Dengar lagu -Menjaga jodoh orang- untuk menghayati bab ini
Kamu pacaran dengan ku
Tapi nikah dengan dia
Berjanji bertemu di pelaminan
Nyatanya ku hanya jadi tamu undanganDulu aku kau panggil sayang
Sekarang ku hanya jadi mantan
Berjanji untuk sehidup semati
Nyatanya kamu hidup aku yang matiKau kirim kad undangan
Yang bertulis nama mu
Tak hadir fikir ku kau terima lamaran dia
Baru kini ku sedari
Ternyata selama ini
Yang ku cinta yang ku jaga
Ternyata jodohnya orang lainBieyana menghayati lagu yang terpasang pada radio Hitz Fm yang menghiasi kesunyian kereta itu.
"Pandai betul Dj ni pilih lagu"
Bieyana bermonolog sendiri. Kemudian dia tersenyum sendiri. Kebodohan sendiri. Pilih orang yang salah,orang yang betul ditinggalkan.
Bieyana berpaling pada kad undangan yang diberikan oleh Gibran sebentar tadi. Tarikh dilihat. Lusa?!. Tanpa melihat nama pengantin lelaki ataupun perempuan kad itu dilemparkan keluar.
"Aku akan cuba pertahankan cinta aku,aku boleh"
Tekadnya dalam hati.
Kemudian kereta Mini cooper itu laju membelah jalan raya pada petang itu.
***************************
"Semua persiapan dah siap Gib?"
Gibran yang mengemas bilik pengantin itu berpaling. Dia memandang Datin Airyna yang melangkah mendekatinya.
"Dah mummy."
Gibran melabuhkan punggungnya disofa biliknya berhadapan dengan Datin Airyna. Kemudian dia mengeluh.
"Mummy rasa keputusan yang Gib buat ni betul tak?"
"Kenapa pula tak betul Gib. Kan itu pilihan Gib."
"Tapi Gib sayang dia mummy."
"Gib. Pertahankan perkahwinan Gib. Gib layak bahagia. Jangan biar perempuan ulang kesalahan yang sama"
Gibran menyandarkan badannya pada belakang sofa.
"Mie,Gib pun salah. Gib banyak tipu dia."
Datin Airyna bangkit.
"Dah Gib. Ingatkan perkahwinan Gib. Jangan ingat masa lalu. Lupakan tentang itu. Mummy pergi dulu"
Gibran memandang belakang mummynya yang berlalu pergi. Telefon digapai. Nombor seseorang dia dail.
"Pastikan dia datang"
Amaran keras diberikan kepada penerima sebelah sana. Kemudian panggilan dimatikan.
Gibran memicit kepalanya perlahan. Itu adalah pilihannya. Buat apapun dia tak dapat berpaling.
Gibran turun kebawah untuk melihat kanopi yang telah siap dipasang. Ditangga kedengaran suara bercakap-cakap. Dia melihat pasangan sedang berbual dengan orang tuanya.
Dia melangkah kearah mereka.
"Hai aunty uncle"
Ucap Gibran sopan. Pasangan itu melihat jejaka bermata kelabu itu.
"Kacaknya menantu saya ryna"
Kata isteri lelaki itu. Gibran tersenyum.
"Awak ini lisa ada-ada saja la. Anak dara awak mana?"
"Belum balik kerja rasanya."
Datin Airyna hanya mengangguk. Gadis zaman sekarang ada segelintirnya tidak terlalu bergantun pada suami. Ada diantara mereka bekerja untuk duit diri sendiri.
"Gibran buat apa sekarang?"
Suami si pasangan pula bersuara. Gibran termati kata. Kalau dia cakap urusan kumpulan Mafia di Italy agak agak lusa jadi kahwin tak?
"Baru nak uruskan Lee's holding balik"
Gibran menjawab laju. Takda idea nak menipu.
"Bagus la. Sekarang anak muda semua malas nak bekerja. Tak gitu Arthur."
Kemudian Datuk Arthur hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Inspiré The Mafia
RomanceBieyana Luna seorang gadis yang sederhana dan rendah diri. Dikeliling oleh orang-orang yang dia sayang tanpa sedar seorang daripada mereka adalah musuh dalam selimut. Gibran Lee seorang jejaka tanpa yang memiliki paras rupa yang sempurna. Jejaka yan...