Bumi kenyalang
Tiga tahun selepas itu,
"Papa,mama good morning"
Suara ayu menjerit membangkitkan seri pada suasana pagi hari. Datin Molisa yang sedang menyendok nasi kedalam pinggan suaminya berpaling.
"Morning sayang"
Jawab pasangan itu serentak. Bieyana melabuhkan punggung berhadapan dengan mamanya.
"Wow nasi lemak."
Kata Bieyana lalu menyendok nasi diikuti dengan sambal dan lauk nasi lemak.
"Bakery okay Bie?"
Bieyana yang hendak menyuap berhenti. Setelah tiga peristiwa hitam itu berlaku dia mula mengambil alih kembali bakery yang terbengkalai.
Setahun dia mengambil masa untuk mengubat hati yang lara disebabkan kesalahan diri sendiri. Ditahun kedua dia menjaga bakery untuk melupakan jejaka bermata kelabu. Tapi setiap saat bayangan jejaka itu menganggu tidurnya.
"Bakery okay ma. Kenapa?"
"Tuannya okay?"
Bieyana tersentak. Parents nya mengetahui yang dia telah ditinggalkan oleh seseorang lelaki kerana kesalahan dirinya tapi mereka tidak tahu tentang jejaka itu adalah BlackAngel dan tentang Robert yang cuba membunuhnya.
"Okay ma."
Jawabnya lemah. Datuk Sebastian sudah mencuit bahu isterinya memberi amaran agar jangan mengacau bilaukan perasaan gadis itu. Datin Molisa perasan akan keterlanjuran mengubah suasana.
"Eh Bieyana makan la. Nanti mama tapaukan nasi ni untuk Bieyana."
Bieyana hanya mengangguk. Dia meneruskan suapan nasi lemak kedalam mulutnya. Walaupun dia sedih memikirkan jejaka itu tetapi makan perlu diutamakan.
***************************
Rome,Italy.
Gibran duduk menghadap suasana malam di italy dari beranda biliknya.
Fikirannya melayang kepada gadis yang berada jauh dari negara yang diduduki. Gadis yang meninggalkan titik hitam dalam dirinya. Gadis yang mempertikaikan kesetiaannya.
Hatinya sakit melihat orang yang dia percayai mengkhianatinya. Sayangnya pada gadis naif itu masih ada tapi maafkannya belum lagi.
"Tuan"
Panggilan itu membuatkan jejaka bermata kelabu berpaling. Dia mengangkat kening melihat Malvin yang tunduk kepadanya.
"Kenapa?"
"Kalau aku nak balik negara sendiri boleh tak? Sebab aku bakal berkahwin dan maaf aku katakan. Aku terpaksa tinggalkan BlackAngel yang telah tolong aku selama ini"
Gibran mengeluh lagi. Kalau ikutkan hatinya tiada seorang daripada mereka dibenarkan untuk meninggalkan dunia gelap itu tapi mereka mempunyai kehidupan sendiri.
"Pergi la. "
Jawapan itu melegakan Malvin. Dia tunduk untik kesekian kalinya. Tanda terima kasih kemudian dia berlalu pergi.
Gibran teringat akan kejadian tiga tahun lepas dimana Bieyana yang telah membunuh Robert hingga hancur. Mayat itu kemudian diuruskan orang orang BlackJack sendiri.
Setelah diberlalu pergi meninggalkan runah Agam milik Robert dia telah menitipkan pesanan kepada Harry agar membawa Bieyana pergi. Dia melihat Bieyana yang menangis. Ingin dipeluk tubuh gadis itu tapi ego. Ego menguasai dirinya.
Dia menitiskan air mata. Gadis yang dia sayangi pergi tinggalkan dia. Kini Dina telah bahagia bersama pasangannya Harold manakala jauh nun disana Daniel telah selamat diijabkabulkan dengan Nora.
Dia? Dia hanya berdiri disini sampai suatu masa dia sendiri akan membuka hati untuk orang lain yang mampu menghargai cintanya.
Telefon ditekan. Nombor seseorang didail.
"Hello,aku terima pernikahan itu tapi dengar perancangan aku then sampaikan pada bapa gadis malang itu."
Talian dimatikan. Dia tersenyum sinis. Rancangan diatur. Pakaian disusun kedalam beg. Rancangannya bakal bermula esok.
Siapa yang kahwin dengan Gibran ni. 😭😭
Stay tune. Like usual VOTE,COMMENT AND SHARE IF YOU THINK THIS CAPHTER DESERVE
THANKS MY READERS,MY VOTER,MY SUPPORTER.
KEPADA SEMUA YANG TAK FAHAM ITU HANTAR PESANAN DEKAT SAYA. I WILL REPLAY ASAP😛
YOU ARE READING
Inspiré The Mafia
Roman d'amourBieyana Luna seorang gadis yang sederhana dan rendah diri. Dikeliling oleh orang-orang yang dia sayang tanpa sedar seorang daripada mereka adalah musuh dalam selimut. Gibran Lee seorang jejaka tanpa yang memiliki paras rupa yang sempurna. Jejaka yan...