saya tidak tahu mengapa
Kita melihat kesakitan masing-masing.
Ia cukup dekat.
kita berpaling dan kita berdiri menghadapi satu sama lain.Bermula sekali lagi
Bermula sekali lagi
Mula semula
Sedikit kecil tetapi istimewa
Pada ketika itu,
Awak boleh ketawa.
Lupakan awak kemarin dan mulakan semula
Jangan risau. Awak tahu saya yang terbaik di dunia.
Hanya kamu..."Macam mana keadaan aku dok? ". Sunggyu bertanya kepada Doktor Sungjong setelah selesai melakukan pemeriksaan.
"Ya, dok, apa sakit Sunggyu datang lagi? ". Kini Man pula yang bertanya kepada doktor Sungjong itu.
"Sebenarnya kesihatan sunggyu baik-baik sahaja". Akhirnya doktor Sungjong bersuara setelah selesai meneliti keputusan kesihatan Sunggyu.
"Jadi kenapa dada ku sering berdegup kencang hingga rasa sakit".Sunggyu kebingungan dengan keadaan di hadapi nya, kesihatan nya baik-baik sahaja namun dia sering rasa sakit dada dengan degupan kencang.
"Namun sekarang kadar degupan jantung Sunggyu normal". Kata doktor Sungjong sambil melihatkan mesin bacaan jantung kepada Sunggyu dan Man.
"Mungkin ada sesuatu yang mengganggu degupan normal jantung Sunggyu, seperti situasi atau seseorang, ianya pernah berlaku dengan sesetengah pesakit seperti Sunggyu ini". Terang doktor Sungjong.
"Maksud doktor keadaan yang aku alami sekarang ini bukan kerana aku sakit, tapi di sebabkan seseorang atau situasi? "Sunggyu ingin kepastian, rasanya dia sudah faham.
"Ya, macam nie lah, doktor akan berikan gelang bacaan degupan jantung kepada Sunggyu". Doktor mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam dari laci mejanya.
"Untuk kepastian Sunggyu pakai sentiasa gelang ini kerana gelang ini dapat memberitahu bacaan denyutan jantung Sunggyu.Biasanya, denyutan jantung normal berlaku antara 60 hingga 100 denyutan per minit. Kadar ini dijanakan oleh sel jantung tersendiri yang digelar perentak jantung (pacemaker)."Doktor Sungjong memasangkan gelang berwarna hitam itu di tangan Sunggyu.
“Kadar denyutan jantung akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan badan Sunggyu. Misalnya,jika kadar bacaan mempunyai nadi 120 hingga 130 denyutan per minit apabila Sunggyu berlari, tetapi hanya 50 hingga 60 denyutan per minit ketika Sunggyu tidur, namun jika masih melebihi nadi 100 bacaan walau tanpa Sunggyu perlu berlari itu bererti situasi itu yang menyebabkan degupan jantung Sunggyu menjadi laju". Terang Doktor Sungjong lagi.
Sunggyu memandang gelang ditangan nya itu. Sekarang bacaan normal nadi 60 di catat.
"Terima kasih dok". Ucap Sunggyu.
"Sama-sama, ingat walau bagaimana pun itu hanya untuk kepastian, dan ubat jangan pernah lupa di makan. "Pesan doktor Sungjong.
"Baik dok". Kata Sunggyu senyum.
Sunggyu dan Man keluar dari kamar doktor Sungjong, Sunggyu rasa sedikit tenang dari sebelumnya.Harap tidak ada yang buruk berlaku.
YOU ARE READING
INFINITE LOVE
RomansaJika saya mempunyai satu keajaiban dalam hidup saya, ia mungkin akan berlaku ketika saya pertama kali bertemu dengan awak. Jika saya hanya mempunyai satu masa yang tidak baik, di mana saya ingin melupakannya, di mana saya pergi dan melupakan awak.