Baby My Love Beautiful, I love you
Hanya dengan melihat awak, hanya dengan memikirkan awak,
hati sayaMalah pada masa ini ketika saya melihat awak,
jika saya menutup mata, saya merindui awak
Adakah awak akan dapat memahami hati saya?
Sama seperti hari pemalu itu
Awak mungkin benci saya kadang-kadang,
adakah awak menolak saya kadang-kadang?
Tetapi masih, saya akan menyanyikan hatiku kepada awak,
yang tinggal di sebelah saya"Sunggyu jauh termenung"suara Man mengejutkan Sunggyu dari lamunan..
"Tak ada lah"nafi Sunggyu, sambil matanya memandang ke luar tingkap cafe.
"Jangan lah nak selindung"kata Man sambil tersengih.. Dia tau rakannya itu tengah memikirkan sesuatu.
"siapa gadis itu? "Man tiba-tiba bertanya, soalan itu mengejutkan Sunggyu
".Gadis mana, tak ada lah". jawab Sunggyu sambil tersenyum. Man ni ahli nujum kah sebab dapat tahu apa yang tengah difikirkannya..
"Aku tak tahu kenapa aku asyik terfikirkan dia sahaja". Sunggyu tiba-tiba memberitahu Man.
"Sejak kejadian haritu aku hanya terfikirkan dia sahaja sudah empat hari tak berjumpa dia hati ini rasa rindu". Sambung Sunggyu dengan wajah sedih..
"Mungkin inilah yang di katakan cinta pandang pertama". Kata Man sambil tersenyum, sahabatnya yang berhati batu ni telah jatuh cinta..
"Tak lah,rasanya ada sebab kenapa aku rasa begini, kenapa dengan gadis lain aku biasa sahaja, tapi bila dengan dia aku rasa lain seperti sudah lama kenal dengan dia".nafi Sunggyu.
"dan ada kalanya aku rasa sedih melihat dia ". Sambung Sunggyu lagi. Siapa sebenarnya gadis itu, kenapa dia boleh buat hati ini tidak keruan.Siapakah dia?.. Soalan itu bermain di fikiran Sunggyu.
"You're My Lady You're My Lady
Dulman ui iyagi
Dal i ulil bichugo
Unmyeong gat eun neol kkog an ajulge
You're My Lady You're The One
Neoleul wihae buleulge
Salanghanda salanghanda
Nae modeun jinsim eu"Sunggyu menyanyi sambil memetik gitar di beranda rumah nya. Lagu Nam Woo Hyun menjadi pilihannya, Yah lagu itu kena dengan situasi nya sekarang, merindui seseorang yang namanya pun tidak dia ketahui.Sunggyu mempunyai bakat bermain gitar suaranya pun merdu dengan wajah yang kacak jika menjadi artis pasti banyak peminat nya, namun dia masih jauh untuk mengejar impian untuk menjadi seorang artis kerana masih banyak lagi yang dia perlu pelajari, Sunggyu juga masih merupakan penuntut di Jeonju National University High School."Kalau rindukan dia, pergilah jumpa dia"Man memberi cadangan kepada Sunggyu yang rasanya parah menanggung rindu.
"Nak jumpa macam mana kalau rumah nya pun aku tidak tahu namanya kah lagi lupa ku tanya". Kata Sunggyu,. Dia rasa menyesal kerana tidak menghantar sampai ke rumah gadis itu, kerana gadis itu hanya meminta dia menghantar hingga ke taman sahaja.Taman permainan itu tempat pertemuan pertama mereka dengan situasi yang tidak diduga.
"kalau macam tu apa kata kau tunggu ja dia di taman tu mana tahu dia akan datang ke taman tu lagi". Man memberi cadangan, rasanya itu cadangan orang yang tidak berfikiran panjang.Sunggyu tersenyum
"kau nak aku jadi penunggu kah kat taman tu? "Kata sunggyu.
"Tak kan hari-hari aku kena ke taman menanti dia datang"sambung Sunggyu lagi.. Man hanya ketawa.
YOU ARE READING
INFINITE LOVE
RomanceJika saya mempunyai satu keajaiban dalam hidup saya, ia mungkin akan berlaku ketika saya pertama kali bertemu dengan awak. Jika saya hanya mempunyai satu masa yang tidak baik, di mana saya ingin melupakannya, di mana saya pergi dan melupakan awak.