"Pagi sayang!"
Satu kucupan singgah di kepalanya dari belakang.
"So what' plan for today?"
Dia menyoal sambil tangan sibuk menuang air ke dalam gelas. Hanya tiga kali teguk, habis diminum gelas tadi di letakkan ke dalam sinki."hey... baby. I tanya ni. plan apa hari ni? lagi tadi diam je? hmm?"
"Tak ada apa-apa pun plan hari ni. I just don't know yet."Dia pantas bangun menuju ke sinki sebelum sempat disentuh oleh lelaki itu.
Tangan yang datang dari belakang memeluk pinggangnya itu terasa seperti tali yang membelitnya. Rimas."Sayang I ni kenapa? Pagi-pagi dah badmood."
Bibirnya dibenamkan di celah rambut mencari leher untuk dicium. Tubuh yang di peluk tidak bergerak seakan memberi 'izin' membuatkannya terus menerus ingin mencium leher berbau enak itu. Perlahan-lahan tangannya dimasukkan ke dalam baju mencari 'objek' untuk disentuh. Tiba-tiba tangannya itu di tolak pantas."Cawan sebijik pun tak boleh basuh sendiri. Berapa kali nak cakap."
Suara itu meninggalkannya terkontang-kanting di depan sinki
'Damn it !'
******
Kau asal , Moody pula aku tengok pagi ni. dia menyoal kawannya itu. Lagi tadi kawannya itu asyik mengeluh. dahi berkerut bukan main lagi. Macam masalah besar sangat.Dia hanya menggeleng kepala. Tak ada mood nak berborak. Waktu tengahari pun tadi dia tak keluar makan. Hanya ke pantri membuat segelas air kopi. Putus selera nak makan dalam waktu- waktu sekarang ni.
'Apa yang aku dah buat ?...'
'Apa ek salah aku?...'
'Aku ada salah cakap ke?'
'Ke tersalah sentuh?'
'Eh! Tak mungkinlah. Dia suka benda-benda macam tu...'Dia bermonolog sendirian.
"Oi! aku tanya ni. Yang kau kejap berkerut, sekejap lepas tu kau menyeringai tu dah apahal?" Dia menyergah temannya itu dengan mengetuk meja.
"Sial lah Mod, terkejut akulah. Tak ada apa-apa. Aku okay je." Suaranya sedikit menengking. Tapi kawan dihadapannya sedikit pun tak berubah riak. Biasa dengan gayanya itu.
"Tak chill betul kau ni lah. Tadi lunch dah lah tak ikut. Lepas tu aku nak sembang pula, kau duk berkhayal tah kat mana, bodoh betul."
Dia menggeleng kepala. "Saja je lah. Aku malas. Hah! apa nak cerita? cerita lah cepat. Aku pula memang banyak masa nak dengar kau bercerita kat office ni. bak sini, bak sini..."Dia berpura-pura bersiap sedia untuk mendengar cerita kawan dihadapannya itu. Mod seorang saja yang dia paling rapat di tempat kerjanya.Tapi bukan dia seorang saja kawan Mod. Di sebabkan Mod jenis yang peramah dan extrovert mudah baginya untuk mendapat teman. Berbeza dengan dirinya. Lagipun dia juga tidak mahu 'meluaskan' lingkungan hidupnya terhadap keliling.
"okay kau dengar cerita ni. Boikk tak boik ea..."
Dan sepanjang Mod bercerita dengannya , satu ayat pun tidak sampai ke telinganya.
Fikirannya masih lagi melayang menginggatkan hal tadi pagi.Rasanya macam dia tak buat silap pun. Tapi takkan lah pasal sebiji cawan pun nak marah?
Dah tak nak sentuh-sentuh dah? Aiihh sasau jadinya aku nanti kalau tak dapat.
Ke malam tadi? Tak cukup power ke ?"...tapi memang meleleh betul lah aku tengok dia. Kau rasa macam mana? okay tak dengan aku hah wei?"
Eh! Tak mungkin. Takkan tak power. Repeat banyak kali kot.
No
No
No. Mustahil."Tak okay? serius lah? Apesal lak kau cakap aku tak okay dengan dia?"
"Wei!"
Dia terkejut lagi.
"Apebende ni sial?! buat terperanjat orang je..."
Nasib tak gugur jantung dia."Tak ada lagi cibai... aku tanya kenapa kau tak setuju lak kalau aku dengan Mila tu hah?"
"Dah bila masa pulak aku cakap tak okay?"
Dia menyoal kembali."Aik! yang tadi kau dok geleng tu apa benda bodoh?"
Dia tercengang pandang Mod. Keningnya berkerut. Baru teringat, yang dia tak dengar langsung apa yang diceritakan lagi tadi oleh Mod.
" Tak doe. Aku silap body language. Aku nak angguk tadi. Tapi tergeleng lak."
Kali ini Mod pula yang tercengang.Kedengaran agak bodoh alasan coverline nya itu. Tapi terpaksa.
Mod kembali ke mejanya. Tapi mata masih lagi memandang ke arahnya. Memandang tajam ke arahnya seolah oleh memberi tanda 'ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku ni'
Riak wajahnya masih bersahaja.
"Mod."
Dia menjengah di sebalik komputer yang menghalangnya dan rakan sepejabatnya itu."Bende?" Dia menyoal.
"Malam ni lepak jap. Nak?"
Dia memandang kawannya itu. Tadi masa aku nak bercerita, tak nak dengar. Pastu nak ajak lepak lak. Apehal laaa...
"On."
****
"Awak nak keluar ke bang?"
Dia mengangguk kepala sambil cepat-cepat melangkah laju.
"Jap, Saya nak kii-"
Tak sempat nak menghabiskan ayat , kereta lelaki itu memecut keluar dari rumah.
"Tak sempat nak kirim suruh dia belikan coklat...aihh..." dia menggeleng sambil mengusap perutnya.Dia menonton television yang sebenar-benarnya berfungsi untuk menghapus sunyi rumah itu.
Pintu sudah pun berkunci rapat. Walaupun tidak di tinggalkan pesan, dia pandai-pandai sendiri berfikir.Kalau tengah malam bunyi dentuman kuat, bertemanlah dia di bilik. Jika tiada, maka sampai ke pagi esok baru dapat bersua muka.
Itu sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak ada banyak bicara lagi kerna takut lain yang jadi. Lebih baik dipendamnya sendirian. Dia masih lagi tahu di mana tahapnya dan berharap sabarnya itu setinggi gunung. Dia hanya mampu berdoa dan berharap agar dia terus tabah. Demi jaminan dan lindungan buatnya."Dia tidak bersalah. Dia juga seperti aku. Golongan teraniaya yang terikat antara satu sama lain."
YOU ARE READING
Manusia Normal
SonstigesUntuk menjadi manusia yang sentiasa mengikut telunjuk dan suruhan manusia lain. Menjadi hamba. Juga hamba kepada pemikiran bodoh yang sudah lama tertanam dalam diri. "Jadilah diri sendiri untuk bahagia,"- Habis selama ni ingat aku jadi siapa? "Fik...