Masih bersisa memikirkan apa yang pernah di lalui.
Maaf.
Bukan pernah tapi masih.
Masih di laluinya. Kaki masih tidak berganjak. tetap di tempat yang sama.
"Ann!"
Laungan mak kedengaran dari luar. Dia malas mahu menyahut. Entah apa lagi yang tak kena. Dia malas mahu ambil tahu.
Pintu biliknya di rempuh masuk.
"Ye makk... nak apa? "
"Nak apa kau tanya mak? Mak nak kau bangun! dah tengahari kau membuta lagi kenapa? tebiat?!"
Badan masih belum lagi pusing menghadap arah emaknya. Cukup malas nak bergerak. langsung.
Pap!
"Sakit lah mak!"
Di gosok-gosok punggungnya.
"Bangun. melingkau macam tu tak habis-habis. Tolong mak kat dapur Ann. Kau jangan malas sangat. Takde yang nak buat bini kau ni kang."
Emak masih membebel.
Suara mak menjadi semakin perlahan kedengaran. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri.
Tapi dia sedar, mak masih di biliknya. Dia rasa bantanya bergerak-gerak.
Orang tua tu masih mengemas. ye masih.
Tak bosan-bosan.
Padahal bantal itu tak pernah bergerak daripada semalam. Kerana dia tidak pusing ke kiri dan kekanan malam tadi.
Dia tidak tidur. Matanya tidak mengizinkan .
Dan semalam bantal itu juga yang dikemas oleh emak.
Jadi emak sedang mengemas kemasannya sendiri kah? Dia tergelak sendiri dengan hipothesisnya.
Gelak dalam dunianya.
****
Dia keluar dari bilik. Kaki menuju ke dapur.
"Ayah mana?"
"Ada lah kat belakang tu. Nak tahu kenapa..."
entah kenapa, walaupun dia dapat meneka jawapan yang keluar dari mulut mak tetapi tetap lontarkan soalan itu. Skema soalan.
Padahal sebelum melintas ke dapur dia sudah nampak kelibat ayah di luar.
"Ni tolong masak. dah lambat nak makan."
"Malas lah."
kakinya di bawa ke bilik semula. Cawan plastik tinggi yang berisi air di bawa bersamanya.
"Pemalas. Bila makan nak, Masak malas!"
Berhenti. Dia memandang mak.
"Apa? tak betul mak cakap?"
Dia berpaling semula dan terus menuju ke bilik.Jadi seharian itu dia berlapar.
****
Paparan skrin di laptop di pandang sepi. Minda Anna kosong . Langsung tiada apa yang terlintas untuk dia menaip.
Masih punya lagi otak atau tidak di kepalanya ? Kadang itu yang terfikir.Blog sudah lama tidak di kemaskini kan. Terlalu lama dia menyepi. Sejak kejadian itu.
Dia bangun dari duduk. Menuju ke katil. Telefon bimbit entah kemana dia campak. Di kirai-kirai selimutnya yang bergulung di atas katil, bantal yang ada diangkatnya dan di campak kebawah untuk memudahkan mencari telefon.
'Jumpa pun'
Dia berbaring di atas katilnya yang bersepah. Ampai baju yang tumbang sedikit menyentuh katilnya itu di alihkan. Mudah untuk meluruskan kaki.
Baju yang tersangkut bersepah di lantai.
Tidak dipungut.
Biliknya seperti tongkak pecah semula selepas dia masuk ke bilik siang tadi. Kata-kata emak siang tadi sudah lali di dengarnya. Kalau dulu dia menangis kerana berkecil hati, tapi sekarang dia mengamuk sendirian dalam biliknya.
Mungkin sedikit puas melihat apa yang diusahakan (mengemas) oleh emaknya itu berantakkan.Emak langsung tidak pelawanya makan walaupun tahu dia menunjuk mogok lapar. Jadi dia tahu emak betul-betul maksud 'Siapa yang tak masak, jangan makan'
Dia benci itu.
Dan sepatutnya hanya emak seorang yang patut makan.
Deruan notifications masuk selepas dia matikan flightmode di telefon bimbitnya. Dia sengaja on flight mode ketika di rumah. Dia malas untuk di ganggu. Dia dalam fasa untuk menyendiri.
Dia hanya baca menerusi paparan hadapan. Tiada yang menariknya untuk membaca. kemudian dia clearkan segala notifikasi itu.
Whatssap saja sudah berpuluh , email pula sudah beribu.
Tiada yang penting.
Mungkin sebab dirinya yang tidak penting untuk di cari oleh manusiaMatanya banyak di habiskan memerhatikan instagram, twitter dan juga Facebook. Adakalanya Pinterest. Laju jari jemarinya scroll ke bawah. Membaca , melihat , dan refresh.Untuk melihat feed terbaru.
Kadang-kadang dia marah dengan diri sendiri. Dia tidak seharusnya melayan medium-medium seperti itu. Kerana semakin di layan, Semakin dia terasa ingin pergi jauh. Tidak mahu terlibat dengan manusia. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga kan...
Entah lah. Perasaan berbolak-balik yang sering dia rasakan. Tiada yang lain untuk dia rasakan selain rasa ingin menjadi manusia lain. Yang mampu melakukan semua, yang mudah untuk
mendapatkan apa yang diimpikan. Yang 'mewah' dengan segalanya. Bukan seperti dia. Rasa seperti terkurung dalam bilik yang waktunya terhenti. Terasa seperti tidak hidup.Laptop yang lagi tadi terbuka di atas meja masih lagi menyala. Menanti bait baik perkataan yang ingin ditaip. Anna masih lagi buntu. Sudah terlalu lama dia kehilangan rentak untuk menulis. Kejadian yang pernah terjadi memberinya impak yang besar dalam hidupnya. Dia tidak menyangkakann itu.
'Sampai bila nak terus macam ni?'
'We need to talk'Pesanan sebulan lepas dibacanya lagi. Anna tak teringin untul membalasnya. Panggilan masuk juga tidak di layannya. Sejujurnya dia tak tahu ingin membalas apa.
Dia tidak pernah merasa kesal tentang apa yang terjadi sebab semuanya berdasarkan apa yang dia rasa dan lalui. Orang keliling tidak pernah nak perasaan kerana sibuk 'bercakap' dan bukan memerhati, sepertinya."Anna!" Jeritan mak di luar bilik kedengaran sampai kebiliknya. tapi dia tidak menyahut. Sampaikan mak memasuk biliknya.
"Ya Allah! Apa bendee bilik kau ni bersepah-sepah lagi ni?!
Pagi tadi dah kemas, sekarang bersepah lagi? Apa nak jadi dengan kau ni Anna?"
Soalan maknya di buat tak tahu. Dia pura-pura tidur."Bangun! Makan ubat ni!"
Anna buka matanya , wajah mak ditatap. Anna tidak menyambut apa yang ingin disampaikan maknya."Malas lah. Letak je situ. Nanti orang makan"
Ngelat
"Bangun. Makan sekarang" Suara mak lebih tegas. Tetapi masih kedengaran biasa. Mungkin kerana dia sudah besar dan bukan lagi budak-budak untuk takut jika ibu bapa mula meninggi suara.
"Makan." Sambil mak memaksa biji-biji pil masuk ke mulutnya.
Ada pil yang terjatuh-jatuh itu, mak pungut dan masukkan semula dalam mulut untuk memastikan dos hari ini cukup diterima badan.Dia lantas bangun terduduk setelah rasa hampir tercekik biji-biji pil yang tersekat dalam kerongkongnya. Mak tahu itu , lalu dia sua segelas air dari cawan plastik berwarna biru.
Cawan maknya guna ketika nenek sakit sebelum meninggal.Mungkin ramai yang nampak seperti emak mendera anak, tapi mak kata "mak nak lindungi kau je"
Mak tak sedar itu hanyalah sekadar luaran.
Dalamannya hampir mati.
Atau sudah pun mati.Oh ya, Ubatnya masih ditelan. Jangan risau. Ini bukan macam dalam filem, letak ubat bawah lidah.
Dia mahu semua jadi seperti sebelumnya.
Mungkin sebahagian. Bukan semua.
YOU ARE READING
Manusia Normal
RandomUntuk menjadi manusia yang sentiasa mengikut telunjuk dan suruhan manusia lain. Menjadi hamba. Juga hamba kepada pemikiran bodoh yang sudah lama tertanam dalam diri. "Jadilah diri sendiri untuk bahagia,"- Habis selama ni ingat aku jadi siapa? "Fik...