💫Bab 3

1.1K 54 0
                                    

"Ya Allah, Nurul, kau.."

Aina menggeleng-geleng kepala melihat tangan Nurul penuh dengan beg-beg shopping yang mereka beli. "Nasiblah kau tinggi sikit, kalau tak tenggelam kau bawa beg ni semua."

Aina hanya membeli sedikit barang tidak sebanyak Nurul, sampai tak cukup tangan Nurul Imani membawanya. Nurul Imani senyum tayang gigi.

"Tolong lah aku. Jap." Pinta Nurul pada Aina, dia pasrah saja, mengambil beberapa beg pakaian , dari tangan Nurul.

"Thanks." Ucap Nurul . Beg yang berisi barangan di tangannya bertukar tangan. Shawl hitam, menutupi rambutnya di kemaskan, habis ikut terlilit tadi dengan beg dia bawa.

"Kau beli barang apa? Banyak sangat ni kenapa?" tanya Aina ingin tahu, Nurul yang dia kenal bukan jenis kaki berbelanja pakaian, beg dan segala barangan lah yang dikata kan milik perempuan.

"Family aku minta kirim barang suruh aku beli, orang pertama kakak aku lah, banyak sangat dia pesan." Semasa berbelanja tadi Nurul terima panggilan dari kakaknya, menyuruhnya beli itu ini. Dan akhirnya dia membawa banyak sangat barang.

"Aikk.. takkan kakak kau tak boleh melancong sini kot."

"Entah lah..," Nurul mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Dia menyambut panggilan dari rakannya yang kebetulan keluar bersama tapi mereka berpecah. Dia menamatkan panggilan setelah habis berbual.

Entah bagaimana dia, cuai, memegang telefon dari tangannya tergelincir jatuh.

Ktak..

Kebetulan juga malang tidak berbau,seorang penunggang basikal secara tidak sengaja, lalu dibahagian telefon Nurul terjatuh.

"Weyy telefon akuu..." Nurul mengutip telefon. Skrin telefon nya jelas retak dari dalam.

"Nurul, kau Okay tak ni? Apa pasal kau tunduk ni."

"Telefon aku, wey rosak."

"Nurul, kau cuai ..Ish.. okey tak lagi fon tu.?" Tanya Aina sambil memandang telefon di tangan Nurul.

"Cuai apanya, tangan aku penuh sangat dengan beg ni, haishh Fon aku retak dari dalam ni, skrin telefon pun tak jelas."

"Alah apa susah kau kan banyak duit, nanti beli je baru. Tukar dengan tu."

"Masalahnya dalam ni banyak info kelas."

"Transfer jelah kat fon baru kau nanti. Tu masi hidup lagi tu, aku rasa sempat kot kau transfer segala info-info tu, Tapi aku rasakan beb, kalau fon kau jatuh lagi alamatnya retak seribu lah. so hati-hati la" Sambung Aina.

Nurul mengeluh. Time macam ni lah kau jatuh. Di saat aku perlukan mu. huhuhu.

"Aina, temankan aku hantar semua barang ni pergi pos ye, jap."

"Buat apa nak pos, kau angkut jelah time balik nanti."

"Aku malas nak bawak banyak-banyak barang ni"

Aina mengangguk kan kepala, setuju mahu membantu Nurul, mereka berdua keluar dari tempat shopping mall. Nak beli telefon sekarang dah tak ada masa, nanti la telefon ni belakang fikir, balik Malaysia dia beli baru.

✓ [ ROMEO BRIDE ] [EBOOK] [3]Where stories live. Discover now