Lima: Izzati

39 0 0
                                    

"Menyesal kau tahu tak?! Aku menyesal hidup dengan kau!!!"

Suaranya nyaring membentak.

Wajah dihadapannya itu diam membisu tetapi dapat dirasai aura marahnya.

Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja dia membunuh lelaki yang ada dihadapannya itu. Marah yang disimpan sampai ke hari ini meletus keluar. Dadanya sakit kerana selama ini dia sudah cukup bersabar dengan karenah lelaki itu. Dia menurut sahaja apa kata lelaki itu. Lelaki dihadapannya itu juga kelihatan berang. Seakan ada asap keluar dari hidungnya.

Dengusannya kuat. Sengaja dia bersikap seperti itu dihadapan manusia yang tak kenang dek untung itu.

"Aku benci kau! Kalau aku mati, hidup semula pun aku tak nak hidup dengan kau!! Puih!!"

Dia meludah ke arah wajah lelaki itu.

Diam kaku.

Degusan semakin kuat. Ringan saja tangannya untuk menampar wajah itu.

Tetapi dia masih ada rasa was-was jika dia diapa-apakan .Kalau nak di ikutkan kudratnya, masih tidak mampu untuk mempertahankan diri.Lagipun sudah terlalu larut malam, takut tiada siapa yang dapat membantunya.

Dia merenung tajam lagi sepasang mata di hadapannya dengan rasa benci dan meluat. Mata itu membalas pandangannya dengan renungan tajam.

Masih mendiamkan diri. Dia memberanikan diri untuk menguji lelaki itu.

"Apa?! Kau pandang apa? Cakap lah!?Taknak pulak kau cakap macam-macam!! Hah ? CAKAP !!"

Dia mencabar sedikit ego lelaki itu. Dia mahu lihat kemampuan lelaki itu apabila dia sudah mula membalas segala kata dan mempertikaikan semua tingkah lelaki itu. Dia betul-betul sudah naik hantu. Sudah muak dengan segala benda. Dia kurang pasti apa yang merasuk ke dalam fikirannya.

"Jangan cabar aku."

Hanya itu yang kedengaran dari mulut lelaki itu.

Dia ketawa sinis. Memperlekehkan terus ke wajah dihadapannya itu. Jantan tak guna.

"Aku takde mood nak bertekak dengan kau malam ni".  Dia mahu mengangkat kakinya, tetapi berhenti taatkala mendengar ayat dari mulut wanita itu.

"Eleh... Takut pulak hari ni. Selalu bukan main tunjuk jantan." Perlahan. Tapi masih cukup untuk sampai ke telinganya

Dengan pantas dia mencengkam kuat lengan wanita itu. Sehingga terdorong menghadapnya. Dia sudah tercabar.

"Eh! perempuan!! Kau ingat aku nak sangat nak hidup dengan kau ke hah??!!"

"Sakitt lah...! kau lepaskan aku. Jantan sial!" Dia cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Tetapi tangan lelaki itu cukup kuat. Dia menggenggam kuat lengannya sehingga terasa seperti ingin tercabut.

"Kau tu perempuan sial!!! Hidup kau menyusahkan aku selama ni! Kau sedar diri sikit! Perempuan sundal!"

Dia menolak perempuan itu sehingga tersembam mencium lantai. Nafasnya turun naik menahan marah. Kalau nak diikutkan mahu saja dia mengambil pisau nak menikam salah sorang dari mereka. Biarlah sama ada dia atau jantan itu yang akan mati malam ini.

"CERAIKAN AKU!!!"

Dia menjerit sekuat hati. Bergema satu rumahnya.

Dadanya menahan rasa amarah. Dia memandang wanita yang terduduk di lantai itu, perasaannya bercampur baur. Dia terkenang apa yang berlaku. Satu persatu memorinya masuk menyingah kedalam fikiran ,sekali gus mengukuhkan lagi tembok ego kelelakiannya

"Kau ulang sekali lagi? Aku tak dengar. Kau cakap apa tadi?" Dia bertanya perempuan itu sambil menarik kuat rambutnya kuat. Berkerut wajah itu menahan sakit. Tapi sakit lagi hatinya.

"Aku cakap...CERAIKAN.AKU" Dia menekan perkataan itu. Sudah tiada apa lagi yang dia harapkan. Dia tak kisah. Kalau di takdirkan dia terbunuh malam ini, dia berserah.

Matanya merenung tepat ke arah anak mata wanita itu kemudian dia mencengkam kuat pipi wanita itu. Terjerit perempuan itu dengan perubahan pantas yang dia lakukan

"Eh! perempuan, kau dengar sini, sampai bila-bila aku tak akan ceraikan kau... TAK AKAN CERAIKAN KAU.Kau faham tu? Puih!"

Dia menolak muka perempuan itu lalu meninggalkan perempuan itu sendirian.

*************************************

Teresak-esak dia menahan tangis. Mengenang nasibnya yang akan selamanya terkurung dalam cengkaman lelaki itu. Dia mengenang nasibnya. Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan dirinya sendiri.

Terkenang semula kata-kata ayahnya pada hari pertama dia mengenalkan Rasul kepada keluarganya. Dia dapat rasa, kehadiran Rasul  membuatkan ayahnya sedikit kurang selesa. Kerana sebelum ini dia tidak bercerita apa-apa atau mana-mana lelaki yang berkenalannya. Jadi Rasul adalah lelaki pertama yang dibawanya ke rumah keluarga.

Ibunya hanya mendiamkan diri bila dia menyampaikan hasrat Rasul kepada keluarganya. Memandang ke arah ayahnya yang sedang termenung jauh dan sedikit kerisauan pada wajahnya.

"Ati betul-betul yakin ke... dengan budak Rasul ni...?" Lambat-lambat soalan itu keluar dari mulut ayahnya.

Dia mengangguk laju. "Betul lah yah. Kenapa pula tak betul?" Dia menyoal kembali.

"Ati cakap, baru kenal 4 bulan kan?"

"Memang lah yah. Jadi apa salahnya? Kira niat Rasul ni baik lah kan?. Baru kenal tapi dia dah ajak ati kahwin." Dia tersenyum simpul apabila terkenang pesanan ringkas dari Rasul ketika mengajaknya berkahwin.

Ayahnya mengeluh perlahan sambil mengangguk-anggukkan kepala. Masih tidak kurang bimbangnya.

"Boleh lah ye ayah, ibu? Boleh ye kalau Rasul masuk meminang. Ati setuju. Lagipun Ati dalam 28 tahun. Semua orang dah kahwin. Kawan-kawan Ati ada anak dua dah pun." Dia menyampaikan rasa kepada orang tuanya.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Memandang wajah satu-satunya anak gadis mereka itu.


Hati mereka kurang senang dengan keputusan mudah yang diambil
oleh anaknya. Bukan disebabkan dia berprasangka buruk dengan lelaki yang baru dikenali itu, tapi lebih kepada rasa berhati-hati ibubapa terhadap lelaki yang ingin dikahwininya itu.
Tetapi demi sayang kepada anak, dijalankan juga majlis pernikahan buat anak gadisnya itu. Harapannya agar semuanya baik-baik belaka.

Nasib sudah memakan dirinya sedikit demi sedikit. Rasa menyesal timbul dalam bulan pertama lagi selepas dia bergelar isteri. Tetapi dia sabarkan hatinya.
Ayah dan ibunya menghantarnya dengan redha setelah dia mengambil keputusan untuk berpindah mengikut suaminya. Rasul sudah pun memaklumkan kepadanya sebelum itu. Dan dia dengan gembiranya bersetuju kerana ibu bapa Rasul telah menyediakan rumah buat mereka selepas berkhawin.

"Tapi buat sementara, kita tinggal di rumah mama dan baba I dulu ye."
"Ala,Tapi kenapa? kata dah ada rumah tu..." Dia mencebikkan muka, sedikit kurang senang mendengar kata-kata lelaki itu.
"Yelah baby, rumah tu kan nak kena renovate. you juga kata nak style moden kan? Dapur,bilik tidur, ruang tamu semua I renovate untuk you.I tengah siapkan lah. I tengah cuba usahakan tu."
Dia tersenyum kembali. Gembira hatinya mendengar sambil kepala membayangkan rumah barunya. 'Mesti cantik kan..' Getus hatinya.
"Okay sayang. Thank you tauu..." Dia ketawa manja.

Memori lamanya kembali tertayang seperti layar di hadapannya. Dia memandang keliling kamar tidurnya ini baru sebulan dia duduk di rumah sendiri. 5 bulan pertama, mereka duduk di rumah mertuanya. Dan 5 bulan pertama itulah macam-macam rasa dalam hatinya. Dengan karenah ibu mertuanya, adik-beradik iparnya sekali dengan perangai sebenar suaminya yang baru muncul.

Perkahwinan seperti dalam neraka.

Manusia NormalWhere stories live. Discover now