Dua: Hani

131 0 0
                                    

"Aku selalu sangat dah pergi sini. Sampai rasa bosan tau tak? "
Dia mengacau minuman
"oh yeke ...?"
Cuba menunjuk minat dengan topik yang dibualkan.
"Yelah. Selalu sangat. Aku dah boleh hafal dah kedai-kedai dalam ni tau. Tapi biasanya aku masuk cari benda selalu aku beli la kan. ni kalau kau tak ajak jumpa sini, takde la aku nak datang. Malas"

Dia hanya menyingai selepas mendengar perkara yang tak ingin di dengarnya.
Demi kawan kan...
"Alah , aku saja ajak kau. Lagipun kau cutikan hari ni."

Bukan nak sangat dia ajak Sophie ni. Tapi hanya Sophie saja yang tinggal. Yang lain tiada kelapangan.

Apa? fake ?
ye. Memang fake pun.

Kadang kepuraan itu penting untuk kelangsungan hidup.

"Nak makan apa ni? aku lapar."
"Eh! kau order lah. Aku belanja. Aku minum je ni. Aku makan dah kat rumah tadi." Dia ketawa kecil.

Sophie bangun sedikit untuk memanggil pekerja cafe yang mereka singgah tadi.
Ikutkan dia tak mahu makan di sini. tapi bila fikirkan semula sifat temannya itu, dia masuk juga ke Cafe ini. Ini merupakan kunjungan pertama kali dia. Demi sebuah Idea.

Dia memerhati keliling. Beberapa meja dipenuhi dengan pasangan, laki-laki dan juga gadis-gadis hipster yang sibuk mengambil gambar. 4 orang gadis, 2 pinggan dan 4 gelas air berbeza. Dua orang sibuk mengambil gambar makanan dan lain mungkin menunggu giliran untuk mengambil gambar.

Cafe yang berkonsepkan urban dan hipster ni memang senang menjadi daya tarikan pengunjung. Tambahan lagi zaman sosial media yang lebih mementingkan kesempurnaan. Tak kiralah harga sebiji donut bercoklat dan ditaburkan sedikit chocolate rice berharga Rm8.00. kongsi lah ramai-ramai, hanya untuk sekeping dua gambar bagi di muat naikkan kedalam sosial media.

Dia bukan lah mahu menilai. Tapi memang itu apa yang berlaku pada hari ini. Contoh ada depan mata. Dia melihat Sophie ralit dengan telefon lagi tadi. Lagsana yang dipesannya sudah hampir sejuk.
"Beb! makan cepatlah. Sejuk dah tu."
Dia menegur Sophie. Sophie hanya memandangnya sambil tersenyum sedikit.
"Okay dah. So sekarang apa cerita?"
Sophie menjamah makananya sambil memerhati belakangnya sekejap-sekejap.

"Tak ada cerita pun. Aku tengah tak buat apa pun. aku pun tak tahu Soph. Kadangkan aku rasa..."
Tak sempat dia habiskan ayat

"Ish... apesal tah duk usha aku lagi tadi?

Erk?

'Bia betul budak ni...'

"Kau cakap apa Soph?"
"Takde, kau tengok lah. Mamat yang ambik order tadi tu. Duk usha aku lagi tadi."

Sambil mata menjeling-jeling ke arah mamat yang dimaksudkannya Sophie membetulkan duduk sedikit. Ada senyuman sedikit.

'Yeke tak suka niiii... tersenyum-senyum lagi kemainnn... '

Dia memandang sedikit ke arah lelaki yang dimaksudkan Sophie. Kemudian matanya terarah ke meja belakang. Ada dua orang wanita.

'hmm...'

"ni kalau , Hidir tahu ni. Mesti dia mengamuk sakan. Dia mana suka kalau lelaki lain duk usha-usha aku."

'Wah...Lain maciam level perasan budak ni'

Dia hanya ketawa
"Memang lah. Kau jangan la cerita kat Hidir ada lelaki usha kau...Come on lah Babe.. takkan lah tak tahu tactic ni." Dia gelak lagi. Cuba kawal ayat yang nak terkeluar. Dia harus teruskan kepuraannya. Kalau nak diikutkan hal seperti ini, Dia pakar 'menelan'. Bijak untuk membiarkan Sophie and Her Fairytale
Sophie menggeleng kepala.
"Eh! Tak boleh. Aku kena cerita juga. Tak boleh ada rahsia. Aku dah janji dengan dia . Dia pun tak boleh ada rahsia dengan aku."

Manusia NormalWhere stories live. Discover now