Setiap kali musim ini,
Saya masih ingat masa lalu kita
Semuanya menjadi jauh dan
yang tidak dapat lupakannya.Momen yang mempesonakan yang bersinar,
diminit gelap sebelum orang tahu
Masa itu apabila janji-janji saya tidak dapat dipertahankan
sangat lemah.Pandangan suara awak
sentuhan awak yang datang kepada saya dan berlama-lama
Saya tidak boleh lupa apa-apa.
Ia jelas seperti jika saya meletakkan tangan saya, saya akan menyentuh.Pernafasan awak menyuarakan isyarat awak
sentuhan awak yang memeluk saya dengan hangat.
saya rindu awak..."Eonni, eonni Cinta.. "Kedengaran suara kecil memanggil namaku, perlahan-lahanku membuka mata.. Terasa berdenyut-denyut kepala ini. Ku lihat Jian sedang memandangku dengan wajah sedih..
"Eonni ok tak? "Tanya Jian. Kenapa dengan aku, di mana aku berada sekarang, Kelihatan seperti di rumah sakit.
"kita di mana ni Jian? "Tanyaku lemah lalu duduk perlahan.
". Hospital, eonni pengsan tadi,terkejut Jian.. "Jawab Jian sambil mengurut dadanya..Budak ni memang drama sangat..
"Syukurlah awak tidak cedera teruk". Tiba-tiba satu suara muncul dari depan pintu..aku hanya memandangnya..ya dialah pemuda yang ku temui di taman tadi.
"You? "Tanyaku singkat.
"aku minta maaf sangat atas kejadian tadi"kata pemuda itu.
"aku suda memberi amaran agar lari dari situ tapi sepertinya awak tidak mendengar"sambung nya lagi.macam mana di dengar jika waktu tu aku sedang mendengar lagu. Tapi kejap, mamat korea ni boleh berbahasa melayu? Biar betul? Atau aku masih di dalam mimpi..
"Jian, rasanya kita harus balik". Kataku sambil turun dari katil.
"Nuna tidak apa-apa"sambung ku lagi.. Lalu ku tarik Jian keluar dari bilik pesakit..
"geuman"kata pemuda itu.
."awak tidak boleh pergi lagi, awak harus di periksa lagi."katanya lagi..
"naneun gwaenchanha."kataku dalam bahasa korea.. Harap dia faham..lalu aku pergi cepat-cepat dari situ sambil tangan ku memegang Jian... Anak kecil itu hanya mengikuti ku tanpa berkata apa-apa..
"Mampus, macam mana nak balik ni? "Kataku sendiri..mata ku ligat memandang sekeliling, tempat ini asing bagi ku, nak naik kereta dompet tertinggal di rumah, nak jalan kaki tapi nak mulakan dari mana?..
"Eonni"Kata Jian sambil menggoyang kan tangan ku.
"Kejap ya Jian eonni tengah fikir ni"kataku.
"Biar aku hantarkan kamu balik. "Tiba-tiba satu suara mengejutkan ku..aku memaling kebelakang,mamat ni lagi..
"tak apa kami boleh balik sendiri"kataku.
"tapi di sini susah untuk dapat bus, lagipun hospital ni jauh sikit dari tempat tinggal kamu". Kata pemuda itu lagi lalu menarik sebelah tangan Jian kerana sebelah tangan lagi masih dalam genggaman ku.
"jum eonni"kata Jian sambil mengikuti pemuda itu.. Aku hanya menurut kerana aku tiada pilihan selain membenarkan pemuda itu menghantar kami.. Buat masa ini hanya dia yang aku kenal di negara asing ini biarpun namanya aku tidak tahu.. Itu tidak penting yang penting kami boleh sampai rumah dengan selamat, kerana Jian masih dalam jagaan ku.
YOU ARE READING
INFINITE LOVE
RomanceJika saya mempunyai satu keajaiban dalam hidup saya, ia mungkin akan berlaku ketika saya pertama kali bertemu dengan awak. Jika saya hanya mempunyai satu masa yang tidak baik, di mana saya ingin melupakannya, di mana saya pergi dan melupakan awak.