Prolog

2.5K 83 3
                                    

Adam Marzuki Xandar kini berdiri dihadapan pintu, dia tekad memberanikan diri mengetuk pintu rumah. Alamat yang diberi padanya, menyakinkan dia bahawa gadis itu menetap di rumah ini.

Dia mengambil nafas sebelum pintu diketuk.

Tok..tok..tok..


Tidak sampai beberapa minit, suara wanita dari dalam menyahut.


"Kejap.. saya datang ni..". Dia membetulkan tudungnya yang senget. siapa pulak lah yang bertandang ke rumah mereka kali ni.


Pintu dibuka oleh seorang gadis berbaju kurung. Dari gaya pemakaian si gadis, kelihatan dia sedang bersiap ke tempat lain. Adam Marzuki menatap lama wajah insan di depannya. Inilah insan yang amat kurindukan selama ini, untuk seketika dia terlupa akan putaran masa yang sedang bergerak, satu persatu bagaikan movie yang terlakar di depan matanya kenangan saat-saat dia bersama si gadis.


"Ya cari siapa.?" tanya si gadis, apabila lelaki dihadapannya diam tidak berkata. Adam Marzuki terjaga dari lamunan nya. Dia tidak ingat aku ke. Persoalan wujud di benak hatinya.


"Ibu.." panggil seorang anak perempuan dari belakangnya.


Dia melihat kearah seorang kanak-kanak perempuan kecil berlari kearah si gadis terkedek-kedek, untuk seketika dia kaku dan bingung . Semakin banyak tanda tanya yang muncul di mindanya. Siapa budak ni? Anak aku?.


"Baby... dengar cakap ayah.." panggil satu suara dari arah belakang gadis itu juga. Dia seorang lelaki bersama bayi lelaki dalam gendongannya.


Ya terjawab sudah persoalan Adam Marzuki Xandar, siapakah anak yang datang ke arah mereka. Tidak mungkin dia sudah berkahwin?. Tapi tidak mustahil dia akan,.. Dia menatap lama si gadis, Aku terlambat, jelas terpancar di mukanya kekecewaan Yang dia tidak dapat sembunyikan..


"Siapa ni?." Tanya lelaki disebelah gadis itu. Belum sempat gadis itu menerangkan siapa dirinya, Dia menjawab terlebih dahulu.


"Maaf, saya tersalah rumah." Katanya kemudian berlalu keluar dari rumah. Dengan perasaan sedih, menyesal dan marah pada dirinya dia menuju tanpa arah sehingga kakinya berhenti di taman permainan, yang ada berhampiran di kawasan perumahan itu.


Dia duduk disalah satu bangku di taman itu, cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru, dia cuba menerima kenyataan dan memahami situasi yang dia Alamo sebentar tadi.

Dia tidak sempat menghalangnya, dari beredar meninggalkan rumah, dia mengejarnya dari belakang. Dia kenal siapa lelaki itu,. Dia Adam Marzuki Xandar, mana mungkin dia lupakan lelaki itu. Lelaki yang pernah melakar sejarah dalam hidupnya.


'Cuma.... dia berubah.' Aku hampir tak kenal dia.


Dia mencari kelibat Adam Marzuki yang sedang duduk bersendirian. Situasi di taman permainan ketika itu agak lenggang. Kanak-kanak dan ibu bapa tidak mengunjungi taman pada waktu itu lagi. Dia mendekati Adam Marzuki Xandar, tanpa dia sedari pun kehadiran dirinya.


"Abang." Panggil dia. Adam Marzuki Xandar menyedari dirinya dipanggil, menoleh kebelakang, ya dikenal amat, suara yang dirindukan selama ini.


Aku rindu panggilan nya,.. jika aku diberi peluang akan ku putar kembali masa untuk bersama mu..

✓ [ ROMEO BRIDE ] [EBOOK] [3]Where stories live. Discover now