Lihatlah saya, kepala saya dipenuhi dengan awak, saya memutar balik ke dalam
Lihatlah dengan teliti, saya berbeza dengannya, pada tahap yang berbezaDua kali seminggu, dua jam setiap hari
Itu sahaja untuknya, hanya berpaling darinya
Saya betul-betul di sini, saya menunggu sepanjang minggu itu..Sunggyu memandang kopi yang berada di depannya dengan pandangan kosong.Sejak akhir-akhir ini Sunggyu sering mengelamun.
Sejak pertemuan nya dengan Cinta di pantai dan Cinta jatuh pengsan membuatkannya banyak memikirkan gadis itu, Sunggyu hampir menangis melihat Cinta pengsan dan menangis mencari seseorang yang sebenarnya sudah tidak ada di dunia ini, Sunggyu sendiri bingung dengan kelakuan nya itu.Namu lelaki yang membuat Cinta menangis terasa seperti dekat dengannya, derita yang di tanggung Cinta sangat berat, Sunggyu ingin mengurangkan derita itu dan ingin melihat Cinta tersenyum.Sunggyu tidak ingat kali terakhir dia melihat Cinta tersenyum dan mungkin belum yang pertama.
"Apa yang kau fikirkan tu Sunggyu?"suara Man mengejutkan Sunggyu.
"Aku tak tahu lah Man". Sunggyu bingung.Sekali lagi dadanya berasa sakit dek debaran yang laju.
Sunggyu tidak tahu sejak bertemu Cinta hatinya sering berdegup kencang, ada kalanya berasa sakit dan ada kalanya berasa gembira.Perasaan yang tidak pernah di alaminya selama ini.
"Ni mesti kau tengah fikirkan gadis tu kan? "Tanya Man.
"Emm.. ". Keluh Sunggyu.
"Dah agak dah, siapa lagi yang dapat buat kau jadi macam ni kalau bukan dia". Kata Man tersengeh.
"Tengok kau macam ni, rasa teringin nak jumpa gadis tu, nak pastikan sehebat mana dia hingga dapat membuat seorang Sunggyu yang berhati batu ni jadi macam ni". Sambung Man lagi. Sunggyu memandangnya tajam, matanya yang sepet menjadi semakin kecil, Man tertawa kecil.
"Sepertinya aku perlu berjumpa doktor". Kata Sunggyu mengejutkan Man.
"Apa kau sakit lagi?". Tanya Man sedikit risau.
"Rasanya, kerana sejak kebelakangan ni aku sering sakit dada dan kerap berdegup laju.".Sunggyu memegang dadanya yang berdegup laju lagi.
"Mari aku temankan". Pelawa Man, Sunggyu hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
YOU ARE READING
INFINITE LOVE
RomanceJika saya mempunyai satu keajaiban dalam hidup saya, ia mungkin akan berlaku ketika saya pertama kali bertemu dengan awak. Jika saya hanya mempunyai satu masa yang tidak baik, di mana saya ingin melupakannya, di mana saya pergi dan melupakan awak.