💫Bab 2

1.1K 56 0
                                    

Loceng pintu berbunyi, menandakan pelanggan telah memasuki kedai butik AVE. Perempuan pekerja butik pakaian disitu, menghampiri Adam dan memberi tunduk hormat. Sebagai tanda menghargai kedatangan pelanggan itu. Adam berlagak seperti biasa, dia menanggalkan kaca mata hitamnya meletakkan di tepi poket bajunya kemudian memandang ke bawah.

Tunduk memandang pekerja perempuan separas bawah dadanya.Agak pendek tidak normal bagi penduduk Italy pendek sedemikian. Mungkin ada masalah genetik. Pandangan gadis bernama Ryna terpaku, apabila matanya bertembung dengan si pemilik anak mata berwarna kalbu lembut. Sungguh dia terpukau dengan warna anak mata itu.

Ya, Adam memiliki anak mata yang jarang dan sangat menggoda tidak dimiliki oleh mana-mana lelaki melayu. Melainkan dia kacukan. Itulah perkara utama yang amat dia banggakan.

"Miss..miss."

Adam melambaikan tanganya didepan mata gadis penyambut tetamu. Dia nampak sedang berangan-angan.

"Adam." Tegur satu suara.

Adam mengangkat kepalanya, mummy kelihatan terkejut dengan kedatangannya, dia berjalan ke arahnya. Adam bergerak ke tepi memandang gadis di depannya masih berada di dunia awangan sendiri. Mummy dan Adam berbalas pelukan.

"Mummy tak tahu pun kamu datang sini." Kata Mummy meleraikan pelukan antara dia dan anak tirinya.

Wanita di depan Adam bukanlah ibu kandung, ibu kandungnya sudah lama bercerai dengan ayahnya selepas dia di lahirkan ke dunia. Mummy tirinya lah yang menjaga nya dari kecil sehingga ke besar. Mummy nya adalah perempuan yang beragama islam, dan ketika itu Daddy nya adalah seorang mualaf yang baru berjinak tentang Islam.

Perkiraan Adam dia meneka mungkin ibu kandungnya bercerai dengan Daddy nya disebabkan pertukaran agama, kerana dia telah ditinggalkan oleh ibunya setelah dia dilahirkan ke dunia, dan disitulah dia diazankan pertama kali oleh Daddy nya selepas memeluk islam. Pertemuan antara Ibu tiri dan Daddy terjadi ketika mereka bertemu di taman permainan.

Ketika itu daddy Adam tidak tahu menahu mengenai menguruskan anak baru lahir, disitu mummy tiri Adam datang membantu apabila daddy kelihatan runsing saat Adam tidak berhenti menangis.

Dan sepanjang perkenalan dan menjaga Adam terbit perasaan cinta dihati daddy Adam, dan melamar mummy nya sehingga sekarang menjadi seorang isteri yang sah. Adam dibesarkan cara didikan islam, tapi tidak sepenuhnya dia mampu mengikuti ajaran islam mungkin kerana dia lebih mengikuti perangai ibu kandungnya.

"Adam jangan mainkan dia." Mummy memberi kata amaran, apabila Adam seperti cuba bermain cinta dengan pekerja barunya.

"No mummy. I have someone already, and she stole my heart. This is Adam Marzuki. Loyal to one girl." Kata Adam pada mummy.

Dia membawa Mummy nya pergi dari situ, sebelum itu sempat lagi dia memberi kenyitan mata pada pekerja baru itu. Of course, Adam Marzuki suka mainkan perempuan tapi tidak untuk seorang gadis yang bertahkta di hatinya.

Clara Imani is my only queen.

****

"Nonsense clara." Tinggi suara Adam Marzuki memarahi Clara yang ingin menunda tarikh pernikahan mereka. Sedangkan esok hari mereka akan diijabkabulkan. Ini semua tak masuk akal.

"Adam, I don't need your permission to call off this wedding. I've made it clear that I just don't want to marry you this month. That's it."

Clara tetap dengan pendirian keras kepalanya mahu menghentikan pernikahan mereka. Dia tidak pedulikan tentang perasaan Adam langsung, dia lebih mementingkan dirinya sendiri.

"But why? Tell me?" Nada suara nya berubah lembut memujuk.

"Non sono più pronto" (Saya tidak bersedia lagi.) Ucap Clara dalam bahasa Itali sambil meramas-ramas tangannya.

Dia takut jawapannya akan membuatkan Adam tambah naik angin, tapi dia pasti walaupun Adam marah akan dirinya tapi dia takkan sesekali angkat tangan pada dirinya.

"Oh god Clara, Is that really a reason why we cannot just get married?.."

Clara mengambil nafas panjang, dia cuba bawa bertenang, dia nak Adam faham maksud dia tak mahu lagi perkahwinan.

"Look Adam, you can wait for me right.?" Clara cuba memujuk dengan memek muka kesian.

"Yes, I can, but for how long? How long do I have to wait for you.?" Tanya Adam meminta kepastian tunangnya.

Mereka sudah lama bertunang lebih dari setahun, setiap kali tarikh pernikahan mereka ditetapkan Clara akan membatalkan nya dengan pelbagai alasan. Itu tidak kira lagi berapa lama dia cuba untuk mendapatkan hati Clara sehingga dia bersedia menjadi tunangnya.

Dan setiap kali itu juga Adam terpaksa mendengar kata Clara, namun tidak sedikit pun rasa cintanya pada Clara berkurangan hanya disebabkan pernikahan mereka dibatalkan beberapa kali.

"Until I'm ready."

"Ughhh.. Clara 14 tahun, I tunggu you, sebelum kita bertunang lagi I sabar tunggu you. " Adam menahan rasa marahnya pada Clara.

Dia berjalan ke arah tiang pondok, dan menumbuk dengan kuat. Clara sikit pun tidak berasa takut pada Adam, dia tahu Adam tidak akan memukulnya walaupun Adam menunjukkan keganasannya pada dirinya, dia sudah terbiasa membuat Adam naik darah dengan sikap nya.

"You're going to marry me, that's my final decision." kata Adam masih membelakangi Clara.

"What!? No!." Clara berkata dengan tegas.

Adam menoleh kebelakang berjalan mendekati dia dan menghadap Clara, Clara memalingkan mukanya ke tempat lain.

"Fine, I'll give you a chance, but...youwill marry me, three days from now, and if you stick with this attitude, I'll drag you myself to our wedding floor."Kata-kata Adam membuatkan Clara terfikir dalam diam, Adam memang berani kalau kesabarannya dicabar.

Tapi Clara tak nak kahwin dalam masa terdekat ini, dia belum puas hidup bujang.

Adam menerima kediaman Clara sebagai setuju, sebelum dia meninggalkan clara, Adam memberi dia ciuman kecil di pipi. "Ikut cakap I ye kali ni je." Adam berlalu pergi dari situ.

"Mi sposerai." '(We will see Adam) Clara berkata dalam hati. Dia sudah membuat rancangan melarikan diri pada hari perkahwinannya nanti, dan Adam takkan berdiam diri jika Clara cuba melarikan diri dari dia.

✓ [ ROMEO BRIDE ] [EBOOK] [3]Where stories live. Discover now