🧢01

1K 88 22
                                    


Hana's

Malasnya nak pergi sekolah. Kenapalah aku muda lagi? Cepatlah tuaaaaa

tapi kalau cepat tua, tak habis belajar tak guna juga.

tapi sumpah malas hari ni nak pergi sekolah. Bukan hari ni je, semalam, esok, lusa, tulat, minggu depan, setiap hari, setiap saat aku malas.

Nak pergi berak pun aku malas inikan pula nak pergi sekolah.

AHH MALASNYA DIRI INII

"Hishhh! Kau ni!"

Haa tu kan, masuk sekolah je dah nampak adegan budak kena buli.

"kau apesal langgar aku haa?!"

ewah kau pompuan, kau yang langgar dia.

"so..sorry awak...s-sorry...s-saya..tak sengaja...s-sorry.."

Si budak lelaki ni pun dah tahu bukan salah dia masih lagi nak minta maaf. Patutnya kau yang maki dia bukan dia maki kaulah.

Dia kelam kabut kutip buku yang terabur. Lepas maki entah apa-apa, si budak pompuan yang bernama Hyejin and the gang tu, pergi dengan sombongnya. Ya ampunn baju berlagak macam kat fashion show yall.

Kesian aku tengok budak lelaki ni, setiap hari mesti dia kena buli dengan si budak Hyejin tu. Entah apa entah yang tak puas hati.

Kalau dah kena buli tu, biasalah budaknya mestilah nerd kan dan ya, budak lelaki ni nerd, pakai cermin mata besar, baju besar, seluar besar, rambut pun potong macam mangkuk.

Sebab tu dia famous dengan gelaran 'budak nerd kepala mangkuk'.

Tak boleh ke dia potong elok sikit rambut dia tu? Dah macam mangkuk betul dah aku tengok.

KRINGGG!

Haa loceng dah bunyi dan ini bermakna aku DAH LAMBAT! oh sheet!

👓

Kerja petang hari ni masuk pukul 7. Ada 2 jam lagi. Sempatlah aku singgah library kejap.

Yaaaaa

Aku suka bau buku. Pada aku bau buku ni menaikkan semangat aku nak membaca lalu aku dengan yakin melangkah ke rak buku komik.

Wahhh

Macam bersinar-sinar gitu rak buku komik ni. Semangat nak baca komik! Yoshh!

Lepas pilih mana satu komik aku nak baca, aku cari tempat yang baik punya nak baca an. Tempat yang tersembunyi sikit barulah senang nak korek hidung.

Hujung rak aku sandar, okay line clear.

Tengah aku feeling membaca, tiba-tiba aku dengar bunyi orang bersin tak berhenti kat sebelah rak.

Aduh siapa ni mengganggu betul nak baca.

"alamak! dah lah takde tisu"

Jangan cakap hingus kau dah mengalir ah an.

"aduh cemana ni? woooo nak masuk mulut!"

oi selekeh!

Laju aku hulur sapu tangan aku.

"amik ni"

eh,budak nerd kepala mangkuk rupanya.

Mungkin dia terkejut sebab aku ni muncul entah dari mana, dia boleh tenung je muka aku ni.

Dahlah hingus dah meleleh—YA TUHAN KENAPA AKU BOLEH TENGOK HINGUS DIA PULAK

"AMIKLAHH NIHH"

Haa kau aku tonyoh muka dia. Siapa suruh tercengang.

"ah..so..sorry.."

Kesian pula, kuat juga aku tonyoh tadi.

Laju dia lap dan bersihkan segala hingus, najis hidung dia semua, barulah dia pandang aku balik.

"err.. terima kasih.."

Dia hulur balik sapu tangan dia yang dah ada khazanah hidup dia tu.

Aishhh gelilah bodooo

"eh kau simpan jelah"

Dia angguk sambil tersengeh.

Aku pun terus bangun. Takde mood dah nak baca lepas mata aku tercemar tengok benda mengalir—ISHHH AKU TERBAYANG LAGI SIOT

"eh awak,..er..nak pergi mana?"

Aku tengok guna hujung mata.

"nak balik ah"

Takde mood kau tahu.

"...oh.."

Memandangkan jam pun dah pukul 6 petang, baik aku cepat balik sebelum terlambat masuk kerja ni kang.

👓

"YAAAAASSSS!"

Tepat aku masuk pintu cafe, jam di dinding pukul 7 terus berdetak ahhhhh~ kakiku juga terus berjalann annn~

"ha! baru sampai!"

Hampir nak tercirit aku bila si Hoseok ni tiba-tiba sergah aku.

"alaa lek ah, aku datang tepat pada masa apa, tepat-tepat pukul 7 kot aku masuk tadi"

Kataku sambil menyarung apron. Beg dan helmet aku letak dalam lokar.

"cehh, kau kalau tak tepat, lambat. Tu jelah keje kau tak pernah nak awal"

Hoseok membebel sambil tangannya laju menyusun meja dan kerusi.

"Alah, kedai buka pukul 8 kan, sama je kalau aku datang lambat sikit pun."

Aku paling lambat pun setakat ni 7.10 je. Kira awallah kan.

"ha,ah, kau ingat ni kedai bapak kau ke? hellooo, ini kedai bapak aku yang punya tiauuu. Aku ni pun datang awal tau"

Alah dia ni takleh bagi chance sikitlah.

"alaa lambat sikit je kot,"

"kau jangan makin hari makin lambat pula, dahlah aku yang tukang recommend kan hengkau kat bapak aku, kang dengan hengkau dengan haku sekali dia suruh get out haa cemmanooo"

"hok alohh, aku yang buat hal, kau yang nak dihalau sekali buek apooo. Okaylah aku janji lepas ni aku datang 5 minit awal"

Aku hulur pinky promise berserta mata yang acah-acah chumel gittuw.

"5 minit pun 5 minitlah, janji datang awal"

Hoseok membalas pinky promise aku yang sebenarnya aku sendiri tak berapa yakin nak promise ka tak mau.

"owww tingkiuu Hocok!"

"dah dah, pergi buat keje kau"

Baru nak tunjuk kekiutan aku pada mamat ni, eh dia blah pula,halau aku ke dapur pula tu. Hemm, nasib bff, kalau tak dah lama aku cubit betis berbulu kau tu.

Budak Nerd Kepala Mangkuk || Transform ||Where stories live. Discover now