakan sesi takafur untuk penyucian jiwa dan roh beliau. Sebelum dia memulakan sesi tersebut, dia meminta pertolongan Rathano bagi mendapatkan sedikit sumber makanan dan minuman untuk dia sepanjang sesi penyucian. Rathano terus pergi mendapatkan sumber tersebut manakala James terus memulakan langkah awal sesi penyucian. Ketika sesi tersebut, seperti yang dikatakan oleh Rathano maka muncul makhluk yang mengganggu James.
Gangguan tersebut menyebabkan fikiran James bercelaru dan timbulnya perasaan marah yang membuak-buak dan benci disebabkan berlakunya visual atau gambaran masa lampau yang buruk pada masa lalu dalam fikiran James. Ketika James sedang diganggu, secara kebetulan Rathano pulang dari mencari makanan dan minuman melihat James dalam keadaan yang pelik dengan lantas menyelamatkan James dengan menggunakan pedang tersebut. Rathano menusuk dengan tepat bahagian dada makhluk tersebut sehingga mengalir darah berwarna hitam mengalir di bahagian sisi pedang tersebut. Dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai darah tersebut berkemampuan untuk mencipta sihir yang kuat. Rathano menyimpan darah tersebut dan memberikan ia kepada James. Setelah Makhluk tu mati , darah yang diperolehi oleh Rathano itu diberikan kepada James. James kelihatan lesu, wajahnya menjadi kemerah-merehan dan peluh mengalir tanpa henti ketika menerima darah itu.
Rathano berkata, " Setelah Engkau selesai, Aku akan memberi pedang ini kepada Engkau sebagai senjata pertempuran dan keselamatan Engkau. Sekiranya Engkau bertemu makhluk seperti serigala yang berkepala tiga hendaklah Engkau menghunus pedang ini tepat kearah matanya tapi sekiranya tidak berjaya Engkau sapu diseluruh pedang ini dengan darah hitam yang Aku berikan tadi "
" Perlukah Aku membaca sebarang jampi untuk menghidupkan pedang ini dengan darah hitam tersebut ? " soal James kepada Rathano.
" Tidak perlu wahai pahlawan, setelah Engkau menghabiskan sesi penyucian ini Engkau tidak perlu membaca sebarang jampi. Pedang ini hanya boleh digunakan oleh orang yang berhati suci sahaja " jawab Rathano.
Secara tiba-tiba James ingin menyambung semula sesi tersebut akan tetapi dihalang oleh Rathano kerana faktor hari sudah malam dan hutan ini kelilingi oleh makhluk berbahaya. Pada malam itu James berehat dan menikmati makanan yang dibawa oleh Rathano dengan penuh selera. Dan pada keesokkan harinya James menyambung semula sesi penyucian tersebut.
YOU ARE READING
The Last Human Versi Bahasa Melayu
PertualanganBuku ini menceritakan tentang perjalanan tiga angkasawan ke angkasa bernama James Adward, Lisa dan Zaharul untuk misi menyelamatkan bumi yang terancam dengan wabak yang tidak diketahui tetapi dalam misi mereka terlibat dalam kemalangan di angkasa ya...