🧢11

263 41 7
                                    


Kertas yang melekat di dinding yang tertulis 'Majlis Khas STSE dan Malam Tari Menari' itu dikerumuni oleh para pelajar.

Termasuk Hana dan Taehyung tapi mereka berdua berada jauh dari pelajar-pelajar itu.

"haih, kenapalah majlis ni nak kena buat tiap tahun? Bukannya ramai yang pergi pun"

Soal Hana sendirian. Kepalanya digeleng tatkala melihat beberapa pelajar ditolak oleh kumpulan samseng terulung. Siapa lagi kalau bukan si geng ahli sihir.

"hish tepilah!"

Seorang budak lelaki ditolak kasar. Hampir saja dia tersungkur.

"dah datang dah si sundal ni"

Kata Hana.

"tak baiklah awak ni"

Taehyung cuba menasihati Hana namun jelingan tajam pula yang dia dapat. Pantas Taehyung melarikan pandangan mata. Seram pula kita.

Mereka yang berada agak jauh dari kerumunan itu hanya memerhati Hyejin.

"pebenda ni? Oh dah start dah benda ni? Aishh tah apa-apa tah"

Kertas yang ditampal tadi dicabut dan direnyukkan, kemudian dibaling di atas tong sampah.

"apa kes ah dia ni. Leklok benda tu kat situ, pi buang"

Beberapa pelajar yang masih mahu melihat kertas itu tadi terus merungut. Sudahlah menganggu orang sedang baca tadi, boleh pula dia buang?

Tak pasal-pasal mereka perlu ke bilik guru pula. Biasanya di situ ada juga tertampal informasi yang sama.

Hana dan Taehyung bergerak ke arah kertas yang dibuang Hyejin tadi. Kertas itu diambil dan di baca.

"ha??"

Mata Taehyung membulat membaca isi kandungan yang di bahagian bawah.

"kalau tak pergi kena potong markah ujian tahunan 40%?!? biar betul??"

Bacanya lagi.

Hana juga tak kurang terkejutnya. Sebelum ini tiada syarat yang sebegini pun, mengapa tahun ini diwajibkan pergi?

Waduh waduh, sudahlah bosan, ada tari menari lagi, dengan siapa pula dia mahu menari nanti?

Oh tidak, masalah yang sebenarnya adalah

Dia pandai menari ke?

👓

Roti sosej di makan rakus. Dahinya berkerut. Taehyung yang memerhati jadi takut mahu menegur Hana yang duduk di hadapannya.

"..er..awak..okay tak?"

Airnya diminum sambil matanya memerhati Hana yang kelihatan sedang menahan marah.

"aku tak puas hatilah, asal wajib pula nak kena pergi majlis tu? Sebelum ni okay je"

Luah Hana. Taehyung pun apalagi, tumpang sekali.

"kann kann! Dahlah kena potong 40% markah ujian tahunan, mana boleh camni!"

Dia muncungkan bibir tanpa protes.

"tulah, dahlah kena cari partner, pastu aku tak pandai menari lagi. Ishh pebenda suma niii aaaaaa"

Hana menyembamkan wajahnya ke atas meja. Dia buntu. Jika markah dipotong, keputusannya bakal merosot dan dia pasti dimarahi atoknya.

Itu juga boleh menjadi alasan supaya dia disuruh berhenti kerja dan kembali duduk bersama keluarganya.

A big NO.

Budak Nerd Kepala Mangkuk || Transform ||Where stories live. Discover now