Enam: Madie

46 0 0
                                    

Dia mengangguk-angguk tanda faham.
"Okay."
"Baiklah"
"Urm..Okay. Ye.. alrighty "
Walhal dia hanya menipu.

Dia keluar dari bilik itu. Meninggalkan lelaki berbangsa Cina dan seorang wanita melayu.

'Kau baru lahirkan Malaysia semalam ke macam mana? Cakap melayu macam budak tadika' Getus hatinya geram

Ini bukan tentang bersikap perkauman atau apa saja. Tapi baginya sangat tidak adil. Berbahasa Inggeris itu wajib, berbahasa cina pula menjadi kelebihan sesorang untuk mendapatkan sesebuah pekerjaan, jadi tidak mengapakah kalau bahasa melayu lulus tahap satu sahaja?
Memang tak boleh dinafikan bahasa Inggeris penting untuk membawa kita ke peringkat yang lebih tinggi, tak kira dalam hidup atau pekerjaan. Tetapi baginya kalau menjadi KEWAJIBAN sehingga menghalang sesorang untuk terus maju, itu tidak adil sama sekali.

'Kami perlukan seseorang yang berbahasa Inggeris. Awak tak mampu nak ambil alih jawatan ini.'
'Tapi encik, saya dah nak masuk 10 tahun kerja di sini. Saya tahu selok belok kerja dan syarikat ni. Lagipun saya boleh belajar bahasa Inggeris nanti.

'Nak berjaya, kau kena buat video dalam bahasa Inggeris. Baru lah orang luar negara boleh tengok. Baru rating video kau boleh naik. Sebab orang faham.'
'Tak boleh ke letak subtitle dekat video ni nanti?'

'Ini ah produk perlu dalam englis lo. supaya olang paham. senang olang beli nanti.'
' Puan mahu pasarkan di kawasan mana ?'
'Kedah,telenganu sama kelantan ma...'
'oh...'

Ramai saja kawan-kawan berbangsa lain fasih berbahasa melayu. Jadi dia tidak tahu mana silapnya. Adakah dia terlalu sempit mindanya atau orang lain yang tidak terlalu ambil pusing hal hal begini.

"Woi! ape ce tu...?"
Que mengeluarkan dia dari fikirannya yang berserabut.
"Terkejut lah setan. Kau gerak ah sana sikit. Lemas aku lah." Kakinya menolak kerusi roda Que yang terlalu dekat tepinya.Tapi gerak sikit sahaja dek kerana tubuh besar Que.

"Penat tau, Aku slide kerusi ni dari meja aku nak ke meja kau ni tau. Kau pula nak blah-blah kan aku lak."

Dia mengecilkan matanya. Menahan rasa meluatnya dengan kata-kata lelaki itu.
"Aku tak suruh pun kau buat slide slide bodoh kau tu pun. Aish!"
"Marah pulak. Apahal ??"
"Apahal apa ? kau kan yang pemalas nak handle Cina tu ? Lepas tu kak Ju suruh aku pula. Kan? ha ? apa ? buat la terkebil-kebil kau tu."
Que ketawa terbahak-bahak selepas mendengar luahannya.

'Bodoh betul lah. Dia ingat aku buat lawak agaknya.'

Que berhenti ketawa selepas dia menghantar pandangan tajamnya.
"Okay-okay. Chill. Aku sebenarnya banyak lagi client tak settle ni. tu yang aku tak boleh nak buat tu."
"So sekarang, kepala otak kau tu ingat aku dah settle lah semua kerja aku? hah? yang berlambak ni apa ? ha ni apa ni ? ni semua ? dah siap kau ingat?"

Laju tangannya menunjuk kertas-kertas di atas mejanya. Siap di kibas-kibas lagi ke arah muka Que.

"Okay. Chill. Marah betul si gila ni tau."
Que cuba menenangkannya. Dia menarik nafas panjang. Tahu bahawa bercakap dengan Que tentang hal ini takkan menyelesaikan apa-apa.
Dia menunjuk jari ke arah meja Que.

"Baik. Baik. Aku gerak balik meja aku dulu.bye."

Dia memandang Que bergerak membuat aksi slide yang di 'banggakan'  itu ke mejanya sambil menggelengkan kepalanya. 'Bingai dia macam penyakit.'

Dia kemudian bangkit menuju ke meja Kak Ju yang berada di hadapan.

"Kak Ju..." Dia memanggil wanita awal 40-an itu dengan lembut dan senyum di bibir.
"Nah. akak tahu dah." Satu cebisan kertas kecil dihulur padanya. Terdapat nombor telefon pada kertas itu.
"Aloo Kak Ju ni... tahu je apa yang saya nak. Thank youu kak Ju." Dia memuncungkan bibirnya lebih sedikit. Bagi extra comel untuk wanita itu. Wanita itu membalas senyumannya.

Manusia NormalWhere stories live. Discover now