👒12

360 47 25
                                    



"masuk ah"

Pelawa Hana. Mata Taehyung meneliti studio itu. Pelik, kok tempat lepak ada almari baju? Siap berkatil dan dihujung sana terdapat keperluan dapur.

"ni..tempat lepak awak ke?"

Hana mencampakkan begnya di atas katil, kemudian baju kotnya disangkut. Lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.

"nilah tempat tinggal aku"

Pantas Hana dipandang.

"huh?? n-ni..tempat tinggal awak?? awak tinggal sorang je?? awak anak yatim piatu ke??"

Bertubi-tuni soalan keluar dari mulut Taehyung diikuti riak wajahnya yang terkejut. Dia sangkakan selama ini Hana duduk bersama keluarganya.

"haih, aku memang duduk sendiri, tapi aku still ada family, cuma...dorang halau aku"

Nada suaranya kedengaran agak sedih.

"huh?? kenapa halau awakk??"

Taehyung masih lagi dalam mode jungshook.

"em..ah tu nantilah aku cerita, sekarang ni buka baju kau"

"HUUHHH?!? BUKA BAJU??!?"

Jika bisa matanya terkeluar, mungkin sudah jatuh bergolek-golek.

"takyahlah jerit aduu"

"a-awak n-nak buat a-apa ni??!?"

Pantas tangannya disilang ke badan.

Tepuk dahi Hana dibuatnya melihat Taehyung yang tak relax ni.

"kau pikir apa? Kan aku kata nak jahit baju kau, mestilah kena buka baju, takkan aku nak jahit kat badan kau"

Teleng kepala Taehyung, bila masa pula Hana kata nak menjahit ni?

"aik? Bila masa awak cakap nak jahit?"

"eh? takde ke?"

Taehyung menggeleng.

"oh yeke..em, takpelah. Aku sebenarnya nak jahitkan kau punya baju tu. Biar nampak molek sikit dipakai. Takdelah gedebeh je gitu"

Bajunya diteliti.

"saya rasa tak payah kot, camni dah ok—"

"kau nak buka sendiri ke aku yang bukakan?"

Hana sengaja mendekat, laju Taehyung menjauh.

"s-saya buka"

Teragak-agak dia mahu meletakkan begnya di kaki katil Hana, kemudian baju kotnya dibuka dan dihulur kepada Hana.

"kau amik ni"

Sehelai T-shirt putih dicampak dan di sambut cekap oleh Taehyung.

"pergi tukar baju tu, kemeja kau tu pun bak sini"

Taehyung hanya menurut perintah saja. Takut pula mahu melawan.

Hana mula menghidupkan mesin jahitnya. Baju Taehyung diteliti kemudian dia pergi ke arah Taehyung yang sedang berdiri tegak di sebelahnya.

Baju tadi diukur di belakang badan Taehyung, mahu menanda di mana patut dia kecilkan. Tak reti diam pula Taehyung, dia geli. Terasa seperti pinggangnya dicuit padahal Hana cuma mahu menanda menggunakan pensil.

"kau diam-diam boleh tak? Ke sana ke sini, susah aku nak tanda"

"geli..hehe"

Sengih Taehyung. Hana cuma menggelengkan kepala saja. Selesai menanda, dia kembali ke mesin jahitnya.

Budak Nerd Kepala Mangkuk || Transform ||Where stories live. Discover now