💫Bab 1

1.7K 69 1
                                    

Di sebuah rumah agam yang tersergam indah, tiada siapa yang dapat meneka apa yang sedang berlaku d dalam rumah indah itu. Jika dilihat dari luar secara kasarnya, ia kelihatan seperti sebuah rumah yang dihuni oleh sebuah keluarga bahagia, tanpa memikirkan sebarang masalah kerana setiap yang melihat cukup pasti bahawa penghuni rumah itu tidak pernah memikirkan masalah kewangan mahupun segala apa jua tekanan lain.

  "Oh come on I can't, Daddy.!" nyaring Clara berkata dengan nada sedikit tinggi pada ayahnya, suara si gadis memecahkan kesunyian rumah agam itu.

  "Clara, we've talked about this many times. Why are you bringing this up now? Don't disappoint me with this sudden change of attitude.""

Datuk Helmi terduduk kecewa di kerusi, bapa kepada anak gadis bernama Clara itu mengurut perlahan kepalanya yang pening dengan melayan kerenah satu-satunya anak tunggalnya ini. Sekejap nak kahwin, sekejap tidak. Dia sudah cuba memujuk hati anak daranya untuk berkahwin. Lagipun, jika dikira-kira, umur anaknya juga bukan terlalu muda untuk berfikir soal perkahwinan lagi.

  "I'm just not ready for this wedding thing, Daddy. It's my life, and i need you to respect my decision please.." suara Clara Imani separuh merayu pada daddy seraya berlutut di hadapan, berharap agar daddynya mahu membatalkan hari pernikahannya yang akan berlangsung dua hari dari sekarang.

 Datuk Helmi mengeluh kecil mendengar rayuan puterinya. Dia tahu tidak elok jika dia campur tangan dalam urusan perkahwinan anaknya. Tapi ini demi kebaikan puterinya, demi masa depannya, sampai bila anak nya mahu menolak lamaran Adam Marzuki yang tidak kunjung betah memujuk hati anak daranya, sehingga sekarang.

Dia menatap wajah puterinya yang putih mulus itu, Clara Imani itulah nama yang diberi oleh isterinya setelah dia hadir menerangi kehidupan pasangan suami istri itu. Wajah Clara saling tak tumpah, dia memiliki wajah yang secantik arwah isterinya Puteri Aishah. Rambutnya saja yang membezakan dia dengan arwah ibunya, dia lebih mewarisi genetic sudut itu dari Datuk Helmi.

Namun yang mengecewakan hati tuanya, sikap Clara, sangatlah jauh berbeza dengan sikap arwah ibunya yang penuh dengan kelembutan dan bertanggungjawab. Clara masih setia menanti jawapan dari bibir papanya.

  "Discuss it with Adam." Kata Datuk Helmi pada puterinya itu sebagai tanda keputusan muktamad Datuk Helmi. Hanya Adam Marzuki mampu diamkan mulut anaknya. Clara mendengus kasar. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan papanya.

  "Tak nakk!".

Dia bangun, meninggalkan papanya, masuk ke dalam bilik sambil menghentak kakinya, tanda protes. Papa mengeluh berat, jika isterinya masih hidup semua ini takkan berlaku, dia dan Clara pasti hidup dengan aman di Malaysia sekarang. Dan perangai Clara takkan seteruk ini, jika ibunya masih hidup.

  "Abang rindukan sayang." Bisik dalam hatinya.

 Air matanya mula bergenang di tubir matanya. kerana merindui sang isteri yang telah lama meninggalkan dia dengan puterinya.

  "Papa ni semua nak ikut Adam, apa-apa mesti Adam, ni I tak nak kahwin dengan Adam cause if I kahwin dengan mamat tu 100% for sure Adam akan control hidup I."

  "Why should, Adam nak kahwin dengan I! If only I ada adik confirm I paksa dia dengan Adam kahwin, senang sikit hidup aku."

  "But the problem is..Adam only just want me because of my beautiful face! Ugh, I do wish I have a girl twin." 

Clara, dalam diam mengharapkan dia mempunyai adik kembar seperti dirinya untuk menggantikan tempatnya berkhawin dengan Adam Marzuki.

✓ [ ROMEO BRIDE ] [EBOOK] [3]Where stories live. Discover now