🍃How ?

304 25 0
                                    

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1 hari 1 hadis

RASULULLAH SHALALLAHU 'ALAIHI WASSALLAM MENGENALI UMATNYA DI AKHIRAT KELAK

Saidina Abu Zar dan Saidina Abu Darda r.a. meriwayatkan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku mengenali umatku antara umat-umat pd hari kiamat."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana Tuan mengenali umat Tuan?"

Baginda SAW menjawab, "Aku mengenali mereka kerana catatan-catatan amalan mereka diberi kpd mereka melalui tangan kanan, aku mengenali mereka kerana nur di wajah mereka kesan drpd banyak bersujud dan aku mengenali mereka kerana ada satu cahaya khas yg bergerak di hadapan mereka."

( HR Ahmad )

Keterangan :

Satu cahaya khas ialah cahaya iman seseorang mukmin. Setiap orang akan mendapat cahaya berkadar dgn kekuatan iman masing-masing.

short advice | for Muslimah✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang