STAND BY ME

18 3 0
                                    

Berdirilah dengan saya
Buat saya bernafas
Jangan tinggalkan saya
Kerana dunia tanpa kamu juga tanpa saya

Saya cuba memanggil, saya cuba memegang
Pegang saya, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa

Saya tidak ada yang perlu disalahkan tetapi saya sendiri
Di tangan kamu yang melindungi saya
Saya merasa terperangkap dalam hidup saya
Seperti kanak-kanak kecil dan nipis
Berdirilah dengan saya..

Ring! Ring! Ring! Bunyi deringan handfon mengejutkanku dari tidur. Pantasku capai handfon di hujung katil.NORMAN nama yang tertera di skrin handfonku.ku lirik jam dinding menunjukkan pukul 6pagi, apa hal Norman menelefon ku pagi buta ni, kata hatiku.

"Cinta segera ke hospital".suara Norman seperti cemas.

"Kenapa?". Tanyaku seperti ada yang tidak baik berlaku.Norman merupakan abang Namu jadi pasti panggilan ini berkaitan dengan Namu..

"Namu.. "Norman tidak meneruskan katanya terdengar suaranya yang seperti menangis, hatiku tidak sedap rasa pantas ku cuci muka dan berlari keluar menuju ke hospital..

Langkahku perlahan kaki terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu. Namunku kuatkan untuk mendapatkan kepastian.

Tubuh Namu kaku terbaring di katil,perlahan aku melangkah mendekati Namu. Terlihat Namu tidur nyenyak sekali.

"Na.. mu.."suara ku getar memanggil Namanya.

"Cinta datang ni, bangun la,"kataku berharap Namu sedar dari tidurnya.Aku goncang badan Namu berkali-kali akhirnya air mata yang aku tahan mengalir keluar.

"Namu bangun, Namu". Suara ku semakin tinggi memanggil Namu. Norman pantas memegang bahuku.

"Man, Namu kenapa tak nak bangun? Namu tak nak jumpa Cinta lagi kah? ". Tanyaku, Norman hanya terdiam menahan sedih.

"Norman! "Teriakku kepada Norman yang terus membisu.

"Namu telah pergi Cinta". Norman bersuara akhirnya. hatiku sakit seperti di tusuk pisau, kakiku menjadi lemah, pandangan ku tiba-tiba menjadi gelap.

"NAMUUU!! "Teriakku..

"Cinta kamu dah sedar sayang"Kata mama padaku.

"Mama Namu mana? "Tanyaku melihat sekeliling berharap Namu ada di sana. Wajah mama sedih.

"Ma, Cinta tanya Namu mana? ". Tanyaku lagi.

"Cinta, Namu telah lama pergi nak". Jawab mama, hatiku terasa sangat sakit air mata mengalir lagi, mudah sungguh mata ini mengalirkan air mata.

"Tapi Cinta baru jumpa Namu tadi ma". Kataku masih tidak percaya.

"Cinta pengsan tadi, nasib Sunggyu ada di sana, dia yang bawa Cinta ke hospital dan menghubungi Jian".mama memberitahuku keadaan sebenar. Aku pandang lelaki yang berada di pintu sepertinya aku mengenali lelaki itu, dia lelaki yang ku temui di pantai. Apa aku pengsan di sana? Tapi dia sudah pergi meninggalkan aku waktu tu. Berbagai pertanyaan bermain di pikiran ku.

"Biarkan aku sendiri". Kataku pada semua yang berada di bilik itu, aku kini hanya ingin sendiri..lalu aku tarik selimut menutupi seluruh tubuh dan wajah ku. Aku menangis..

Setelah dua hari aku di rawat di hospital akhirnya aku di benarkan keluar. Aku hanya mengurungkan diri di bilik, tidak ingin bertemu dengan sesiapa, Sunggyu selalu datang ke rumah bertanya kabar ku, namun dia tidak juga ingin bertemu denganku.Dia tahu aku tidak ingin bertemu sesiapa, namun kenapa perlu dia bersusah mengambil tahu tentang keadaanku?.. Surat putih itu ku pandang lama..

Kepada Cinta Arjuna yang Namu cintai,
Maafkan Namu,
Mungkin bila Cinta membaca surat ini Namu sudah pergi dari dunia ini.
Namu minta maaf kerana merahsiakan penyakit Namu dari Cinta,
Namu tidak ingin melihat Cinta menangis,
Namu hanya ingin melihat senyum dan ketawa Cinta sepanjang hari Namu menanti kematian.
Namu harap Cinta jangan menangisi kepergian Namu, kerana jika Cinta menangis Namu tidak dapat menghapiskan air mata Cinta lagi.
Itu akan membuat Namu sedih..
Namu ingin Cinta meneruskan hidup dangan bahagia..
Terima kasih kerana menjadi kekasih Namu.
NAMU SANGAT MENCINTAI CINTA..
SELAMAT TINGGAL CINTAKU.

Surat Namu itu ku peluk kuat tangisan ku menjadi kuat.Itu Surat yang di berikan Norman padaku selepas majlis pengkebumian Namu.

"Maafkan Cinta Namu.. "Kataku perlahan. Aku tidak dapat memenuhi keinginan Namu untuk tidak menangisi Kepergiannya kerana kini Namu tidak lagi berdiri denganku.

INFINITE LOVEWhere stories live. Discover now