Matahari sudah berada tegak di kepala. Masih lagi kepalanya di bantal tidak mengubah posisi dari tadi. Ligat bilah kipas mengejar satu sama lain menjadi perhatian. Mindanya kosong - atau terlalu penuh. Dia tidak tahu. Cawan berisi kopi semalam di sisi katil di capainya lalu menghirup seperti kopi baru dibuat. Elok lagi... katanya sendirian.
Dia terlalu malas untuk bangkit dari baringnya. Tiap malam matanya tidak mampu untuk terkatup sehinggakan subuh barulah dia lelap. Sudah banyak bulan berlalu. Dia sedar akan masalah yang dihadapinya, tetapi tidak mampu mengubah. Itulah masalah sebenar dia-tidak mampu mengubah. Atau tidak mahu ?sebelum tidur dia akan merenung ke siling biliknya walaupun kelihatan gelap sahaja. Baginya, bukan matanya yang melihat, tetapi fikirannya yang menerawang ke tempat lain. Dadanya bagaikan ingin meletup. Waktu malam bagaikan 'mimpi ngeri' baginya. Dia sah menghadapi insomnia cuma masih belum tahap kritikal seperti berhalusinasi. Belum lagi agaknya. Kalau dia berhalusinasi, apa agaknya yang mungkin akan dia 'nampak'? Entahlah.
ketukan pintu biliknya bertalu-talu. bingit rasanya. "Woi! Nak apa ?" Dia sedikit menjerit.
Muncul wajah dengan sengihan di balik pintu, Ijat.
"Aku nak gerak ni. Makan. Nak kirim?"
Dia menggeleng. "Tak nak. Thanks"
"Seminggu dah rasanya kau dalam bilik ni? Nak tunggu membusuk ke baru nak keluar ?"
Dia memandang wajah teman serumahnya itu. Lama.
Seminggu? Dia binggung sekejap.Ijat ketawa tiba-tiba.
"Sial! blah je lah!"
Terdengar ketawa Ijat makin kuat di balik pintu."seminggu jadahnya. Semalam baru aku balik."
Dia bangkit menuju ke bilik mandi. Wajahnya diperhati di sebalik cermin kecil yang tersangkut di dinding.
Rambutnya makin panjang dan sedikit kusut. Mukanya pula sudah ditumbuhi kumis nipis.
Dia membasuh mukanya dengan air paip yang mengalir laju. Di gosok-gosok wajahnya dengan harapan hilang segala yang zahir pada orang. Wajah yang berserabut masalah tidak perlu dipamirkan.Lepas sahaja mandi, dia membuka laptopnya. Laptopnya menyala dari mode sleep.
Dia membuka carian google dan memasuki akaun emailnya.
Masih tiada apa-apa.
Apa lagi yang aku nak buat ni...
Telefonnya berdering - 'Ayah'
Dia terus menekan butang silent. Malas mahu memanjang cerita yang tak ada kesudahan.
Dia melangkah keluar dari bilik."Ayah tak paham betul lah dengan kau ni. Orang dah bagi peluang, kau pula tak nak. Kau ingat peluang ni datang banyak kali ke ? hah?"
Dia diam seribu bahasa. Langsung tak ada yang faham dengannya. Uqasha Sensrose di depannya itu pun tidak faham dengannya. Asyik terhegeh dengan... eh ? kamal adli ke tu sial? Asal macam bapuk? Babinya cerita apa ni??"KAMU DENGAR KE TIDAK NI ?!"
Dia memandang ayahnya yang sedang merenung tajam wajahnya.Dia mengangguk laju.
"Paham yah. dah. Saya balik dulu la ea? esok ada hal""Allahu akbar. Pening lah aku dengan kamu ni" Ayahnya menepuk-nepuk dahi sambil berlalu pergi.
-along nak gerak dah ni. Nanti along balik lagi jenguk Nana.
-Baik along. Jaga diri. Jangan ambik hati sangat dengan ayah, ya.
-👌🏻
Dah terlalu lama sangat dia hilang fokus dari hari ke hari. Hari tu nasib baik dia tak jatuh tersembab dalam longkang besar tepi jalan. Walaupun kota pada hari ini tersangat lah sibuk sampai tidak hirau keadaan keliling yang makin nazak, tapi kalau jatuh dalam longkang boleh malulah juga. At least pada diri sendiri.
Tak bersedia lagi rasanya aku nak bangkitkan isu dalaman aku ini pada keluarga. Lagipun aku dah terlalu 'dewasa' untuk mengadu. Banyak lagi isu lain yang boleh mereka fikir selain dari aku punya masalah. Dari segi teknikal, aku ini tak penting. dari segi 'bukan' teknikal- aku malas nak bersuara.
Ayah tak pernah buka ruang untuk anaknya bersuara. Mungkin ada, tapi hanya untuk seketika dan kemudian semua benda back to square. Langsung semuanya harus mengikut proses dan aturannya. Kadang-kadang bukan aturan yang tidak bagus, cuma aku terfikir yang aturan boleh diubah dan kita masih lagi dapat hasil yang sama. Keterbukaan itu penting. Tapi tidak bagi ayah.
"Bang, dah sampai. 10 ringgit ye bang!"
"Huh?" Dia tersedar dan memerhati tempat brader grabcar ni berhenti. Apehal shopping mall lak ni?
"Saya cakap gi sini ea bang?" Dia menyoal brader yang tengah pandang pelik padanya.
"Ye bang. erm boleh cepat sikit tak bang, tak boleh berhenti lama sangat dekat sini"
"Eh! alright-alright. Nah!" Not 10 di hulur. Kaki melangkah keluar.
Aduh! Jalan kaki nak masuk longkang, naik kereta pun nak salah tempat. apesal ni....
Orang ramai ada yang masuk, ada juga yang berpusu keluar. Dia tak tahu kenapa, tapi masih lagi kakinya melangkah. Kalau tak gerak, ada yang kena langgar jap lagi. Dia tidak fikir panjang, kaki hanya terus melangkah masuk. Memang tak ada niat atau kehendak apa-apa masuk ke sini, tapi mungkin adalah terdetik ke apa ke.
Mana tahu.
Perutnya sudah mula berbunyi. Mana nak cari makan?
masuk sini macam lah berduit sangat, tapi kalau takat fast food ala carte lepas la kot.
ke air je?
kaki dia melangkah ke dalam kedai yang nampak macam sesuai je nak masuk dengan muka dia yang cukup bingai-bingai ni. Tiba-tiba matanya terpandang wajah yang dia rasa cukup kenal. Tapi masih belum dapat kepastian dari mana dia kenal wajah itu. Muka yang tak berapa nak lembut itu bertudung tapi seakan-akan tenggelam dalam dunianya sendiri. Memerhati teman dihadapannya berbicara, tapi matanya seakan tembus terus tidak menghiraukan sepatah kata dari temannya itu. Kadang-kadang dia mengangguk kemudian ketawa kemudian mengangguk lagi kemudian senyum segaris.
"Order encik?"
"Bagi milo ais je dik"
Matanya masih tertumpu pada gadis yang duduk jauh dihadapannya. Kadang-kadang dia akan mengalihkan pandangannya, takut digelar pervert pula nanti. Tapi 90% tiada orang yang perasaan perbuatannya itu. Mungkin sebab dia halimunan kot. Tiada yang perasan kewujudannya. Pandangan masih tetap ke arah yang sama, pada gadis itu. Entah apa yang ada dalam kepalanya dia pun tidak pasti. Tiada bergelojak pun rasa lelakinya. Jadi dia tak perlu risau, masih lagi dalam keadaan normal. Paling tidak pun, malam dia jengah mana mana laman je.
'Alamak! Pundek betul. Dia perasan pulakkk...'
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan, laju menyedut minuman yang entah bila sampai dia pun tak tahu.
Gadis itu sudah mulai bangun, mungkin juga kawannya ingin pulang. Yang nampak tergesa seperti kawannya, dia masih lagi dengan riak selamba. Senyum senipis, gelak senafas. Seperti tiada perasaan.Jangan lah ada yang perasan aku ikut dia. Ada yang masuk jail jap lagi ni kang...
Kawasan parking di basement agak lengang. Hanya ada beberapan pasangan yang baru keluar dari kerata menuju ke dalam. Ada juga yang baru sampai.
Dia nampak gadis itu lagi. Dia senyum, sediakan diri.
" Hai!"
YOU ARE READING
Manusia Normal
RandomUntuk menjadi manusia yang sentiasa mengikut telunjuk dan suruhan manusia lain. Menjadi hamba. Juga hamba kepada pemikiran bodoh yang sudah lama tertanam dalam diri. "Jadilah diri sendiri untuk bahagia,"- Habis selama ni ingat aku jadi siapa? "Fik...